ANWAR BENGANG BILA ... SIAPA YANG KATA ANWAR IBRAHIM SUDAH TIDAK PENTING & NAK PUPUS??
Rasanya kita tidak terkejut dengan kenyataan di bawah. Tetapi yang menariknya ialahlabelling Timbalan ketua kluster politik MPN ini terhadap Anwar Ibrahim sudah tentu akan menyebabkan penyokong veteran tua PKR ini melenting.
Tetapi dalam masa yang sama, ianya sudah tentu akan disetujui oleh penyokong Azmin Ali.
Apa pun, Anwar menunggu masa sahaja.
Tetapi dalam masa yang sama, ianya sudah tentu akan disetujui oleh penyokong Azmin Ali.
Ketua Pembangkang Datuk seri Anwar Ibrahim sudah tidak penting lagi dalam suasana politik semasa dan bakal penggantinya perlu digarap daripada sekarang, kata ahli akademik terkenal Prof Jayum Jawan.MiM sertakan satu artikel blogger pro-pembangkang. Di antara tulisan beliau :
Timbalan ketua kluster politik Majlis Profesor Negara (MPN) itu berkata, beliau melihat menteri besar Selangor Azmin Ali, yang juga timbalan presiden PKR, sebagai calon sesuai.
"Sekarang orang tua ini (Anwar) tak penting, sudah nak pupus.
“The next Anwar, (Anwar) dalam pembikinan adalah Azmin sebagai nombor dua (selepas Anwar).
"Tidak dapat dinafikan, dia (Azmin) juga menteri besar, dapat garapkan sebagai pemimpin seterusnya.
“(Beliau) ada potensi untuk bertanding dalam jawatan presiden akan datang,” katanya ketika ditanya berhubung kemungkinan pengganti Anwar jika ketua umum PKR itu kembali merengkok di penjara.
Anwar kini masih menunggu keputusan rayuan akhirnya terhadap sabitan kes liwat kedua terhadapnya.
'Sudah tentu bukan Azizah'
Jayum juga melihat Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah, yang juga isteri Anwar, tidak akan dapat memikul tanggungjawab itu.
“Sudah tentu bukan Wan Azizah,” katanya lagi.
Pensyarah di Fakulti Ekologi Manusia di Universiti Putra Malaysia (UPM) itu juga berkata, walaupun situasi itu disedari pemimpin muda dalam Pakatan, mereka masih menjaga pertuturan kerana bimbang menyinggung perasaan Anwar.
"Ini bagus (kerana) menghormati orang tua. Tunggu orang tua mengundurkan diri atau diundurkan,” katanya. seterusnya
Pada aku. Yes. PKR dan PR perlu mencari pimpinan muda sebagai pelapis bagi parti politik macam korang.
Namun. Kalau pelapis tue geng2 sembur ubat nyamuk dalam bas beraircond baik tak payah. Aku nak pimpinan yang boleh buat kerja dan memang jenis akan buat kerja. Bukan jenis propa tak tentu hala.
Dan, kalau la dikatakan Azmin pelapis kepada Anwar, adakah Azmin neh PIEM dalam penantian juga ke apa?
Aku takley bayangkan dia as PIEM. Lebih2 lagi bayangkan Ummi dan Azwan yang sebagai adik beradik dia. seterusnyaLain macam aja tulisan blogger pro-pembangkang ini. Seperti tidak menyokong Azmin Ali.
Apa pun, Anwar menunggu masa sahaja.
source : dr mim
No comments:
Post a Comment