NUFFNANG

Thursday, 4 July 2019

[TAHNIAH !! ...TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA!!!] ... Pasukan koir UiTM buktikan kehebatan di Poland

Pasukan koir UiTM buktikan kehebatan di Poland




KUALA LUMPUR 3 Julai - Pasukan koir Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang dikenali sebagai UiTM Chamber Choir (UCC) berjaya merangkul tiga emas dalam kesemua kategori yang di sertai di Pertandingan dan Festival Koir Antarabangsa Copernicus ke-7 di Torun, Poland hari ini.

Tiga kategori berkenaan adalah kategori Mixed Choir (Koir Campuran) dan Folklore (Lagu Rakyat/Budaya) oleh UiTM Chamber Choir (UCC) serta kategori Female Choir (Koir Wanita) oleh UiTM Women`s Chorale (UCS). UCC juga telah berjaya menerima dua lagi anugerah khas iaitu Special Audience Prize dan Grand Prix of All Volunteers Awards.


UITM Poland2

Dr. Masashi Kishimoto (kiri) ketika mengendalikan UiTM Chamber Choir pada pertandingan di Torun, Poland. Pasukan UiTM itu membuktikan kehebatan mereka apabila menyapu bersih tiga kategori yang dipertandingkan

“Per Musicam ad Astra” 7th International Copernicus Choir Festival & Competition yang bermula dari 29 Jun sehingga 3 Julai 2019 telah menyaksikan penyertaan daripada 52 kumpulan koir tetapi hanya 12 kumpulan sahaja yang layak ke pusingan akhir.
Antara negara yang berentap pada pusingan akhir termasuklah Poland, Latvia, Lithuania, Taiwan, Philippines, Indonesia, South Africa dan Malaysia. UCC telah mempersembahkan tiga buah lagu sewaktu sesi Konsert Persahabatan (Friendship Concert) dan mempertaruhkan sebelas buah lagu tempatan dan antarabangsa untuk keseluruhan pertandingan tersebut.
Hadiah Khas Penonton (Special Audience Prize) diterima apabila gambar kumpulan dari UiTM tersebut telah berjaya mendapat lebih 7500 ‘likes’ melalui undian secara atas talian di laman media sosial Facebook. Manakala, anugerah khas Grand Prix of All Volunteers pula adalah berdasarkan hasil undian oleh para sukarelawan yang mengendalikan keseluruhan program tersebut.
Naib Canselor UiTM, Prof. Emeritus Dr. Mohd Azraai Kassim berkata, UCC yang ditubuhkan semenjak tahun 2015 oleh Pensyarah Kanan Fakulti Muzik UiTM, Dr. Masashi Kishimoto telah banyak mengharumkan nama Malaysia di mata dunia melalui pelbagai persembahan dan menjuarai pertandingan di dalam dan luar negara. 
Prof. Emeritus Dr. Mohd Azraai Kassim
Prof. Emeritus Dr. Mohd Azraai Kassim 
"Antaranya 4th Bali International Choir Festival (2015), 30th Praga Cantat 2016 di Prague, 2nd Kalamata International Choir Competition di Greece (2017), Musica Eterna Roma International Choir Festival & Competition di Italy (2018) dan Malaysian Choral Eisteddfod (2016-2019). 
"Kesemua 30 ahli koir yang terdiri daripada pelajar diploma sehingga ke ijazah sarjana serta alumni Fakulti Muzik UiTM ini telahpun memulakan latihan intensif semenjak akhir tahun 2018 lagi untuk sesi jelajah kali ini.
"Kumpulan ini bakal mengikuti satu lagi pertandingan koir iaitu Johannes Brahms Choir Festival and Competition di Wieneigrode, Jerman pada 3 hingga 7 Julai 2019, semoga mereka akan sekali lagi beroleh kejayaan di pertandingan tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, seluruh warga UiTM amat berbangga dengan pencapaian anak-anak Malaysia di arena antarabangsa tersebut dan kejayaan yang amat bersejarah itu merupakan satu pengiktirafan di pertingkat tertinggi terhadap kualiti bakat dan khazanah seni yang kita miliki. 
"Saya mewakili seluruh warga UiTM juga ingin merakamkan sekalung penghargaan kepada warga Malaysia yang tidak putus memberikan sokongan sehingga mereka berjaya memenangi anugerah khas tersebut," katanya.

UITM Poland2Pasukan UiTM sedang melakukan persembahan pada Per Musicam Ad Astra' 7th International Copernicus Choir Festival and Competition di Torun, Poland. 
Sementara itu, Dekan Fakulti Muzik UiTM, Prof. Madya Dr. Tazul Izan Tajuddin yang mengetuai pasukan UCC ke pertandingan itu ketika dihubungi memberitahu, daripada 52 pasukan yang bertanding, 12 pasukan dipilih ke pusingan penentuan antaranya termasuk pasukan tuan rumah Poland, Latvia, Lithuania, Taiwan, Filipina, Indonesia, Afrika Selatan dan Malaysia. 

Prof. Madya Dr. Tazul Izan Tajuddin


"Berdasarkan persembahan mereka dalam pertandingan, koir ini adalah yang terbaik kerana memenangi tiga kategori yang dipertandingkan.Dr. Tazul Izan berkata, daripada awal mereka dapat merasakan untuk merangkul kemenangan tetapi tidak mahu terlalu yakin, sebalik memastikan untuk melakukan persembahan yang terbaik.
"Persaingannya juga agak sengit tetapi kami membuktikan kami yang terbaik dengan menang semua tiga kategori," katanya.
Selepas pertandingan di Jerman, UCC akan turut mengadakan satu persembahan di  Innsbruck, Austria sebelum berlepas pulang ke tanah air. - UTUSAN ONLINE

No comments: