Rileks la YB, benda boleh bincang..
Amir Mamat
am@hmetro.com.my
TINDAKAN Exco negeri, Norhizam Hassan Baktee yang menyentuh fizikal Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN) Serkam, Datuk Zaidi Attan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN)
Melaka, semalam, adalah tidak wajar dan sangat mengecewakan
Ketua Pemuda UMNO Jasin, Dr Akmal Saleh berkata, ini kerana tindakan itu bertentangan
semangat Malaysia Baharu dibawa Pakatan Harapan (PH) selain tidak memberi gambaran
sebenar Melaka Berwibawa seperti dipromosikan kerajaan negeri..
“Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jasin mengecam sekeras-kerasnya perilaku Exco
terbabit, sekali gus mengingatkan beliau supaya berkelakuan selari dengan jawatan dan
kedudukannya sebagai wakil rakyat.
“Seluruh negara melihat perlakuannya menerusi video tular di media sosial dan ia sudah
pasti memberi impak psikologi kepada rakyat negeri ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Sehubungan itu, beliau yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO negeri, meminta Norhizam
supaya lebih bersopan ketika berbahas dan menggesa beliau memohon maaf secara peribadi
kepada ADUN Serkam atas kenyataannya semalam.
“Jangan jadikan Dewan yang mulia itu sebagai pentas mempamerkan aksi ‘garang tidak
bertempat’ dan kerendahan akhlak kerana ia memberi impak negatif bukan hanya kepada
diri sendiri tetapi kepemimpinan negeri lain,” katanya.
bertempat’ dan kerendahan akhlak kerana ia memberi impak negatif bukan hanya kepada
diri sendiri tetapi kepemimpinan negeri lain,” katanya.
Terdahulu, ketika sesi soal jawab semalam, berlaku pertikaman lidah antara Norhizam
dengan pembangkang apabila beliau menyebut ‘UMNO mati’.
dengan pembangkang apabila beliau menyebut ‘UMNO mati’.
Zaidi yang bangun untuk membacakan peraturan Dewan, ditegur Norhizam dengan berkata
‘Saya dengar suara je orang saya tak nampaklah. Kalau nak baca buku (Peraturan Dewan)
panjat kerusilah baru saya nampak’.
source : mymetro
‘Saya dengar suara je orang saya tak nampaklah. Kalau nak baca buku (Peraturan Dewan)
panjat kerusilah baru saya nampak’.
source : mymetro
No comments:
Post a Comment