EKSKLUSIF : KISAH PERDANA MENTERI DI HAWAII
Abu Syifa
SEJAK banjir fasa ke dua melanda negeri-negeri di pantai timur, berita-berita dalam bentuk wassap dan facebook bertebaran bagai halilintar.
Namun, sesuatu yang paling tragik kerana berita-berita tersebut rupa-rupanya fitnah dan tipu. Apakah tujuannya? Untuk memberi gambaran betapa buruk situasi banjir atau untuk memberi reputasi negatif kepada agensi-agensi yang sedang berkorban sepenuh tenaga mereka? Atau ada niat yang lebih buruk?
Jika itulah niatnya, ia adalah kejahatan yang tidak kena pada tempatnya.
Barangkali anda ada menerima wassap kononnya sejumlah 10 mayat bergelimpangan di Kuala Krai. Barangkali anda juga menerima wassap sejumlah 40 pesakit mati di Hospital Kuala Krai kerana kekurangan oksigen. Begitu juga barangkali anda ada menerima mesej sejumlah keluarga minum air banjir, membuat susu anak daripada air banjir, tiada makanan selama lebih seminggu dan sebagainya.
Mesej-mesej tidak memberi gambaran yang sebenar, sebaliknya menambah kekeliruan, ketegangan dan keburukan kepada keluarga mangsa dan negara.
Kesannya sangat buruk seolah-olah petugas-petugas di lapangan tidak bekerja. Dalam situasi sebegini, baik mangsa banjir mahupun para petugas, mereka semua terperangkap dalam suasana banjir. Keutamaan para petugas hanyalah menyelamatkan mangsa-mangsa banjir, memberikan kemudahan tempat tinggal yang selamat, dan memberikan makanan yang secukupnya. Sukar bagaimanapun, mereka tetap berusaha. Itulah tujuan murni para petugas.
Banjir kali ini antara yang di luar kebiasaan. Hujan turun tanpa henti, angin bertiup kencang, jumlah air melimpah, dan sebagainya. Jika perjalanan dari Destinasi A ke Destinasi B kebiasaannya hanya 10 minit tetapi semasa banjir besar ini, ianya menjadi 1 atau 2 jam kerana halangan air deras dan sebagainya. Jika lebih buruk lagi, ianya boleh jadi langsung tidak boleh didekati dalam sehari dua.
DS NAJIB BERSAMA MB KELANTAN MENDENGAR TAKLIMAT TERKINI |
KISAH PERDANA MENTERI DI HAWAI
DS Najib, Perdana Menteri negara kita telah berada di lapangan banjir seminggu sebelum banjir semakin buruk.
20/12/2014 - DS Najib turun padang di SMK Gudang Rasau, Pekan, Pahang.
21/12/2014 - DS Najib di Kampung Ubai, Pahang melawat suasana banjir.
22/12/2014 - DS Najib menulis di tweeternya bahawa "Kerajaan akan memastikan beban mangsa banjir diringankan dan bantuan sampai kepada mangsa yang memerlukan"
23/12/2014 - DS Najib 11 kali tweet/retweet dalam sehari isu-isu banjir di pantai timur
24/12/2014 - DS Najib mengerahkan supaya semua agensi kerajaan beri tumpuan membantu mangsa banjir
25/12/2014 - DS Najib menghubungi TPM untuk memastikan bantuan kepada mangsa banjir ditingkatkan
*Menerima jemputan Presiden Barrack Obama bermain golf tidak sampai 60 Minit
*Perjalanan KL-Hawai - kira-kira 9 jam
*Perjalanan Hawai-KL-Kelantan - kira-kira 10 jam
26/12/2014 - DS Najib meluluskan serta-merta peruntukan RM50 juta.
27/12/2014 - DS Najib meluangkan masa 5 jam melawat mangsa-mangsa banjir di Kelantan.
Jemputan oleh Presiden Amerika Syarikat pada 25/12/2014 perlu diterima kerana sebagai Perdana Menteri beliau mempunyai tanggugjawab yang sama penting dalam pertemuan itu, untuk kesejahteraan rakyat Malaysia jua.
Namun, Perdana Menteri membatalkan segala perancangan cuti yang khabarnya sepatutnya berakhir menjelang 31/12/2015.
Perdana Menteri hanya 24 jam lebih sahaja di Hawai tidak sempat pergi ke mana-manapun melainkan hanya pertemuan dengan Presiden Barrack Obama. Jika ditolak masa penerbangan dan sebagainya, DS Najib tidak sampai pun 10 jam di Hawai!
Apabila Perdana Menteri bercuti, adakah anda berfikir Perdana Menteri benar-benar bercuti? Adakah anda berfikir Perdana Menteri akan duduk berjam-jam menikmati buku baharu, atau shoppingberjam-jam, atau bermain golf 24 jam?
Sebenarnya bukan itu bentuk Perdana Menteri kita sebagaimana yang kita fikirkan. Sebenarnya cuti yang sebenar-benar cuti kepada Perdana Menteri ialah apabila beliau tidak lagi menjadi Perdana Menteri, di mana beliau oleh menikmati rehat yang panjang, bermain dengan cucu dan mengunjungi rakan-rakan lama.
DS NAJIB MENINJAU SITUASI BANJIR DI KELANTAN |
Oleh kerana DS Wan Azizah dan suaminya Anwar dan keluarga bercuti di luar negara lebih lama berbanding DS Najib walaupun Kajang banjir setiap minggu, ianya tidak menjadi viral negatif kerana mereka bukan Perdana Menteri. Begitu juga percutian Ketua Menteri Pulau Pinang yang cuba disembunyikan khabarnya di Paris turut tidak menjadi viral kerana dia bukan Perdana Menteri.
Begitulah suka dan duka kepada sesiapa sahaja yang menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Hari ini, DS Najib sudah berada di Kelantan. 24 jam sebelumnya, TS Muhyiddin turut melawat Kelantan. Tanggungjawab bersama ini diganding secara bersama dengan Menteri Besar Kelantan.
Saya tidak bersetuju serangan tidak adil kepada DS Najib. Beliau sebenarnya membantu tetapi tidak didendang.
DS NAJIB BERSAMA MB KELANTAN DAN MENTERI-MENTERI BERBINCANG |
No comments:
Post a Comment