Had umur mengundi 18 tahun tidak perlukan kelulusan ahli Parlimen
AZHAR Azizan Harun. - UTUSAN ONLINE
KUALA LUMPUR 4 Julai - Pindaan pendaftaran warganegara berusia 18 tahun ke atas secara automatik sebagai pengundi boleh dilakukan secara serentak dengan pindaan penurunan had umur mengundi.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun berkata, pendaftaran pengundi hanya melibatkan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 dan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981.
Jelas beliau, pindaan itu walau bagaimanapun hanya perlu dibentangkan di Dewan Rakyat kerana ia adalah peraturan dan tidak perlu mendapat kelulusan daripada ahli-ahli Parlimen kerana ia bukanlah peruntukan undang-undang.
“Berhubung polisi dan struktur, SPR hanya menjalankan segala yang diperuntukan tetapi perkara yang berkaitan dengan operasi, jadi kita sedang melihat pembaharuan yang dijalankan.
“Peraturan pilihan raya walaupun di bawah kuasa saya sebagai Pengerusi SPR, ia perlu dibentangkan di Parlimen, tetapi tak perlu diluluskan, cukup hanya di bentangkan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment