NUFFNANG

Wednesday 24 December 2014

Isu Kalimah Allah: Nazri bikin Azmin ‘terkencing’

Isu Kalimah Allah: Nazri bikin Azmin ‘terkencing’

Sekarang kita tunggu apakah kerajaan negeri Selangor pimpinan Azmin Ali berani memberi sebarang reaksi atau tidak.
Apa perlu nak bising-bising.Kalau mengikut Datuk Seri Nazri Aziz jalan penyelesaiannya mudah saja.Ini kerana kerajaan Pakatan Selangor ada majoriti dua per tiga di Dewan Undangan Negeri.
Maka mereka bila-bila masa saja boleh pinda undang-undang yang ada.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu yang juga Menteri Kebudayaan dan Pelancongan merujuk kepada isu kalimah Allah yang hangat di Selangor kebelakangan ini.
Ini ekoran tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merampas 351 naskah Bible berbahasa Melayu dan Iban dari pejabat Persatuan Bible Malaysia (PBM) pada 2 Januari lalu.
Sekalipun isu itu dikira selesai bila naskah Bible itu diserahkan balik pada 14 November lalu menerusi majlis khas di Istana Alam Shah,Klang namun pihak PBM tidak puashati kerana cop larangan diedarkan di Selangor tertera pada naskah Bible berkenaan.
Nazri yang ditemui wartawan selepas satu majlis di Subang,Isnin membangkitkan hal ini dalam konteks agar Pakatan membuktikan ia menyokong hak yang sama bagi semua kaum di negara ini.
Ini lanjutan dari soalan wartawan minta beliau mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa orang Melayu kini terpaksa mengemis sokongan dari kaum Cina untuk kekal berkuasa.
Menteri itu berkata apa yang dikata oleh bekas Perdana Menteri itu adalah benar.
"Betullah kita mengemis. Betul apa Tun cakap. Apa yang salahnya? Sebab ia faktor penentu kemenangan pilihan raya,"ujarnya.
Nazri berkata orang bukan Melayu yang menolak BN atas alasan mahukan hak yang sama perlu menuntut kerajaan Selangor meminda enakmen berkaitan bagi membolehkan mereka guna kalimah Allah.
“Saya ingin bertanya memandangkan isu kalimah Allah isu besar ,kenapa kalimah itu tidak dibenarkan di Selangor?Jadi DAP perlu beritahu Azmin pinda enakmen.Adakah dia liberal atau tidak?’,katanya.
"Orang Kristian yang nak guna kalimah Allah itu kena desak Azmin sebab mereka ada dua pertiga untuk pinda enakmen itu, untuk keluarkan seksyen berkaitan.
“Pinda supaya orang Kristian boleh guna. Nak sangat kesetaraan kan," katanya.
Enakmen berkaitan larangan agama lain mengunakan kalimah Allah di Selangor diluluskan pada tahun 1988 semasa Barisan Nasional memerintah negeri itu.
Andaian yang dapat dibuat ialah Azmin mungkin ‘terkencing’ untuk menyahut cabaran Nazri ini.
Risikonya jelas.Yang pasti Pakatan akan berdepan dengan tentangan umat Islam di Selangor jika enakmen yang sedia ada itu hendak dipinda bagi membatalkan larangan pengunaan kalimah Allah.
Ini belum lagi bab hendak berdepan dengan Istana dan tentangan umat Islam di seluruh negara.
Sudah menjadi lumrah kebelakangan ini kaum-kaum lain sentiasa cuba mengaitkan dan menyalahkan apa saja rasa tidak puashati mereka dengan dasar kerajaan BN.
Ini berlaku ketika kaum-kaum lain khususnya kaum Cina dapat menguasai perniagaan,hartanah dan segala macam di negara ini sejak Merdeka.
Sebaliknya kerana sebab politik,mereka jarang mahu bikin hal dan cari salah kerajaan Pakatan.
Apapun yang dikata oleh Nazri memang ada lojiknya.Kuasa sudah ada ditangan kerajaan negeri Pakatan Selangor.
Lagipun bukankah Pakatan sentiasa menjual dirinya sebagai juara hak yang samarata bagi semua kaum di negara ini.
Bagi pengundi yang telah meletakan harapan besar keatas Pakatan...bila lagi, desaklah Azmin.
Source : agenda daily

No comments: