IPOH  : Lebih daripada 5 wakil Badan Bukan Kerajaan (NGO) dari seluruh Perak tampil membuat satu perhimpunan dan bantahan secara aman di hadapan pejabat DAP Perak di sini, hari ini.
Menurut Exco Wira Perkasa, Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh perhimpunan aman berkenaan adalah bagi membantah kenyataan yang dikeluarkan oleh  Pengerusi DAP, Lim Guan Eng membabitkan isu penggunaan kalimah  ALLAH, di Pulau Pinang.
“Kenyataan beliau itu telah menyinggung perasaan  serta mencabar kesabaran umat Islam. Oleh itu, perhimpunan ini diadakan  sebagai membantah apa yang dikatakan beliau mengenai isu sensitif berkenaan,” jelasnya lagi.
Katannya lagi, pemimpin pembangkang tersebut telah mencabar Perlembagaan negara pekara 11(4) dan beliau juga telah menidakkan kuasa  Yang Dipertuan Agong mengenai Agama Islam.
“Tidak wajar bagi ketua pembangkang itu terus memprovokasi umat Islam dengan kenyataan sedemikian dan sekiranya ingin berpolitik teruskan, tetapi jangan sesekali menyentuh isu berkaitan Islam,” katanya.
perkasa1
Ujarnya lagi, setiap individu yang bertindak ingin mencabar umat Islam dengan menyentuh penggunaan kalimah Allah haruslah menghormati keputusan mahkamah dan perasaan umat Islam serta terus mengekalkan perpaduan.
“Sekiranya masih berulang perkara ini kami akan mengadakan perhimpunan yang lebih besar dan akan ke pejabatnya sendiri di Pulau Pinang,” tegasnya lagi.
Perhimpunan yang disertai Wira Perkasa, Majlis Ayahanda-ayahanda Perak (MAAP), Persatuan Merong Wangsa, Persatuan Anak-anak Perak, Persatuan bekas tentera telah menyerahkan memorandum yang menegaskan bantahan terhadap tindakan pembangkang itu.
Selain itu meminta supaya tidak mengulangi kenyataan isu berkenaan dan menekankan mengenai keputusan Majlis Fatwa Kebangsaaan mengenai Kalimah Allah adalah milik umat Islam serta Mahkamah Persekutuan juga telah memutuskan mengenai penggunaan kalimah Allah .
Sementara itu menurut Ketua Penerangan MAAP, Datuk Halim Ramli pula, tindakan berhimpun ini adalah baru i peringkat permulaan dan meminta agar pihak DAP tidak mengulangi perkara itu lagi.
“Agama lain orang Islam tidak pernah campur…maka, dalam hal ini kata beri amaran keras…tolong dan kami harapkan pihak berkenaan jangan campur dalam urusan agama kami,” katanya.
perkasa kecoh

Perhimpunan yang disertai hampir 100 orang itu, turut menyebabkan berlaku sedikit kekecohan apabila wakil DAP berkenaan hampir ditumbuk oleh salah seorang peserta bantahan yang gagal mengawal emosi ketika ingin menyerahkan memorandum berkenaan.
Source : perak today