NUFFNANG

Friday, 12 December 2014

PANASS!! KRISIS PKR DENGAN AZMIN SEMAKIN BERGELORA! ... Guna Logo Sendiri, Penyokong Azmin Didakwa Keras Kepala

PANASS!! KRISIS PKR DENGAN AZMIN SEMAKIN BERGELORA! ... Guna Logo Sendiri, Penyokong Azmin Didakwa Keras Kepala

AIDCNews – 11/12/14 – Penyokong Mohamad Azmin Ali didakwa keras kepala apabila menggunakan logo sendiri yang berbeza dengan logo PKR.
Perkara itu didedahkan oleh facebooker ‘Makio Afix Ayob Samm’ yang turut dikongsi bersama oleh Badrul Hisham Saharin (CheguBard).
Menurut ‘Makio Afix Ayob Samm’ PKR telah menghantar surat rasmi kepada Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad melarang menggunakan logo sendiri selain logo PKR, namun AMK masih berdegil menggunakan logo mereka itu.
“Nampak besar tak besar penjilat penjilat Azmin ni dapat payung,”katanya.
Ia merujuk kepada kenyataan media Ahli Majlis Pimpinan Pusat, AMK, Zafril Eusoff bertarikh 9 Dis yang mengecam CheguBard.
Dalam kenyataan media itu, Zafril menggesa CheguBard berhenti menjadi duri dalam daging kepada PKR dan keluar parti menyertai UMNO.
Katanya, tindak-tanduk CheguBard lebih banyak merosakkan parti; “Jika Badrul Hisham mahu jadi perosak PKR, maka kami menyeru beliau agar keluar dari PKR dan menyertai UMNO”, sambil menambah, “PKR tidak memerlukan parasit seperti beliau.”
Pada 8 Dis lalu, CheguBard mendedahkan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat yang menandatangani surat akaun bersumpah menarik sokongan terhadap Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Chegubard berkata, lima Adun tersebut, tiga dari PKR dan dua dari DAP, menandatangani akuan bersumpah itu pada pada 11 September, beberapa hari selepas menytakan sokongan terhadap Wan Azizah untuk dilantik sebagai menteri besar Selangor.
Lima Adun yang didakwa Chegubard ialah Dr Xavier Jayakumar (PKR-Sri Andalas), Shuhaimi Shafie (PKR-Sri Muda), Amirudin Shari (PKR-Batu Caves), Ng Sze Han (DAP-Kinrara) dan Rajiv Rishyakaran (DAP-Bukit Gasing).
source : aidc

No comments: