NUFFNANG

Tuesday, 2 September 2014

SEMAKIN PANASSS!!! Nasruddin Tantawi Balun Anwar Lagi Sebab Adakan PRK Kajang #MBCrisis

SEMAKIN PANASSS!!! Nasruddin Tantawi Balun Anwar Lagi Sebab Adakan PRK Kajang #MBCrisis





KUALA LUMPUR 31 Ogos - 'Perang' antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kelompok ulama dalam Pas berikutan amalan nepotisme Ketua Pembangkang itu yang tetap mahu isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail menjadi Menteri Besar Selangor tidak mampu diselindungkan lagi.

Meskipun Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mahu pemimpin ulama Pas berhenti menyindir dan menyinggung pe­rasaannya, tetapi nampaknya suara Anwar seperti sudah tidak laku lagi, sekali gus menggambarkan hubung­an antara PKR dengan Pas ibarat retak menanti belah'.

Ini berikutan tindakan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin Hassan yang secara berterusan 'menyerang' Anwar dengan kritikan pedas selepas mempersoal apakah nepotisme tidak terpakai ke atas Ketua Pembangkang dalam isu mahukan isteri sendiri menjadi menteri besar.

Terbaru, beliau yang juga Ahli Parlimen Temerloh secara lantang berkata, rakyat Selangor kini menjadi mangsa kerana terpaksa menanggung resah akibat krisis ciptaan seseorang yang mempunyai keinginan politik sukar difahami, dipercayai ditujukan kepada Anwar.

"Ramai pihak resah dengan krisis yang berlaku di Selangor. Namun apa boleh buat, ia adalah krisis ciptaan sendiri. Maka beban krisis ini terpaksa didepani, sementara rakyat (pula) kian muak dengan apa yang berlaku.

"Lebih malang, ada yang rela berlakunya snap election asal cita-cita dan matlamat politiknya tercapai. Kepen­tingan dan kedamaian rakyat dipertaruhkan hanya kerana keinginan politik yang sukar difahami. 

"Saya di sini turut berdoa agar krisis ini segera tamat agar kepen­tingan negeri dan rakyat tidak terus diperjudikan," kata Nasrudin menerusi Facebooknya selang beberapa jam selepas Anwar memintanya berhenti membuat kenyataan yang menyindir dan menyinggung perasaan.

Sebelum ini, bekas Ketua Dewan Pemuda Pas itu turut membidas pendirian Anwar yang hanya menamakan Wan Azizah sebagai calon tunggal jawatan Menteri Besar Selangor meskipun Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mahu setiap parti pakatan pembangkang mencadangkan dua nama.

Anwar pula dalam kenyataan balasnya terhadap Nasrudin dipetik sebagai berkata: "Sebagai seorang yang mempamerkan (imej) tokoh agama, maka haruslah komennya berlandaskan etika dan akhlak yang tidak dengan maksud untuk menyindir, menyinggung atau menghina sesiapa."

No comments: