NUFFNANG

Saturday 29 November 2014

Saari Sungib Bimbang Selangor Jadi ‘Kerajaan Azmin Ali’

Saari Sungib Bimbang Selangor Jadi ‘Kerajaan Azmin Ali’

AIDCNews – 28/11/14 – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang, Saari Sungip bimbang jika kerajaan Selangor pada asalnya adalah kerajaan Pakatan Rakyat (PR) bertukar menjadi ‘Kerajaan Azmin Ali’ apabila penonjolan satu individu melebihi kerja berpasukan.
Saari turut mengingatkan PR jangan terlalu memberi puji-pujian terhadap Menteri Besar baharu, Mohamad Azmin Ali kerana dibimbangi pujian itu akan menerima padah.
“Bila mula pujian dilemparkan dan apabila setiap tingkah laku dipuji. Terjah sana, terjah sini merupakan satu pujian sehingga setiap langkah yang diambil akan menjadi ‘political mileage’oleh sesiapa di kalangan kita, di situlah kelemahan berlaku.
“Tetapi sekiranya … disambut dengan terbuka oleh Dato Menteri Besar, kritikan dan teguran yang beradap yang betul, maka saya percaya kita berada di atas landasan yang benar,”katanya.
Saari juga turut menyatakan kebimbangan pujian itu akan berakhir dengan perubahan kerajaan Selangor menjadi kerajaan Azmin sebagaimana yang berlaku kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
“Itu yang telah dilakukan di Ijok….tetapi selepas dua tahun, telah merubah kerajaan Pakatan Rakyat kepada kerajaan Tan Sri Khalid Ibrahim.
“Kita tidak mahu kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dalam tempoh dua bulan sahaja berubah kepada kerajaan Azmin Ali,”katanya lagi

Source : aidc

No comments: