NUFFNANG

Wednesday, 28 October 2015

Ini Yang Najib Dapat..!

Ini Yang Najib Dapat..!


Selepas memansuhkan AKTA ISA..! Setelah mendengar nasihat para punahsihat..! Akhirnya apa yang Najib dapat?

Pemantau hak asasi berpangkalan di New York Human Rights Watch (HRW) hari ini menerbitkan  laporan mendokumenkan dakwaan salahguna undang-undang Putrajaya yang menjenayahkan hak bersuara, sekali gus mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhenti menangani kritikan terhadapnya sebagai satu jenayah.
Berjudul 'Creating a Culture of Fear: The Criminalisation of Peaceful Expression in Malaysia', laporan sebanyak 145 halaman itu mendakwa Najib berulang-ulang kali memungkiri janjinya bagi menghapuskan undang-undang bersifat menekan dan kuku besi serta mengingatkan perdana menteri akan ikrarnya bagi "menegakkan kebebasan sivil" sewaktu memulakan tugas pada April 2009.
HRW berkata, pentadbiran Najib terutamanya sejak 2013, menggunakan undang-undang terlalu kabur serta luas perkataannya bagi "mengganggu, menyiasat dan menahan" individu yang bersuara secara aman.
Najib yang seharusnya berhenti bernostalgia..! Najib perlu berpijak dibumi nyata...! Jangan terbang bergentayangan dengan kehadiran ribuan orang..! dengan sepanduk..! dengan ampuan dan jilatan..!
Sokong bawak rebah..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

No comments: