SELEPAS HENTAM HJ HADI, GENG LIM GUAN ENG HENTAM NIK AZIZ PULA
Facebook
pro ulama, El Haraki mendapat maklumat selepas ini sasaran kritikan akan ditujukan kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana membela Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung isu ketidakhadiran mesyuarat Majlis Presiden pakatan Rakyat.
Sindir El Haraki kritikan itu bukan sekadar datang dari DAP, tetapi dari dalaman parti sendiri.
“Sebelum ini “kamu” sudah bedil TG Abdul Hadi dan TG Haron Din. Kali ini, jika “kamu” menghentam juga TG Nik Aziz maka lengkaplah misi “kamu” yakni adalah orang yang impikan ulamak itu jatuh. Jelaslah juga “kamu” memusuhi ulamak,”katanya.
Bernama semalam melaporkan Nik Abdul Aziz telah membidas tindakan pemimpin DAP yang mempersoalkan kegagalan Hadi hadir ke mesyuarat itu, sedangkan Presiden PAS mempunyai alasan tersendiri tidak dapat berbuat demikian.
“Dia (Hadi) tidak datang mesyuarat disebabkan malas atau uzur? Dia uzur. Kenapa paksa orang uzur hadir mesyuarat.
“Kerja ‘orang bodoh’ ini (mempersoalkan ketidakhadiran Hadi),” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka.
Sebelum ini, Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP meluluskan resolusi bagi mendesak Hadi hadir ke mesyuarat PR.
Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, Hadi perlu hadir bagi memastikan PR, gabungan PKR, DAP serta PAS, berdaya maju dan mendapat keyakinan pengundi.
El Haraki merumuskan pihak tertentu dalaman PAS telah bersekutu dengan pihak luar (DAP) bertujuan untuk menjatuhkan Presiden PAS.
Turut didedahkan dalam mesyuarat PAS, kumpulan tertentu telah menengking dan berpakat mengkritik Hadi dan tidak mempedulikan hujah-hujah pembelaan Presiden itu.
“Wahai anak muda. Jika ada golongan yang bersekutu dengan “orang luar” daripada PAS bagi menjatuhkan Tuan Guru Presiden PAS, maka siap sedialah kita memerangi “mereka”.
“Teguh bersama Kepimpinan Ulamak itu adalah perkara yang mesti ada dalam diri kita semua,”katanya lagi
source : mymassa
No comments:
Post a Comment