Pohon Tun kasi boikot PAU
Harap-harap Tun tidak akan hadir di perhimpunan agung Umno minggu depan.
Sang Presiden parti sememangnya wajar diberi tamparan supaya timbul sedikit kesedaran agar jangan lagi mengambil mudah sokongan pihak-pihak yang membolehkan keberlangsungan BN selaku pemacu kerajaan pusat.
Dan alangkah bagus juga kalau ucaptama yang akan Tun sampaikan di Konvensyen Perpaduan Nasional Ahad ini bukan sahaja berapi tetapi biar meletup.
Najib Razak perlu disengat untuk bangun dari lamunan. Nampaknya perwakilan Umno mahu pula dikuncikan mulut mereka seraya dilarang menyentuh “isu sensitif”, konon – ini arahan Ku Nan.
Andaikata dikongkong hak bersuara untuk mendokong perjuangan agama dan kepentingan bangsa (yang sampai bila-bila pun tidak mungkin disenangi MCA) maka bererti PAU sekadar sesi syok sendiri. Rasa-rasanya tiada manfaat bagi Tun meluangkan masa melayan kerenah puak yang alah dengan kontroversi.
Di bawah adalah hasil kerja gerakan “Moderat” yang dibela, dibelai dan dibiayai Najib – “just an idiot” Niki Cheong, iaitu poster boy J-Star untuk kempen Voice of Moderation.
Dear Tun, you’re a hundred years old. It is your privilege that comes with age to not have to suffer fools gladly.
source: helen ang's blog
No comments:
Post a Comment