KES NAJIB SAMAN ... Tun M: Najib tak perlu takut jika betul
- Tun Dr Mahathir Mohamad (kanan) kelihatan terpegun dengan lakaran reka bentuk yang dihasilkan oleh peserta termuda Pertandingan Reka Bentuk Proton, Nurhaidah Achmad Joehary, 13, (kiri) pada Majlis Penyampaian Hadiah Reka Bentuk Proton di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sepatutnya tidak perlu gentar jika dikritik atau difitnah oleh pembangkang dan ia adalah sesuatu yang normal bagi seorang ahli politik.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed bagaimanapun berkata tindakan Najib yang mengambil tindakan mahkamah ke atas beberapa pemimpin PR itu adalah hak beliau untuk kepentingan politiknya.
"Itu adalah hak dia (Najib), sebagai ahli politik, dikritik dan difitnah semuanya adalah normal. Bagi saya tiada guna, bagi PM (Najib) sebaliknya.
"Masa saya dulu tak pergi mahkamah pun, tapi saya akan jelaskan, kalau betul buat apa hendak takut," katanya kepada pemberita selepas melancarkan dua varian baharu Proton Suprima S di Solaris Dutamas, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Perdana Menteri yang menyaman Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua ekoran kenyataan mereka terhadapnya mengenai 1MDB pada 3 November lalu.
Surat tuntutan kepada dua pemimpin PR itu dihantar pada 21 November lalu yang ditandatangani oleh peguamnya, Datuk Mohd Hafarizan Harun yang meminta mereka menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf dalam tempoh 14 hari dalam akhbar nasional atau menghadapi tindakan saman.
Tony yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara juga diminta mengeluarkan video itu dari internet, menghentikan sebarang kenyataan fitnah dan membayar sejumlah wang pampasan kepada Najib.
Rafizi baru-baru ini telah mengulangi cabarannya agar Najib berdebat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim khususnya mengenai subsidi minyak.

source : sh
No comments:
Post a Comment