NUFFNANG

Wednesday, 21 October 2015

[sepertimana dap/pkr/pas mahu paklah kekal dahulu begitu juga mereka mahu najib kekal sekarang sehingga pru14!]...USUL UNDI TIDAK PERCAYA SENGAJA DIRANCANG UNTUK GAGAL...

[sepertimana dap/pkr/pas mahu paklah kekal dahulu begitu juga mereka mahu najib kekal sekarang sehingga pru14!]...USUL UNDI TIDAK PERCAYA SENGAJA DIRANCANG UNTUK GAGAL...

Usul undi tidak percaya kepada PM di parlimen bukan suatu usul yang gagal jika dibuat tetapi usul itu sengaja dirancang untuk digagalkan demi kepentingan politik DAP.

Najib perlu kekal sebagai PM sehingga PRU14 kerana Najib akan jadi deposit  dan sumbangan besar ke atas kegagalan UMNO kelak. Itulah mainan dan harapan DAP untuk Najib kekal.


Jika usul undi tidak percaya berjaya, yang akan naik dan dilantik ialah orang UMNO juga dan ini memberi satu kekuatan baru dan kelak boleh menjahanamkan impian DAP untuk menjadi abang besar dalam kerajaan baru selepas PRU14.

No wonder ramai benar ahli baru dari orang Melayu yang dibawa masuk, akan jadi calon parlimen di kawasan majoriti cina tetapi dimenangkan untuk dilantik menjadi PM mewakili DAP... seterusnya digilap untuk menjadi boneka.

Oleh itu jika usul itu gagal atau undi masih menyebelahi Najib selaku PM, kena ingatlah itu bukan kekuatan Najib sebenar tetapi lebih kepada nasib baik untuk seketika atas mainan politik DAP.



No comments: