NUFFNANG

Saturday 29 November 2014

“Memujuk pengundi Cina seperti menyiram air di padang pasir Sahara” – perwakilan Umno Perak


“Memujuk pengundi Cina seperti menyiram air di padang pasir Sahara” – perwakilan Umno Perak


Ahmad Shabery Cheek (Menteri Komunikasi):
“Kalau ada bencana, banjir, kalau di Perak itu saya tahu apa ni masalah nelayan apa sebahagiannya telah dihulurkan bantuan oleh Umno tetapi kemudiannya mereka kecewa apabila sampai waktu mengundi mereka tahu buka peti undi di kawasan-kawasan yang ramai orang Cina maka mereka tak dapat undi tersebut.
“Jadi ini adalah merupakan manifestasi tentang kecewaan pada orang Umno tentang prinsip bahawa kalau kamu hampir rakyat maka rakyat akan pulang balik undi itu sebenarnya tidak berlaku, terutama di kalangan masyarakat Cina di sini, jadi itu dimaksudkan bahawa kita jangan harap sangat undi Cina.”
Sumber: Video FMT
Radzi
Mohd Radzi Manan (perwakilan Umno Perak):
“Bila nak undi itu cari Melayu, bila dah menang cari Kapitan Cina, betul? Dulu kita marah zaman Tun Dr Mahathir, Sultan cari Kapitan Cina, sekarang ini warlord kita cari Kapitan Cina.
“Memujuk pengundi Cina ini adalah seperti menyiram air di padang pasir Sahara. Cucur banyak mana pun, air tetap meresap hilang. Undi Cina takkan bertambah. Umno mesti berbalik kepada bangsa sendiri.”
Sumber: KiniTV
Syed Ali

Ah Jib Gor masih mengemis undi Cina

Namun begitu, masih warlord Umno Cheras Syed Ali Alhabshee nampaknya ada mempunyai pelan induk untuk mendapat balik sokongan Cina.
Beliau senada dengan presiden Umno Najib Razak menyatakan bahawa jika BN boleh memperolehi 25 peratus undi Cina, maka parti pemerintah akan mampu kembalikan majoriti dua-pertiga yang lazim dipegang mereka sebelum ini.
Kita memang cukup berminat untuk mendengar rancangan penyelesaian Syed Ali ke arah ini.

‘Kuasa Propaganda’

Membincang tentang keadaan politik semasa, ketua Umno bahagian Cheras itu juga berkata Akta Hasutan dipertahankan kerana ia amat penting bagi membantu usaha mengekalkan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama.
Sehubungan itu, Syed Ali mendakwa bahawa media eletronik khususnya laman-laman sosial telah dijadikan medan serangan fitnah untuk memburukkan kerajaan. “Ia satu fitnah terancang dan perlu dibanteras habis-habisan,” tambahnya lagi.
Serangan fitnah bertalu-talu yang disebutkan beliau itu sebenarnya rancak dijalankan di laman-laman sosial bahasa Cina dan Inggeris.
Adakah akan ditimbulkan cadangan agar siber trooper Umno dihantar secara undercover ke Sekolah Demokrasi DAP dan Summer Camp yang sering dianjurkan parti evangelis itu? Bolehlah mereka belajar Mandarin serta meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris serentak memantau kaedah propaganda dan operasi Red Beanies.
Biar menyelam sambil minum air.

No comments: