HEBAT TUN DR MAHATHIR KITA !!! TUN MAHATHIR JAWAB ISU PPS DAP YANG DIHARAMKAN
Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang mencabar Ketua Polis Negara secara terbuka terus dibidas termasuk oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.Dalam masa yang sama, polis akan memburu saki-baki anggota Pertubuhan Peronda Sukarela (PPS) kerajaan negeri yang ketika ini dianggarkan berjumlah kira-kira 9,000 orang.
Bekas Perdana Menteri itu menyifatkan penahanan 156 ahli Pasukan Peronda Sukarela (PPS) di Pulau Pinang oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai tindakan yang wajar diambil.
Malah, beliau turut menyifatkan pilihan dibuat PDRM itu sebagai tepat selepas cabaran terbuka dibuat terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berhubung isu berkaitan status PPS.
"Di negara ini kita sudah beri tanggungjawab kepada PDRM untuk menjaga keselamatan... bagaimanapun sesetengah badan dan organisasi juga dibenarkan memohon lesen khas daripada polis untuk memantau keselamatan sesuatu kawasan, namun masih tertakluk kepada undang-undang dan peraturan ditetapkan.
"Mengandaikan bahawa peraturan kawalan keselamatan adalah di tangan mereka, itu tidak betul dan mereka tidak patut melakukan perkara sebegitu... malah mereka mencabar Ketua Polis Negara (KPN) untuk menahan mereka, maka KPN tidak ada pilihan lain selain menguatkuasakan undang-undang yang ada,"katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penahanan 156 ahli PPS di Pulau Pinang oleh PDRM kelmarin.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, RSN Rayer ditahan polis untuk membantu siasatan berhubung isu Pasukan Peronda Sukarela (PPS).
Rayer ditahan kira-kira jam 6 petang tadi ketika sedang berada di dalam Ibu Pejabat Daerah (IPD) Timur Laut untuk membantu 135 anggota PPS yang direman.
Penahanan Rayer yang juga seorang peguam disahkan oleh Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid -Agendaily
Sehubungan itu, Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi meminta anggota berkenaan yang masih bebas menyerah diri di mana-mana balai polis berhampiran.
"Kita akan mengambil tindakan selanjutnya ke atas semua anggota PPS yang lain, jika mereka hendak serah diri kita akan siasat.
"Setakat ini, kita mempunyai lebih 30 peratus daripada hampir 10,000 data anggota pasukan berkenaan dan akan mengesan mereka mengikut peringkat," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UM
source : dr mim
No comments:
Post a Comment