Azmin Ali Takut Bincang pelucutan gelaran 'Datuk Seri' Anwar
SHAH ALAM: Menteri Besar, Azmin Ali terus mengelak daripada menjawab soalan
wartawan berhubung isu pelucutan gelaran 'Datuk Seri' terhadap Ketua Pembangkang
Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Sultan Selangor baru-baru ini.
"Tak ada komen. Terima kasih," katanya ringkas kepada pemberita selepas merasmikan SKIMSEL di sini sebentar tadi.
Sultan kelmarin menarik balik Darjah Kebesaran Seri-Sultan Salahuddin Abdul Aziz
Shah yang dikurniakan kepada Ketua Umum PKR itu sejak 1992, berkuatkuasa pada
3 November lalu.
Dalam satu kenyataan istana, keputusan untuk membatalkan gelaran Anwar dilakukan
kerana pemimpin itu sering mempersoalkan integriti Sultan dan institusi Raja dalam krisis
menteri besar baru-baru ini.
Sebelum ini Azmin gagal memberikan respon berhubung perkara ini, sekaligus
mengundang tanda tanya mengenai status Anwar yang dilantik sebagai Penasihat
Ekonomi Selangor samada diteruskan atau tidak.
Dalam perkembangan berlainan Azmin berkata kerajaan negeri belum menerima
sebarang maklum balas berhubung perkembangan terkini kontroversi Lebuhraya
Kinrara – Damansara (Kidex).
"Setakat ini, kerajaan negeri masih belum menerima maklum balas berkenaan
syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan negeri.
"Saya dah umumkan dalam belanjawan, dalam pertemuan dengan LLM saya dah
maklumakan. Ini pendirian kerajaan negeri tentang lebuhraya di selangor," tambahnya.
Terdapat desas-desus mengatakan bahawa Kidex sudah bersetuju dengan syarat
yang diberikan kerajaan negeri.
Sebelum ini Azmin memberitahu Kidex mesti mendedahkan kepada awam butiran
perjanjian konsesinya dengan Putrajaya jika ia mahu kerajaan Selangor mengkaji
semula projek tersebut.
Azmin berkata, beliau memberi tiga tuntutan kepada Kidex Sdn Bhd dan Lembaga
Lebuhraya Malaysia (LLM) dan mahu ia dilaksanakan sebelum tempoh perjanjian
konsesi luput pada 15 Februari tahun depan.
Dua lagi syarat ialah pendedahan sepenuhnya kadar tol dicadangkan dan pulangan
daripada lebuh raya berkenaan serta bukti melalui kajian impak trafik bahawa projek
itu akan menguntungkan pengguna dan penduduk Petaling Jaya, tambah Menteri
Besar Selangor itu.

source : siemens melayu maju
No comments:
Post a Comment