DARURAT : DR AZNIL HISHAM MENJAWAB PERSOALAN JUHAM (Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia, Dewan Pemuda PAS Malaysia 2014-2015).
JUHAM berhujah dgn menegaskan keperluan DARURAT atas faktor berikut:
1) Mana-mana pelanggan insurans sebenarnya perlu mengambil polisi tuntutan yang melibatkan bencana banjir terlebih dahulu sekiranya mereka ingin membuat tuntutan yang serupa. Sekiranya mereka tidak berbuat demikian, tuntutan yang melibatkan bencana banjir adalah langsung tidak relevan.
2) Sekiranya ada di kalangan mangsa banjir mempunyai polisi perlindungan akibat bencana banjir tersebut sekalipun, mereka masih boleh membuat tuntutan tersebut kerana bencana banjir yang menimpa mereka adalah SEBELUM pengisytiharan darurat.
3) Kerajaan Persekutuan pernah mengisytiharkan darurat bencana ini beberapa kali sebelum ini, tetapi kenapa tidak sekarang? Sebagai contoh, darurat disebabkan jerebu pernah diumumkan di Kuching pada 1997, Pelabuhan Klang pada 2005 dan Muar serta Ledang pada 2013.
4) Ironinya, tv9 melalui rancangan Nasi Lemak Kopi O pada pagi Sabtu turut menerima panggilan telefon secara langsung daripada mangsa banjir yang terperangkap di bukit-bukau dan mengesahkan mereka tidak menerima bantuan tatkala bekalan makanan sudah kehabisan.
5) Setelah pengisytiharan darurat bencana ini dibuat, maka keseluruhan aset Kerajaan Persekutuan akan digunakan sepenuhnya. Maka, apakah alasan untuk tidak menggunakan keseluruhan aset Kerajaan termasuk kelengkapan tentera darat, tentera udara mahupun tentera laut bagi menyelamatkan nyawa rakyat sendiri? Rakyat tidak mahukan panggilan retorik politik ketika ini. Cukuplah dengan panggilan agar nyawa mereka diselamatkan didengari.
-----
-----
JAWAPAN :
1) Sekiranya 10,000 orang yang terlibat banjir, hanya 1000 org sahaja yang ambil premium banjir, anda tidak boleh nafikan HAK 1000 pemegang insuran. Banjir pantai timur berlaku setiap tahun, saya tak rasa mereka tidak belajar dengan pengajaran yang lepas.
2) Berapa peratus keyakinan anda bahawa tuntutan dilakukan bagi sebelum darurat boleh diperolehi? Jika 99% anda yakin, bermakna ada 1% peluang untuk tidak memperolehi tuntutan. Bagaimana anda ingin buktikan kepada pihak insuran bahawa kerosakan itu sebelum darurat diisytiharkan? Bagaimana pula kerosakkan berlaku selepas darurat yang mana jika darurat diumumkan maka ini bermakna keadaan tidak terkawal & lebih banyak kerosakkan akan terjadi. - Sila Jawab.
3) Tak semua kondusi memerlukan darurat. Darurat Jerebu lebih bersifat isolated. Ianya tidak melibatkan pihak ketiga. Berbanding dengan banjir, ianya melihat banyak pihak. Untuk pengetahuan JUHAM, tak semua demam memerlukan antibiotik.
4) Ironinya, jika pemanggil boleh menelefon talian sesak TV9, bermakna dia juga boleh menghubungi pihak yang sepatutnya. Ironinya juga, bagaimana pemanggil boleh menyimpan no telefon TV9 sedangkan no telefon bantuan banjir tiada. Walhal, banjir berlaku setiap tahun.
5) Ini yang paling lucu. Katakan kelengkapan kini (sebelum darurat) adalah 100 orang tentera dan 5 buah helikopter. Selepas darurat maka 10 000 orang tentera dan seluruh aset ketenteraan dikerahkan. Jika berbekal 100 orang & 5 Helikopter pun sukar untuk mendarat untuk memberi bantuan, adakah dengan 10,000 orang dan 100 biji helikopter membolehkan mereka mendarat di kawasan operasi?
-----
-----
KESIMPULAN
Jika pemimpin-pemimpin tertinggi PAS boleh berselfie dalam air banjir, saya tak nampak keperluan darurat di situ. Noktah!
Mohon dapat kiranya panjangkan jawapan ini kepada NOORAZMIR ZAKARIA (PENGARAH JABATAN UNDANG-UNDANG & HAK ASASI MANUSIA, PEMUDA PAS MALAYSIA).
No comments:
Post a Comment