NEWS
NOW READING
Man Claims To Have Found Plane Wreckage With Malaysian Flag
KOTA KINABALU: A man told police in Sandakan his nephew found a piece of aircraft wreckage with the Malaysian flag painted on it as well as skeletal remains inside in the southern Philippines.
Sabah Police Commissioner Datuk Jalaluddin Abdul Rahman said the report was lodged by a civilian but there was no confirmation of what his nephew had found, supposedly in Tawi-Tawi province.
In March last year Malaysia Airlines flight MH370 disappeared en route from Kuala Lumpur to Beijing with 239 passengers and crew on board. After more than a year without a single clue of the missing aircraft, a piece of the wing called the flaperon was recovered on the French Reunion Island in the Indian Ocean on July 29.
It was later confirmed to be a piece from MH370 based on its paint and maintenance records of the Boeing 777 aircraft. – NST  / Malaysia Airlines Gen X pic
Updated: Polis siasat dakwaan penemuan bangkai pesawat dipercayai MH370 di selatan Filipina.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata pihaknya akan memanggil seorang lelaki yang membuat laporan polis berkenaan penemuan bangkai pesawat kononnya milik Malaysia di sebuah pulau di selatan Filipina bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Polis Sabah masih menyiasat kesahihan kandungan laporan polis berkenaan penemuan bangkai pesawat kononnya milik Malaysia di sebuah pulau di selatan Filipina.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata pihaknya akan memanggil seorang lelaki yang membuat laporan itu di Balai Polis Sandakan bagi mendapatkan maklumat lanjut.
“Pihak Cawangan Khas akan menyoal pengadu untuk mendapatkan butiran terperinci. Setakat ini, polis Sabah belum dapat memastikan kesahihan maklumat dalam laporan itu,” katanya dalam kenyataan di Kota Kinabalu, malam ini.
Beliau berkata seorang lelaki bernama Jamil Omar membuat laporan polis dengan mendakwa ibu saudaranya menemui satu bangkai pesawat di hutan Pulau Sugbay, Tawi-Tawi di Filipina.
“Ibu saudara Jamil mendakwa dalam pesawat itu terdapat banyak rangka manusia selain menjumpai sehelai bendera Malaysia berukuran 70 inci panjang dan 35 inci lebar,” katanya.
Bagaimanapun, Jalaluddin berkata pihaknya masih belum dapat memastikan sama ada laporan yang diterima itu benar ataupun palsu.
Dalam laporan itu, lelaki berusia 40-an itu mendakwa ibu saudaranya yang berasal dari Tawi-Tawi itu menemui bangkai pesawat berkenaan yang dipercayai MH370 di pulau itu pada awal September lepas.
Pesawat MH370 dilaporkan hilang pada 8 Mac tahun lepas ketika melakukan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal. – Bernama