NUFFNANG

Tuesday, 20 October 2015

[artikel panassss berapi untuk najib dan apple polisher beliau!] ... Kenapa tidak Muhyiddin atau Shafie Apdal dilantik (?) Pengerusi baru PAC.......... dan APA KATA AHLI AKADEMIK TENTANG NAJIB YANG SEDANG DESPERADO UNTUK MENDAPAT UNDI CINA.

[artikel panassss berapi untuk najib dan apple polisher beliau!] ... Kenapa tidak Muhyiddin atau Shafie Apdal dilantik (?) Pengerusi baru PAC.......... dan APA KATA AHLI AKADEMIK TENTANG NAJIB YANG SEDANG DESPERADO UNTUK MENDAPAT UNDI CINA...

Berdasarkan persepsi pembangkang, semua benda yang kerajaan 
buat tak betul tetapi mengikut penyokong Najib - isu 1MDB dan 2.6B 
masuk personal akaun Najib hanyalah fitnah dan ditafsirkan pula 
sebagai sabotaj ekonomi negara !!!

Dalam hal ini pendapat golongan atas pagar sangat penting !!! golongan 
ini biasanya ahli UMNO atau penyokong UMNO pada suatu masa dulu
 tetapi kini mempunyai pandangan tersendiri.

Pandangan mereka lebih sederhana tetapi ala mirip pembangkang. 
Yang pasti mereka mahu UMNO selamat dan menang tetapi pemimpin 
yang tidak amanah dilontar jauh-jauh.

Najib dan penyokong kini bertembung dengan golongan sederhana ini, 
suatu yang lebih sukar berbanding jika bertembung dengan 
pembangkang !!!
Kumpulan sederhana ini sukar dibeli, sukar dijual... Pengaruh tak 
nampak tetapi kesannya ada.

Isu 1MDB sebenarnya sudah jauh meninggalkan fakta sebenar kerana 
ia sudah dikuasai persepsi kekal. Masa untuk membuktikan telah 
disia-siakan oleh Najib. PAC ditangguh, Task Force dipenyap dan Bank 
Negara diperkecilkan. Yang tinggal nyawa ikan pada nama sahaja ialah 
PSRM.

Oleh itu perlantikan Pengerusi PAC baru Datuk Hassan Ariffin tidak 
banyak membawa perbezaan lebih-lebih lagi nama tersebut bukanlah 
nama besar. Kenapa tidak Muhyiddin atau Shafie Apdal dilantik (?)
Suruhanjaya Di Raja jika ditubuhkan lebih mendapat kepercayaan 
rakyat termasuk kumpulan sederhana ini.

Mungkinkah kalau ditanya kepada Mat Maselan - 1MDB kini sudahpun 
diterima oleh rakyat sebagai bersih dan suci...




APA KATA AHLI AKADEMIK TENTANG NAJIB YANG SEDANG DESPERADO 
UNTUK MENDAPAT UNDI CINA...


Tuesday, October 20, 2015



[MAIN POLITIK ADA HADNYA] PM tak boleh ubah sejarah negara: Ahli akademik


BANGI, Selasa – Pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa 
Malaysia (UIAM) Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz menolak dakwaan Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini apabila mengatakan kaum Cina di
Malaysia bukan pendatang.

Beliau berkata, kenyataan perdana menteri itu tidak boleh mengubah sejarah 
negara mahupun sejarah kewarganegaraan.

“Sejarah tidak akan berubah dengan perubahan masa. Kewarganegaraan kaum 
bukan Melayu tidak dipersoal.

“Namun, sejarah tentang kewarganegaraan tersebut tidak akan berubah sampai 
bila-bila,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan kontroversi Najib yang menyifatkan 
kaum Cina di Malaysia bukan pendatang, tetapi adalah anak watan yang juga 
memainkan peranan dalam pertumbuhan yang menakjubkan di negara ini.

“Sebab itu anda bukan pendatang. Anda adalah anak watan. Anda dilahirkan 
di sini, membesar di sini, dan apabila tiba masanya, apabila anda meninggal dunia, 
anda akan dikebumikan di sini,” kata Najib.

Mengulas kenyataan Najib itu, Pengerusi Biro Dakwah Ikatan Muslimin Malaysia 
(ISMA), Ustaz Haji Omar Kassim pula berkata, tidak dinafikan kaum Cina di Malaysia 
telah mendapat kewarganegaraan.

“Benar kaum Cina dapat warganegara. Benar mereka ada hak sebagai rakyat
 Malaysia.

“Namun, tidak benar jika tok nenek mereka dulu bukan pendatang. Jadi mereka
 adalah bangsa pendatang,” katanya.

Disebabkan mereka bangsa pendatang, Haji omar berkata, mereka tidak sepatutnya mempertikai hak dan keistimewaan yang diperolehi bangsa Melayu.

“Jangan dipersoal kontrak sosial. Jangan dipersoal Islam dan hak istimewa 
Melayu.
“Ada sejarahnya di situ yang telah terpahat dengan tinta emas. Kita tidak persoal 
pun hak kamu sebagai warganegara di sini,” katanya lagi. - ismaweb


No comments: