NAJIB ! SILA BACA ARTIKEL INI !! ... Pemimpin "Bangang" Lebih Bahaya Dari Blogger "Bangang" - Pensyarah
Pensyarah berkenaan, Dr. Radzi Jidin yang merupakan bekas pemimpin kelab UMNO luar negara itu berkata, pemimpin UMNO seperti itu adalah lebih merbahaya berbanding blogger-blogger pro-UMNO yang menyerang segelintir pemimpin di blog mereka.
Radzi berkata, para pemimpin UMNO yang mengeluarkan kenyataan atau bertindak secara tidak wajar bukan saja mengundang serangan dari pihak pembangkang, malah turut akan menyebabkan parti diserang oleh golongan "atas pagar" dan penyokong parti itu sendiri.
"Semalam DS Najib ada menyebut tentang blogger-blogger "bangang" yang menurut beliau menembak puak sendiri (kerajaan dan pemimpin kerajaan). Menurut beliau tidak sepatutnya ada "friendly fire".
"Meminjam istilah "bangang"' dari DS Najib, saya rasa beliau sepatutnya menegur juga pemimpin-pemimpin "bangang" yang memberi peluru yang membolehkan kerajaan dan kepimpinan ditembak bukan sahaja oleh pembangkang tetapi oleh mereka diatas pagar dan penyokong sendiri.
"Yang ini lebih bahaya!," kata Dr. Radzi memberi cadangan kepada Najib.
Kata Dr. Radzi lagi, kenyataan-kenyataan dari para pemimpin "bangang" itu akan menyebabkan rakyat menyampah pada penjelasan-penjelasan yang diberikan khususnya berhubung isu-isu yang melibatkan Kerajaan Barisan Nasional (BN).
"Kenyataan-kenyataan dari pemimpin-pemimpin "bangang" ini juga menyebabkan rakyat meluat dengan penjelasan-penjelasan tentang sesuatu isu yang melibatkan pihak kerajaan," katanya memberi pandangan yang dipetik dari akaun laman Facebooknya, semalam.
Najib semalam menyelar blogger pro-UMNO yang menyerang pemimpin parti itu sebagai "bangang" dan mahu mereka bertindak bijak dengan menyerang pemimpin pembangkang yang mencetus pelbagai isu yang tidak wajar. -KedahNews.com
source : kedahnews.com
No comments:
Post a Comment