Hot! Tepukan Gemuruh Apabila Presiden Pas Di Hentam Dan Kongres Dap 2014 Istihar Gandingan Mat Sabu dan Khalid Samad Pengganti Hj Hadi dan Pro Ulama
Dap hari ini mengistiharkan kuda tungangan baru mereka didalam Pas.
Setelah melalui episod pertelagahan antara pimpinan tertinggi Pas,Dap melihat presiden Pas harus diturunkan dan digantikan gandingan Mat Sabu dan Khalid Samad.
Kongres Dap kali ini selepas Setiausaha Agung parti Lim Guan Eng dan Pengerusi Dap Selangor Tony Pua, Giliran Perwakilan Dap Perak menghentam Pas.
Mengumumkan nama Mat Sabu dan Khalid Samad sebagai penganti Hj Hadi dan kelompok pro Ulama menandakan Dap masih bersedia menerima Pas sebagai tunggangan jika pro Ulama disingkirkan.
Wong Kah Wah menghentam Hj Hadi dengan menyifatkan beliau seorang yang degil dan tidak menurut kehendak kepimpinan pakatan.Kenyataan tersebut mendapat tepukan gemuruh dari kesemua perwakilan.
Perwakilan DAP Perak Wong Kah Woh sekali lagi menggesa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menghadirkan diri ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR).“Kerjasama DAP dalam PR sentiasa utuh, malangnya terdapat beberapa pimpinan PAS yang degil dan tidak mahu mengadakan perbincangan.“Saya menyeru segelintir pemimpin PAS yang degil termasuk Hadi Awang hadir pada mesyuarat Majlis Pimpinan PR agar agenda dan kerja dapat diteruskan,” katanya.
Pemimpin PAS seperti Mohamad Sabu dan Khalid Samad masih berupaya menjadi suara Pakatan Rakyat (PR) dalam parti Islam itu meskipun terdapat segelintir pemimpin mereka tidak sebulu dengan kepimpinan pembangkang, kata wakil DAP Perak, Wong Kah Wah.Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Canning ketika berbahas di Persidangan Nasional DAP 2014 di Subang Jaya, berkata, masalah yang timbul daripada krisis dalaman PR bukan berpunca dari PAS, sebaliknya daripada segelintir pimpinan mereka.“Kita tahu kita ada masalah, ia bukan masalah PAS sendiri, tetapi segelintir pemimpin PAS.“Kita masih ada Mat Sabu, Khalid Samad, itulah harapan kita dalam PAS,” katanya.Beliau berkata, tiada perkara mustahil dalam politik untuk berhadapan dengan kedegilan segelintir kepimpinan PAS.“Dengan ada segelintir pimpinan PAS yang degil, tetapi saya percaya dalam politik kita akan berhadapan ‘mission impossible’ tapi tiada yang ‘impossible’ dalam politik,” katanya.Beliau turut menyeru pemimpin yang gagal mematuhi keputusan Mesyuarat Majlis Tertinggi PR melepaskan jawatan dalam parti yang diwakili mereka.“Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat perlu bermesyuarat sekurang-kurangnya sebulan sekali dan keputusan itu wajib dihormati.“Mana-mana pemimpin yang ingkar, keputusan itu, harus berundur dan tidak layak memimpin parti itu,” katanya di hadapan 938 perwakilan DAP.Beliau berkata, masih ada peluang bagi PR bersatu menentang Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.“Saya berasa terpanggil untuk berbahas kerana saya rasa masih ada harapan, masih ada peluang mengekalkan silaturrahim kita untuk berhadapan BN.“Mungkin antara kita, termasuk pemimpin kita hilang keyakinan PR akan berterusan untuk menggantikan BN,” katanya.Hanya dengan kekuatan dalaman PR, katanya, BN akan mampu untuk ditewaskan.“Saya percaya di Perak, atau di Malaysia, sampai hari ini, kita percaya dengan hubungan erat ketiga-tiga parti, kita mampu menewaskan BN,” tambahnya.Malah, beliau turut mengakui, melalui perbincangan tertutup, PR Perak berjaya menyelesaikan beberapa isu berhubung pembangkang di Perak.“Bukan saja pemimpin PAS Perak seperti Nizar, kita juga ada anak-anak buah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang,” katanya merujuk kepada bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin.“Tetapi melalui perbincangan formal dan tidak formal, kita berjaya mendesak kenyataan bersama dikeluarkan,”
Pisau kata ” Dap cepat cepat jatuhkan Hj Hadi,senang sikit nak buat kerja”
Source : pisau.net
No comments:
Post a Comment