NUFFNANG

Thursday, 4 September 2014

SEMBANG MERDEKA - 7 WASIAT RAJA-RAJA MELAYU!

SEMBANG MERDEKA - 7 WASIAT RAJA-RAJA MELAYU!

Ah Foo ar...kalau wa mau angkat itu Utusan punya reporter kasi jadi wa punya Press Secretary ada okay kah Ah Foo? Aiya Ah Cheng...lu sudah demam berapa hari?

Salam 2 all.

Saya menerima pengkisahan dibawah daripada seorang rakan-cyber, dan saya mahu berkongsinya dengan rakan sahabat semua sebagai pengajaran dan iktibar untuk renungan kita bersama!

Dalam sebuah majlis, seorang usahawan bukan Melayu yang juga bergelar Tan Sri sedang ditemuramah oleh seorang wartawan  Duduk berdekatannya adalah 2 orang jurutera, anak beranak berketurunan India yang bekerja dengan syarikat Tan Sri tersebut.

Berikut adalah adengan perbualan mereka...

Jom kita dengar dan hayati!

Tan Sri: Kerajaan UMNO perlu bertindak adil dalam pengagihan kek ekonomi negara. Tidak sepatutnya ada diskriminasi terhadap kaum bukan Melayu.

Kontrak antara orang Melayu dan bukan Melayu mesti diberikan sama rata demi keadilan.

Lagi pun kami banyak menyumbang kepada kemajuan negara termasuk sebagai pembayar cukai terbesar. Setelah bersusah payah semenjak sebelum merdeka, maka wajarkah kami dinafikan hak kewarganegaraan kami?

Orang Melayu perlu lebih berkompromi dengan kaum lain untuk maju. Liberalisasi perlu dilaksanakan dengan meluas dalam semua sektor demi mencapai kesamarataan antara kaum:

Wartawan: Tan Sri, boleh saya tahu sudah berapa lama 2 orang jurutera ini bekerja dengan Tan Sri?

Tan Sri: Oh... sudah lama. Gobala ni dah bekerja dengan saya hampir 30 tahun sejak syarikat ni ditubuhkan lagi. Malah anaknya pun sekarang bekerja dengan saya lebih 10 tahun. Mereka ini adalah pekerja saya yang paling berdedikasi dan banyak menyumbang kepada kemajuan syarikat.

Wartawan: Kalau begitu, apa kata Tan Sri berikan sebahagian saham syarikat ni kepada mereka berdua. Lagi pun mereka sudah lama bekerja dengan Tan Sri, malah banyak menyumbang kepada kemajuan syarikat sepertimana kata Tan Sri tadi.

Tan Sri: Eh.. mana boleh! Ini syarikat saya. Lagipun saya dah bayar gaji yang mahal kepada mereka berdua dan saya tak pernah halang pun jika mereka nak kumpul harta. Mana boleh senang-senang saya nak bagi saham syarikat saya pada mereka.

Wartawan: Macam tu jugalah perasaan orang Melayu Tan Sri.

Tanah air ini asalnya milik orang Melayu. Milik Raja-Raja Melayu. Lepas tu orang bukan Melayu macam Tan Sri pulak nak mintak hak sama rata dengan alasan kerana telah banyak menyumbang.. Tan Sri rasa wajar atau tidak permintaan tu?

Tan Sri: Aaar…aaar…aaar…

Wartawan: Tidak mengapa Tan Sri kalau tidak boleh jawap sekarang. Tapi balik nanti gunakanlah kepala otak Tan Sri untuk fikirkan!

Cuma Tan Sri, dan semua kawan-kawan Tan Sri perlu ingat. Bagi kami umat Melayu-Islam dinegara ini, kami masih berpegang dan mengingati 7 Wasiat Raja-Raja Melayu yang telah diperbuat sebelum Permasyhuran Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 ditandatangani dan disempurnakan, iaitu sebelum Malaysia ditubuhkan lagi.


7 Wasiat Raja-Raja Melayu

1. Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU(sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA);

2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selaingunung-ganangtasik dan hutan simpanTANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;

3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;

4. Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan KedaulatanRAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini;

5. Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan;

6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU;

7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepadaRaja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah danSarawak).

Dan bagi memastikan 7 Wasiat Raja-Raja Melayu ini dipelihara dan dilaksanakan, maka peruntukkan mengenainya telah digubal didalam Perlembagaan Persekutuan melalui Perkara 3 (1) (2) (3) dan (5); Perkara 11; Perkara 12; Perkara 38 (5)Perkara 152Perkara 153; dan Perkara 181 (1).

Dan peruntukkan-peruntukkan ini tidak boleh sama-sekali dipinda, diubah, dibatalkan atau dimansuhkan kecuali dengan izin, persetujuan dan perkenan Majlis Raja-Raja Melayu dan tiap-tiap Baginda Tuanku Sultan yang memerintah yang bersidang sepenuhnya.

Dan jika Tan Sri faham 7 Wasiat Raja-Raja Melayu ini, maka Tan Sri akan faham perasaan dan sentimen umat Melayu-Islam apabila ada pihak yang mula mencabar, mempersoal, apatah lagi mengusulkan supaya dihapuskan hak istimewa orang Melayu, kedudukan istimewa Islam dan kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Saya yakin dan percaya bahawa bukan semua kaum bukan Melayu bersikap sedemikian. Malahan saya yakin dan percaya majoriti kaum bukan Melayu di negara ini tetap menghormatikontrak sosial dan persefahaman yang telah dicapai sebelum kemerdekaan, dan menghormati hak istimewa orang Melayu, kedudukan istimewa agama Islam dan kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Sebab itu kita lihat tokoh pimpinan kaum Cina waktu itu, mendiang Tun Tan Siew Sin sendiri telah menegaskan pada 30 April 1969 bahawa “orang Melayu, melalui UMNO, sangat bermurah hati untuk mengendurkan undang-undang kewarganegaraan negara ini sehinggakan dalam tempoh 12 bulan selepas merdeka, 90% bukan-Melayu menjadi warganegara.
Suasana ini sangat berbeza sebelum merdeka dimana hampir 90% bukan Melayu adalah bukan warganegara setelah hampir 100 tahun penjajah menjajah Negeri-Negeri Melayu ini.
Mengambil kira konsesi ini, MCA dan MIC bersetuju untuk meneruskan pemeliharaan kedudukan istimewa orang Melayu dan diwaktu yang sama mempertahankan kepentingan sah masyarakat lain”.

Begitu juga tokoh pimpinan kaum India waktu itu, mendiang Tun V.T. Sambanthan menegaskan didalam sidang Parlimen pada 01 Jun 1965 bahawa, “kalau kita melihat sekeliling Asia dan Asia Timur khususnya, kita akan melihat kaum saya bangsa India tidak diterima di Sri Lanka, tidak diterima di Myanmar. Lihat saudara saya kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, di Vietnam, di Kampuchea, di merata tempat. Apa bantuan yang mereka dapat di negara-negara ini? Di Myanmar, seperti yang kita ketahui, kaum India dihalau keluar; di Sri Lanka mereka ditolak kewarganegaraan dan di Burma sama sahaja. Saya tahu, dan kamu pun tahu apa yang berlaku.
Tetapi di Tanah Melayu apa yang terjadi? Disini kita dapati kepimpinan orang Melayu berkata, "kami akan menerima kamu sebagai saudara kami, dan kami akan beri kamu peluang sepenuhnya untuk tinggal di negara kami ini, dan kami akan beri peluang kepada kamu untuk menjadi warganegara". Jadi pada tahun 1957, untuk keseluruhan tahun, kita mengenepikan syarat bahasa (Melayu), dan puluhan ribu kaum India, Cina, Ceylon dan lain-lain menjadi warganegara.
Seperti yang saya katakan, saya sangat bernasib baik dilahirkan didalam negara ini. Dimana lagi yang boleh kamu temui bangsa Melayu yang begitu berkebajikan, sopan dan sangat bersusila? Dimana lagi kamu boleh menerima layanan politik yang sangat bermaruah untuk mana-mana kaum pendatang? Dimana lagi didalam sejarah dunia ini? Saya bertanya kepada kamu. Ini adalah hakikat dan fakta! Siapa yang akan menjaga kepentingan kita? Saya hanyalah kaum minoriti 10% dalam negara ini. Tetapi saya sangat gembira disini”.
Tetapi diluar sana terdapat segelintir kumpulan anasir dan subversif (termasuk juga sekelumit dikalangan neo-Melayu liberal)  yang bersikap cauvinis, pelampau perkauman dan extremis agama yang tidak tahu menghormati kontrak sosial dan persefahaman yang telah dicapai sebelum kemerdekaan, dan menghormati hak istimewa orang Melayu, kedudukan istimewA agama Islam dan kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Tokoh negarawan ulung dan Bapa Kemerdekaan Malaysia, Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman pernah memberikan kita amaran mengenai anasir seumpama ini bila Almarhum Tunku berkata pada 15 April 1969 sekiranya mereka ini (iaitu anasir cauvinis, pelampau perkauman dan extremis agama ini) "berterusan mempertikaikan dan mencabar Artikel 153 (berkaitan hak istimewa orang Melayu & bumiputra), maka kekacauan akan berlaku dan keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi akan hancur!”

Dan  untuk pengetahuan Tan Sri, itulah punca terjadinya peristiwa berdarah 13 Mei 1969 apabila kaum cauvinis, pelampau perkauman dan extremis agama mencabar, mempersoal, dan menuntut supaya hak istimewa orang Melayu, kedudukan istimewa Islam dan kedaulatan Raja-Raja Melayu dihapuskan!

Dan mereka inilah musuh bersama bagi umat Melayu-Islam, bumiputra Sabah & Sarawak dan kaum-kaum lain termasuk kaum Cina dan India yang menjadi rakyat dan warganegara Malaysia yang tercinta ini.

Dan mereka inilah yang perlu dan wajib kita tentang habis-habisan!

SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KEMERDEKAAN KE 57...

DISINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA...KEPADA AGAMA, BANGSA DAN NUSA! 

Adios amigos, jazakallah, terima kasih, seh-seh, nandre.....grasias senor!

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
08 Zul-Qaedah 1435
03 Sept 2014

Kisah diatas tidak ada kena-mengena dengan mereka yang masih hidup apatah lagi yang telah mati, tetapi banyak kena mengena dengan para cauvinis, pelampau perkauman dan extremis keagamaan (termasuk sekelumit kaum neo-Melayu liberal) sebagai pengajaran dan iktibar untuk renungan bersama.

No comments: