NUFFNANG

Thursday, 20 March 2014

#MH370 MYSTERY : #PRAYFORMH370: HARON DIN LEMPANG MAHFUZ & ANWAR BERAHIM...!!!???

#PRAYFORMH370: HARON DIN LEMPANG MAHFUZ & ANWAR BERAHIM...!!!???

Siapa tak kenal dengan Datuk Dr. Haron Din Al-Hafiz, seorang ulama terkenal dan 
diiktiraf muktabar di negara kita. Meskipun beliau menyertai PAS, saya sangat 
hormat pada Timbalan Mursyidul Am PAS ini

Malah tidak salah pada pandangan saya jika dikatakan Ust Haron Din jauh lebih 
layak memegang jawatan Mursyidul Am di dalam PAS...

Kenapa? Kerana Ust Haron Din tidak mengarut seperti Nik Aziz, Mahfuz atau Mat Sabu. 
Malah kalau nak dibandingkan dengan "Pak Syeikh" Anwar Berahim, macam langit 
dengan bumi, jauh panggang dari api!

Cuba tengok apa yang Ust Haron Din katakan tentang usaha Kerajaan BN 
menangani insiden MH370 kat atas tu... sangat berbeza dengan "mulut longkang" 
Mahfuz Omar dan Anwar Berahim, kan?

Sebelum ni, Mahfuz Omar dan Anwar Berahim bersilih ganti menghentam Kerajaan 
BN kononnya "mengelirukan" laaa.. tak bagus la... tak reti handle la.. semuanya 
tak bagus la di pandangan mata depa... 

Anwar keliling Kajang perlekeh usaha Kerajaan Malaysia. Dia politikkan insiden 
MH370 untuk kepentingan politiknya. Padahal, dia sendiri kononnya marah 
pada sesiapa yang politikkan insiden MH370 ni... cakap tak serupa bikin!

Ada ke patut Anwar kata dia lebih layak jawab pasal insiden MH370. Nak muntah 
saya dengar. Poyo dia tahap dewa! Rasanya dewa poyo pun tak sepoyo Anwar... heh!

Mahfuz pun kutuk jugak... tumpang sekaki salahkan Kerajaan Malaysia. Kononnya 
cara kerajaan handle insiden MH370 tu mengelirukan. Keliru ke? Atau Mahfuz dan
 orang-orang yang otaknya sama standard dengan Mahfuz saja yang keliru? 
Saya tak keliru pun...

Sikap dan kenyataan depa tu sangat berbeza dengan pendirian jujur Ust Haron Din. 
Mungkin Ust Haron Din memiliki akhlak dan pendirian yang jauh lebih matang, 
rasional dan bernas berbanding Anwar Berahim...

Malah saya yakin, Ust Haron Din bukan saya memiliki otak, malah beliau juga 
menggunakan akal yang dikurniakan Allah SWT dengan baik. Tidak seperti Mahfuz 
Omar, saya juga yakin Ust Haron Din tahu nak eja "LUNCH"!

Tak payah cakap banyak... kenyataan Ust Haron Din tu dah cukup memberi 
tamparan hebat kat Mahfuz dan Anwar Berahim.. orang macam tu pun depa lantik 
jadi Naib Presiden dan digelar "Pemimpin Anugerah Tuhan"? Heh!

source : the duke's blog

No comments: