Sejak awal tengahari tadi, pengamal - pengamal di laman media sosial mula kecoh dengan penyebaran berita GEMPAR dibawah yang membawa kemaluan kepada Si Ketua Penipu tu.
Dari perkhabaran yang diterima, Tuanku Sultan Selangor ternyata sudah muak dan murka dengan perangai haramjadah yang ditonjolkan oleh Si Ketua Penipu tu yang sekadar tau buat huru hara je kerjanya.
PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dilucutkan gelaran ‘Datuk Seri’ yang diberikan kepadanya pada tahun 1992 oleh Sultan Selangor berkuat kuasa pada 3 November.
Istana Selangor dalam satu kenyataan pada hari Khamis berkata keputusan untuk membatalkan gelaran Anwar dibuat kerana beliau sejak akhir tahun 2013 yang mempersoalkan kewibawaan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan institusi Raja dalam menyelesaikan kemelut Menteri Besar baru-baru ini.’
“Sultan, selepas berunding dengan Dewan di-Diraja Selangor , telah memutuskan bahawa Darjah Kebesaran Datuk Seri yang dikurniakan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, adalah ditarik balik berkuatkuasa 3 November, selaras dengan kuasa Baginda sebagai sumber bagi segala Penghormatan dan Kebesaran dalam negeri Selangor serta kuasa untuk menurunkan Darjah Kebesaran seperti mana yang diperuntukkan di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959,” menurut kenyataan tersebut.
Setiausaha Sulit Sultan Sharafuddin, Datuk Mohamad Munir Bani berkata tindakan dan tingkah laku penasihat PKR itu menunjukkan bahawa beliau tidak lagi layak untuk memegang sebarang gelaran.
Persoalannya, kenapa Menteri Besar tak ambik sebarang tindakan untuk mengekang perkara ini dari terus berlaku? Kenapa dia biarkan Si Ketua Penipu tu diaibkan sedemikian rupa?
Sepatutnya sebagai seorang anak buah yang kini sudah menjadi Menteri Besar yang mempunyai kuasa untuk menasihati Tuanku Sultan, dia boleh halang daripada perkara ini berlaku.
Dia boleh ambik tindakan untuk mengelakkan Si Ketua Penipu tu dimalukan dengan keputusan yang telah dibuat oleh Tuanku Sultan Selangor tu sendiri. Tapi, kenapa dia tak buat apa - apa?
Itu persoalan yang dibangkitkan oleh pengamal - pengamal media sosial hari ini. Kata mereka, mungkin Si Azmin tu sendiri ada bahagian dalam tindakan yang dibuat oleh Tuanku Sultan Selangor ni. Mungkin ini masanya untuk dia 'membalas dendam'!!!
source : semut hitam
No comments:
Post a Comment