'Saya tidak peduli'
KUALA LUMPUR 3 Julai - Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman akan terus hadir ke persidangan Dewan Rakyat walaupun telah digantung selama empat hari bermula hari ini.
Menurutnya, beliau tidak peduli dengan keputusan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming malah menyifatkan keputusan itu belum dikuatkuasakan.
“Dia nak gantung gantunglah, gantung sampai mati saya tak kisah. Saya bebas bila nak masuk. Mungkin ada ada penilaian semula yang keputusan beliau itu melampau.
“Nak gantung satu, dua, empat, 10 hari. Tidak ada gantung. Tak diputuskan. Dia (Kor Ming) cuba tapi keputusan itu tak dikuatkuasakan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Tajuddin hari ini tidak berpuas hati mengapa Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub tidak menunggu untuk menjawab soalannya mengenai Program Tanaman Kontan, tetapi mewakilkan Timbalan Menteri, Sim Tze Tzin.
source : UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment