NUFFNANG

Thursday 20 November 2014

APA HARGA PETROL KAT BRUNEI LEBIH MURAHHHH??? ...DEY MACAI HANGPA BIAQ BETUI!!!

APA HARGA PETROL KAT BRUNEI LEBIH MURAHHHH??? ...DEY MACAI HANGPA BIAQ BETUI!!!


Memang menjadi perangai semula pencacai Anwar Berahim tak pernah dan tak akan bersyukur apabila mendapat nikmat. Apatah lagi berterima kasih kepada pihak kerajaan jika mendapat sesuatu rahmat.

Contohnya bila kerajaan umumkan harga RON 97 turun 20 sen dari RM2.75 seliter kepada RM2.55 seliter, bukan nak memuji tapi mengeji kerajaan kononnya masih lagi zalim kerana hanya menurunkan minyak untuk golongan kaya jer.

Dan bertambah bodoh tapi nak jugak nama ialah si Rapussy yang kantoi dalam isu 1MDB. Ada jugak perangai nak jadi hero kononnya kerana desakan beliau, Anwar dan rakyat pencacai maka kerajaan UMNO turunkan harga menjelang Persidangan Agung UMNO 2014.

Apa ke baghalnya ko Pussy meroyan merepek merapu nih...???

Malah lebih bangang lagi bila ada puak pencacai pakatan kata harga minyak di Brunei lebih murah cuma RM1.37 sen atau BR Dollar 0.53 sen jer. (lihat rajah perbandingan harga di atas)

Hakikatnya Brunei antara negara yang mengamalkan sistem dwi-harga terhadap penjualan petrol RON 97 nya.

Kereta bernombor plat Brunei yang ingin mengisi petrol di pam-pam stesen negara itu dikehendaki menunjukkan kad pengenalan Brunei dan direkod dalam sistem pembelian. Mereka diberikan harga BR 0.53 sen.

Macai-macai PR sekalian... ini adalah negara Brunei Darussalam yang bersempadan dengan Sabah dan Sarawak. Ramai pelancong kedua-dua negara mengunjungi satu sama lain. Tapi harga minyak di Brunei untuk warganegaranya lain harga, warga asing pula lain harga...macai sekalian adilkah sistem ini???
Macai PR sekalian...ini peta negara Singapork di selatan Malaysia yang korang dan DAP selalu banggakan. Rakyat negara Singapork ini begitu rakus mengisi minyak bersubsidi setiap kali ke Malaysia yang banyak merugikan rakyat negara ini.   
Sementara kenderaan-kenderaan asing yang kebanyakkannya dari Malaysia seperti berplat Sabah, Sarawak atau Labuan mesti kena bayar harga penuh iaitu BR1.18 bersamaan RM3.05. 

Jadi dimanakah yang dikatakan petrol di Brunei tu lebih murah berbanding Malaysia?

Beli minyak Brunei lepas tu nak seludup pun tak berbaloi. Lebih baik guna RON 97 Malaysia harga pun murah RM2.55 sen jer.

Paling penting pam-pam stesen minyak di Brunei diminta mematuhi penguatkuasaan peraturan ini sejak Jun 2008 lagi.  (http://in.reuters.com/article/2008/06/17/brunei-fuel-id)
Mana-mana stesen pam yang gagal dan cuba langgar peraturan ini akan didenda dan digantung lesen perniagaan mereka 

Sebab itulah kerajaan perlu menguatkuasakan penggunaan mykad, biometrik, nombor pin dan auto debit untuk transaksi pembelian bahan api di Malaysia. 

Orang Brunei mudah saja beli RON 97 di pam-pam minyak di sempadan Malaysia. Dengan harga cuma BR0.99 (RM2.55) seliter, apalah sangat BR0.99 tu pada orang Brunei yang duit banyak sekali sekala melancong kat Malaysia?

Korang nak minyak murah pergilah duduk dan mintak jadi warganegara Brunei...ada hudud tuhhh, best apa!!!

Tapi perangai orang Singapore lain pula... rakus kedarah minyak murah kita.  

Negara kita berbilion-bilion rugi setahun, tapi yang jadi mangsa penarikan subsidi adalah rakyat kita. 

Kepada pencacai sekalian lain kali kalau nak cakap tu pakai otak banyak sikit ya...

Hangpa rujuk gak;


source : mymassa

No comments: