NUFFNANG

Friday, 12 December 2014

AKIBAT DALAM KEPALA HANYA HANYA MELAYU ITU RASIS....MELAMPAU ! PERUNTUKAN KHAIRAT KEMATIAN DIPERTIKAI OLEH AHLI POLITIK DAP !

AKIBAT DALAM KEPALA HANYA MELAYU ITU RASIS....MELAMPAU ! PERUNTUKAN KHAIRAT KEMATIAN DIPERTIKAI OLEH AHLI POLITIK DAP !

Perkembangan terbaru ini sangat melampau. Isunya ialah peruntukan khairat kematian telah dipertikaikan oleh ADUN DAP! 


Kerajaan Perak menafikan dakwaan wakil rakyat pembangkang peruntukan khairat kematian sebanyak RM20,000 yang disalurkan kepada setiap anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) sebagai bersifat perkauman.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat negeri Datuk Rusnah Kassim berkata walapun Adun pembangkang tidak diberikan peruntukan tersebut, penduduk di kawasan mereka boleh membuat tuntutan di pejabat daerah.

"Mereka yang berkenaan boleh menuntut di pejabat daerah, tidak ada sekatan dan tidak ada yang dipinggirkan. Apa yang penting bukan Adun tersebut. Kalau kerajaan langsung tidak benarkan sebarang tuntutan daripada rakyat di kawasan yang diwakili pembangkang, itu baru boleh dikatakan rasis atau ketidakadilan," katanya ketika menjawab soalan Teh Hock Ke (DAP-Jelapang) pada persidangan DUN Perak, di Ipoh, hari ini.

Sebelum itu, Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Sitiawan) mencelah dengan mendakwa peruntukan RM20,000 kepada Adun BN adalah rasis dan tidak adil.

Namun, Rusnah membantah sambil memberi contoh ketidakadilan oleh kerajaan Selangor yang hanya menyalurkan peruntukan sebanyak RM200,000 kepada Adun BN, sedangkan Adun Pakatan Rakyat menerima peruntukan yang lebih besar.

Ngeh yang keliru dengan makna rasis dan diskriminasi,menarik balik dakwaannya itu.

"Saya tarik balik (dakwaan) rasis, ia sebenarnya diskriminasi yang tidak sepatutnya," katanya.

Rusnah berkata tuntutan khairat kematian menerusi pejabat daerah, tanpa melalui pejabat exco kerajaan negeri adalah untuk memudahkan dan mempercepatkan pembayaran tuntutan tersebut.

"Apabila tuntutan dibuat melalui pejabat daerah bermakna pejabat daerah mengesahkan kematian, waris sebenar yang berhak menuntut, si mati tergolong dalam kategori layak menerima dan tiada tuntutan bertindih.

"Apabila sampai ke pejabat Exco, hanya perlu laksanakan pembayaran," katanya.

Persidangan DUN bersambung esok. – Bernama
Ahli politik DAP 'keliru dengan makna rasis dan diskriminasi'?

Come on lah ahli politik DAP! Perbezaan makna pun boleh keliru?

'Kekeliruan' makna perkataan mudah bahasa Malaysia ini bukan sahaja oleh ahli politik DAP Perak tetapi juga ahli politik DAP Pulau Pinang.

Lim Guan Eng DAP, Setiausaha Agung DAP dibidas kerana didakwa tidak tahu membezakan di antara 'pertanyaan' dengan 'menghasut'. 


Isunya ialah apabila Rafizal, Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang menanyakan penjelasan Lim Guan Eng DAP tentang khabar angin yang mengatakan bahawa nama Persiaran Gurney akan ditukar ke Persiaran Chin Peng.

Lihat video di bawah :  


Video : Guan Eng DAP dibidas

Sehingga ke hari ini, Lim Guan Eng DAP diam membisu kaku tidak menjawab kenyataan Rafizal, Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang itu. Anak Lim Kit Siang DAP itu didakwa terlalu gopoh dan berbohong.

Sungguh memalukan!

Sebelum ini, Ngeh Koo Ham DAP juga telah membuat satu kenyataan kurang ajar apabila meminta umat Islam menghormati hak saudara seagama mereka yang murtad untuk mengamalkan agama baharu.

Source : dr mim

No comments: