Kerajaan tidak stabil jika Dr. Mahathir berundur
Naib Presiden Pas, Mohd. Amar Abdullah, ini disebabkan Pakatan Harapan tidak memiliki tokoh yang kuat untuk memimpin negara selain Dr. Mahathir.
"Orang lain mungkin akan menyebabkan berlaku kerajaan yang tidak stabil, ia akan memberi kesan kepada politik dan juga ekonomi negara.
"Bukan saja-saja sokong Dr Mahathir, tetapi kita melihat beberapa aspek yang lain," katanya kepada media ketika ditemui di Kompleks Kota Darulnain, Kota Bharu, selepas mesyuarat exco kerajaan negeri Kelantan, hari ini.
Lagi pula kata beliau. sruktur gabungan Pakatan Harapan (PH) yang longgar serta tiada tokoh lain yang kuat memerlukan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk terus memikul jawatan itu hingga habis penggal.
"Gabungan PH ini bersifat longgar. Mereka kena ada seorang ketua yang kuat.
"Jadi kita nampak setakat ini ketua yang kuat adalah Dr Mahathir. Dengan pengalamannya, sikapnya, jadi dia saja pada pandangan kita boleh mengawal dan memastikan kestabilan kerajaan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sokongan Pas untuk Dr. Mahathir terus kekas sebagai Perdana Menteri.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini menyatakan sokongan parti itu kepada Dr. Mahathir untuk kekal menerajui negara.
Walaupun ada persetujuan untuk diserahkan jawatan itu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas dua tahun, namun pada Pas hanya Dr. Mahathir yang layak memimpin negara.- UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment