Kevin Tan Buktikan Ultras Malaya Bukan Milik Melayu Sahaja...Mari Baca Dulu
Kevin Tan adalah antara komrad yang menyertai Ultras Malaya dan sentiasa
menyokong pasukan Harimau Malaya. Dia membuktikan Ultras Malaya bukan
disertai oleh orang Melayu sahaja, ia adalah milik seluruh rakyat Malaysia tanpa
mengira bangsa, bahasa dan agama.
Ikuti perkongsian Kevin Tan mengenai bola sepak negara dan Ultras Malaya.
Artikel ini dipetik dari The Malay Mail Online, terbitan 14 Disember 2014
Kevin Tan:
1. Sokong dengan bangga sebagai rakyat Malaysia
Apabila anda fikir diri anda adalah Cina, Melayu atau India, bola sepak ini bukan
untuk anda. Anda mesti fikirkan Malaysia. Ini negara saya, disinilah kita akan
memberi sokongan sepenuhnya apabila pasukan negara bermain di padang.
Berdiri dengan bangga. Tidak pernah ada orang bertanya kepada saya kenapa
lelaki Cina ini berdiri di antara mereka (Ultras Malaya). Mereka tidak melihat
saya dengan pandangan yang berbeza. Jadi mengapa perlu rasa awkward
apabila berdiri disebelah mereka. Kita ada di sana (stadium) untuk Malaysia
tanpa mempersoalkan bangsa, bahasa atau agama. Kita perlu lihat lebih jauh
berbanding warna kulit kita sahaja.
2. Bersatu di bawah satu bendera yang sama, “Brotherhood of Malaysia”
Saya menyertai Ultras Panthers dari Pulang Pinang, tempat kelahiran saya
yang tidak akan pernah hilang di hati ini. Kita berdiri teguh dengan bahu ke bahu
bersama satu sasaran dan satu tujuan yang sama iaitu memberi sokongan
sepenuhnya kepada negeri dan negara kita. Disitulah persaingan (antara negeri)
kita berakhir selepas 90 minit masa perlawanan. Tak perlu kisah dari negeri mana
kita datang, kerana hal yang lebih utama ialah kita bersatu di bawah satu bendera
yang sama, “Brotherhood of Malaysia”. Semangat inilah yang saya nampak
pada ahli-ahli Ultras, sekaligus mendorong saya mahu menjadi salah seorang
dari mereka.
3. Berdiri teguh hingga ke tiupan wisel terakhir
Saya telah melihat ramai penyokong yang meninggalkan stadium apabila
pasukan mereka kalah tetapi Ultras sentiasa berdiri teguh sama ada hujan
atau panas, terus beri sokongan kepada pemain dan tidak berputus asa
sehinggalah ke tiupan wisel terakhir. Cita-cita kita adalah sama iaitu mengangkat
moral pemain-pemain bola sepak. Maka, Ultras melakukan kelainan, kita
sentiasa ada bersama mereka (pemain-pemain bola sepak). Itulah yang
membuatkan saya mahu menyertai Ultras. Kita adalah orang ke-12 di dalam
padang bola sepak.
4. Bola sepak dan politik bukan gelanggang yang sama
Tapi sayang, kita terpalit dengan beberapa kontroversi gara-gara politik dan
agama tapi itu tidak akan menjadi sebab untuk kita berhenti dari terus menyokong
pasukan negara. Kita perlu meletakkan itu semua di belakang kita kerana
bola sepak bukan politik. Anda tidak lihat penyokong-penyokong Barisan Nasional,
PAS, DAP, PKR duduk berasingan di dalam stadium bukan? Bawalah kembali
detik-detik kegemilangan bola sepak Malaysia, maka semua orang Malaysia akan
keluar dan memberi sokongan kepada pasukan negara semula.
5. Berfikirlah sebagai orang Malaysia, bukan mengikut bangsa
Bola sepak memiliki kuasa untuk menyatukan orang yang berbeza budaya,
bangsa, agama atau bahasa. Maka, kita berharap satu hari nanti, semua
orang akan membawa anak-anak mereka ke stadium dan menikmati perlawanan
bola sepak ini. Letak ketepi segala perbezaan, ideologi dan sokonglah bola
sepak tempatan kita. Ini tidak mudah dilakukan tetapi ianya adalah possible
sekiranya semua orang berfikir sebagai orang Malaysia, berbanding Cina,
Melayu atau India.
6. Politik dan sukan adalah kombinasi yang sangat bahaya
Saya tidak fikir bola sepak patut dibincangkan di dalam arena yang sama
seperti politik. Politik patut dijauhkan dari sukan ini. Tidak patut digunakan
bola sepak ini sebagai satu agenda politik. Perlawanan bola sepak ini begitu
cantik untuk dicemari dan saya berharap kita boleh mengekalkannya begini.
Politik dan sukan adalah kombinasi yang sangat bahaya.
7. Orang Malaysia lebih patriotik tentang bola sepak
Jika kita bercakap tentang bola, maka, saya patut kata orang Malaysia
(berbanding orang Singapura) lebih bersifat patriotik. Bayangkan 1,500 Ultras
mampu menggelamkan 48,000 penyokong Singapura. Kita lebih tersusun
dan dikoreograf. Tetapi Ultras tidak dilahirkan dalam 1 malam, kita perlukan
passion, dedikasi dan pengorbanan untuk merealitikannya. Tapi Singapura
memang suka bola sepak mereka. Saya lihat perlawanan bola sepak seperti
family outing bagi mereka, lebih bercampur pelbagai bangsa juga.
8. Detik kecintaan pada negara terserlah
Ketika memakai skaf dan warna kebangsaan atau t-shirt Ultras, apa perasaan
anda? Rasa sangat bangga. Ini adalah detik rasa kecintaan kepada orang kita
sendiri yang menjadi keutamaan. Saya percaya bahawa setiap dari kita, tanpa
mengira apa umur kita, latar belakang kita atau kisah kehidupan seharian kita,
kita pasti ada sesuatu untuk disumbangkan kepada negara ini. Saya mahu
semua orang Malaysia berasa begini. Cinta tiada batasan apabila mencintai
negara kita.
9. Rasailah aura kebangkitan sokongan di stadium
Perasaan yang anda rasai apabila bersorak untuk pasukan negara. Jika anda
mendengar suara anda sendiri, anda tidak akan ragu-ragu untuk menyampaikan
kata-kata sokongan yang mahu disampaikan kepada semua pemain bola sepak.
Berlawan hingga ke akhir, “Darah & Maruah demi Malaysia”. Rentak
pukulan gendang dan suara-suara rakyat akan mendesak pemain-pemain.
Anda akan merasai aura ini di stadium. Seperti kata Ultras, anda tidak akan
pernah tahu jika anda bukan salah seorang daripada kami.
10. Bola sepak untuk semua rakyat Malaysia, satu kebanggaan
Lebih ramai orang Cina dan India menyertai Ultras. Ya, tanpa sebarang
keraguan. Suka melihat ini suatu hari nanti. Kita akan tidak pedulikan soal
warna atau bahasa. Kita semua adalah rakyat Malaysia. Tidak ada sekatan
untuk menyertai Ultras, tiada keahlian, tiada langganan bulanan. Hanya
sepasang kasut, selendang dan paling penting, suara dan kebanggaan anda.

No comments:
Post a Comment