LEE KUAN YEW: SAYA SAJA BOLEH AJAR ORANG CINA.
LKY TIDAK MAHU BUDAYA CINA MENDOMINASI SINGAPURA
PERHATIAN: Rencana ini telah pun disiarkan di Mingguan Malaysia beberapa minggu lalu tetapi saya bawa ke blog ini untuk meluaskan pembacaan terutama kepada pemimpin- pemimpin UMNO dari seluruh negara menjelang Perhimpunan Agung UMNO beberapa hari lagi untuk menjadi renungan di mana silap kita dan di mana kebenaran Lee Kuan Yew(LKY).
LKY yang mendapat pendidikan Inggeris meanggap sekolah- sekolah Cina sebagai pusat pembenihan dan penyuburan perkauman Cina maka kerana itu sekalipun pengajaran bahasa Mandarin dikembalikan tetapi Singapura tetap kekal dengan hanya Sekolah Inggeris sebagai Sekolah Nasional.
Dalam satu forum antarabangsa tidak lama dahulu tentang samaada Cina Sebagai Musuh Atau Kawan, LKY sendiri tidak menampakan keyakinan kepada Bahasa Mandarin sebagai bahasa ilmu dan bahasa dunia.
Bagi kita semuanya sudah terlewat kerana pemimpin pemimpin kita terdahulu terlupa kepada fakta orang Cina mempunyai kekuatan kewangan untuk membantu dan memajukan sekolah mereka.LKY juga mengenali sifat orang Cina yang tidak berkesan jika ditangani dengan pendekatan demokrartik sepenuhnya. Di China komunisme masih menjadi asas perpaduan dan kekuatan untuk kebangkitan rakyat Cina dalam membina ekonomi kapitalisme yang terbukti sangat berkesan mencapai kemajuan.
"SAYA SAJA BOLEH AJAR ORANG CINA"
PERHATIAN: Rencana ini telah pun disiarkan di Mingguan Malaysia beberapa minggu lalu tetapi saya bawa ke blog ini untuk meluaskan pembacaan terutama kepada pemimpin- pemimpin UMNO dari seluruh negara menjelang Perhimpunan Agung UMNO beberapa hari lagi untuk menjadi renungan di mana silap kita dan di mana kebenaran Lee Kuan Yew(LKY).
LKY yang mendapat pendidikan Inggeris meanggap sekolah- sekolah Cina sebagai pusat pembenihan dan penyuburan perkauman Cina maka kerana itu sekalipun pengajaran bahasa Mandarin dikembalikan tetapi Singapura tetap kekal dengan hanya Sekolah Inggeris sebagai Sekolah Nasional.
Dalam satu forum antarabangsa tidak lama dahulu tentang samaada Cina Sebagai Musuh Atau Kawan, LKY sendiri tidak menampakan keyakinan kepada Bahasa Mandarin sebagai bahasa ilmu dan bahasa dunia.
Bagi kita semuanya sudah terlewat kerana pemimpin pemimpin kita terdahulu terlupa kepada fakta orang Cina mempunyai kekuatan kewangan untuk membantu dan memajukan sekolah mereka.LKY juga mengenali sifat orang Cina yang tidak berkesan jika ditangani dengan pendekatan demokrartik sepenuhnya. Di China komunisme masih menjadi asas perpaduan dan kekuatan untuk kebangkitan rakyat Cina dalam membina ekonomi kapitalisme yang terbukti sangat berkesan mencapai kemajuan.
"SAYA SAJA BOLEH AJAR ORANG CINA"
Oct 8
| |||
Oleh Zainuddin Maidin |
(Karyawan Tamu Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad Universiti Utara Malaysia)
Walaupun hubungan rapat Lee Kuan Yew (LKY) dengan Utusan Melayu di Singapura sejak awal 50 an berakhir dengan persengketaan dalam tahun 60 an tetapi telah mencatitkan suatu sejarah pahit manis politik dan media yang tidak mungkin dilupakan oleh kedua pihak.
Hubungan itu bermula apabila LKY menjadi peguam pertama Utusan Melayu yang memberi peluang kepadanya beintraksi dengan wartawan -wartawan nasionalis kiri Utusan yang akhirnya digunakannya untuk membina jambatan politiknya dalam taktik dan stratijinya melumpuhkan kekuatan politik barisan depan komunis yang terdiri dari English Speaking Intelligentia(ESI) dan gulongan cauvanis Cina.
Beliau kerap singgah di Ibu Pejabat Utusan Melayu 185 Cecil Street untuk berunding dengan Marxist Samad Ismail dan Devan Nayar dan lain lain dalam usaha untuk menubuhkan PAP. Sasterwan Negara Usman Awang pernah menulis tentang Utusan menjadi tempat singgah dan pertemuan para pejuang anti kolonialis dan pemimpin pemimpin kesatuan sekerja
.
Betapa rapatnya hubungan LKY dengan Utusan Melayu dan keyakinan kepada kualiti dan integriti kepimpinan di Utusan Melayu terbukti bila beliau melantik Penaja dan Pengarang Utusan Yusuf Ishak sebagai Presiden Singapura yang pertama yang menjadi gambar mata wang Singapura hingga sekarang ini dan beberapa orang lagi orang Utusan menjadi menteri dalam kabinetnya.
Diantaranya ialah Timbalan Ketua Pengaang Utusan, Othman Wok Menteri yang menjadi Menteri Kebajikan Masyarakat dan Penulis Rencana Pengaang, Rahim Ishak Menteri Kebudayaan (adik kepada Yusuf Ishak)
Dengan rastu Lee Kuan Yew Othman Wok yang ketika itu masih berkerja dengan Utusan telah membawa pekerja-pekerja Utusan dari Singapura ke Kuala Lumpur untuk mematahkan mogok gulongan kiri di Utusan Melayu yang anti Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman dan anti UMNO dalam tahun 1961.
Pengurus Kilang Utusan Melayu Allahyarham Yusuf Mahmud memberitahu saya bahawa LKY yang sering singgah di pejabat Utusan pernah memberitahunya bahawa “ saya sahaja yang boleh ajar orang Cina”. Ketika itu Singapura menghadapi ancaman dan tekanan dari gulongan perkauman Cina dan komunis.
Saya tidak ada keterangan bertulis dalam pekara ini. Sebagai wartawan saya sedar bahawa heresay atau cakap -cakap tanpa bukti adalah fakta yang lemah tetapi sesiapa yang membaca buku- buku LKY terutamanya dua buah memoirnya dan juga Man In White The Untold Story Of Singapore’s Ruling Political Party membuktikan kebenaran kata-kata itu.
Selepas kemerdekaan Singapura, LKY bertindak dengan nikat dan berani menutop sekolah-sekolah Cina dan Universiti Cina di Singapura dan menggantikannya dengan sekolah kebangsaan Inggeris di seluruh Singapura dan digantikan sebuah Universiti Cina dengan Univesity Nasional Singapura pengantar Inggeris.
Walaupun ini dilakukan serentak dengan penutopan sekolah Melayu dan Tamil tetapi menutup sekolah kaumnya sendiri yang merupakan majoriti besar rakyat Singapura memerlukan keazaman dan keberanian bertindak yang luar biasa untuk menghadapi risiko kekacauan dan rusuhan besar.
“ Selepas 1965,kami terpaksa membuat suatu keputusan tentang Bahasa Bersama. Sekiranya kami menjadikan Cina sebagai bahasa rasmi,maka kebudayaan Cina akan menjadi dominasi dan ini akan membawa kepada perpecahan dalam masyarakat,” kata LKY
“ After 1965,we had to make a decision on the common language, If we made Chinese the common language,then Chinese culture would be the dominant and it would have led to breakup in society”-LKY (Men in White 613 terbitan Singapore Press Holding limited)
.
Untuk menghapuskan University Cina, dalam tahun 1980 Nanyang University dipaksa bergabung dengan University Singapore bagi mengwujudkan National University of Singapore.
Orang -orang India Singapura telah menangis apabila sebuah Sekolah Menengah Tamil tertua di Singapura ditutop dalam tahun 1982 kerana sekolah ini merupakan benteng terakhir bagi Bahasa Tamil di Singapura. Mereka telah membinanya dalam 1946 menerusi darah,keringat dan air mata dan mengadakan tabung sumbangan bulanan bagi penyelengaraanya.Kebanyakan mereka adalah penjual akhbar Tamil yang melihat penutopan itu berarti kegelapan masa depan Bahasa Tamil. Apa yang mereka takuti benar benar belaku di Singapura hari ini.
Saya tidak pasti samaada keturunan India di Singapura masih membaca akhbar Tamil.
Dalam buku memoirnya, Lee Kuan Yew mengingatkan kembali bagaimana beliau nikat memerangi puak perkauman Cina yang mahu menegakan nasionalisme Cina di Singapura.
Lapan minggu selepas perpisahan dari Malaysia,dalam bulan Oktober 1966, Dewan Perniagaan Cina yang disokong oleh kesatuan guru guru Cina,pengarang-pengarang akhbar Cina dan pemimpin-pemimpin berbagai persatuan suku kaum Cina meminta kerajaan Singapua memberikan jaminan untuk menjadikan Bahasa Cina sebagai salah satu bahasa rasmi di Singapura.
Belum pun kempen ini bermula ,LKY telah mencantasnya dengan memberitahu mereka bahawa semua bahasa utama di Singapore adalah memunyai taraf yang sama walaupun sebenarnya pada masa itu beliau memang telah bercadang untuk menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama.
Lima hari selepas pengumuman itu , dengan tujuan untuk menakutkan pejuang-pejuang bahasa Cina yang mewakili empat Dewan Cina, LKY memanggil dan memberi amaran kepada mereka di bawah suluhan cahaya lampu Telivisen bahawa beliau tidak akan membenarkan sesiapa juga mengexploitasi Bahasa Cina sebagai isu politik. Dengan itu menamatkan suatu percubaan mereka untuk mengangkat martabat Bahasa Cina.
Tetapi beberapa orang pemimin pelajar yang berasal dari Malaysia telah meneruskan tindakan bantahan dengan mengetuai tunjuk perasaan pelajar pelajar Nanyang University dan juga Ngee Ann College dihadapan pejabatnya. LKY mengarahkan mereka ditangkap dan dihantar pulang ke Malaysia. Dengan itu menamatkan perjuangan mereka itu buat selamanya(Memoirs Of Lee Kuan Yew From Third World to First halaman 171).
Dalam tahun 1987 Bahasa Inggeris secara rasmi menjadi Bahasa pengantar disemua sekolah Kebangsaan Singapura.Tidak ada lagi sekolah Cina,Melayu dan India.
Walaupun timbul kesedaran baru di kalangan pemimpin masyarakat dan politik Singapura untuk menghidupkan kembali identity setiap ethnik ( Re-ethnicisation) menerusi pengajaan bahasa masing masing tetapi ini bukanlah bertujuan menghidupkan kembali sekolah Cina tetapi menekan kepada pengajaran setiap bahasa terutama Bahasa Mandarin untuk mengawal mereka dari terus melupakan asal usul dan menerima pengaruh Barat secara total .
Aliran pemikian pendidikan Inggeris telah meruntuhkan sentiment perkauman,merasionalisasikan sikap , mengawal pengucapan dalam masyarakat berbilang kaum dan menjadi banteng pertahanan kepada masyarakat Singaporean Singapore.Maka itu orang Cina Malaysia yang kebanyakannya masih kecinaan dalam cara hidup mereka berasa terasing dan sukar untuk menyesoikan diri dengan generasi baru Singapura.
Selepas merdeka,kerajaan Malaya juga telah memperkenalkan Dasar Pelajaran Kebangsaan dengan meningkatkan taraf Sekolah Kebangsaan Pengantar Melayu keperingkat Menengah dan Universiti disamping mengekalkan sekolah aliran Cina dan Tamil diperingkat rendah sahaja.
Dengan itu diharapkan dalam jangka panjang akan berlaku kemerosotan terhadap sekolah aliran Cina dan Tamil seperti di zaman penjajah kerana taraf pelajarannya sekadar sekolah rendah tetapi pemimpin –pemimpin Malaya terlepas pandang tehadap hakikat kekuatan ekonomi orang Cina yang mampu untuk memaju dan meningkatkan pelajaran mereka dengan usaha sendiri ketaraf yang sama.Buktinya adalah kelahiran Kolej Tunku Abdul Rahman.
Adalah suatu pembohongan besar untuk mendakwa sekolah Cina tidak melahirkan aliran pemikiran perkauman yang sempit.Mereka sama sahaja dengan pelajar pelajar Melayu yang hanya mendapat pendidikan agama dan Melayu yang terbatas pembacaan dan pergaulan mereka.
Lebih buruk lagi sekolah sekolah aliran Cina menolak guru guru Melayu untuk mengajar Bahasa Melayu di sekolah mereka. Ini adalah sama dengan sikap orang Jepun menolak guru Bahasa Inggeris untuk mengajar Bahasa Inggeris di sekolah sekolah di Jepun yang menyebabkan orang Jepun bercakap Inggeris dalam loghat jepun (lihat buku The Japanese Today: Change and Continunity oleh Edwin O.Reischauer bekas Duta Amerika di Jepun dalam tahun 1960)
Dalam pada itu orang bukan Melayu tidak boleh disalahkan sepenohnya dalam kemerosotan perkembangan Sekolah Aliran Kebangsaan di Malaysia. Jingoism ( nasionalisme melampau) dan kepentingan politik dalam pendekatan untuk mengembangkan Bahasa Melayu dan meningkatkan Sekolah Aliran Kebangsaan telah tidak membantu untuk kejayaannya.
Salah satu contohnya ialah apabila Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman menukarkan istilah Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia telah dibantah oleh gulongan fanatic Bahasa Melayu dan seorang Menteri Pelajaran yang hendak mencari popularity di kalangan guru guru Melayu,orang Melayu dan fanatic Bahasa antara tahun 80 an hingga 90 an telah menukarkannya kembali kepada Bahasa Melayu dan arahan telah diberikan kepada semua akhbar perdana.
Saya sebagai Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu masa itu tidak mematuhi arahan ini dan terus menggunakan Bahasa Malaysia supaya setiap kaum merasakan bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa mereka. Itulah juga hasrat Tunku.
Apabila menjadi Menteri Penerangan,menerusi kabinet saya meminta istilah Bahasa Malaysia digunakan semula tetapi walaupun keputusan dibuat tetapi perlaksanaannya tidak berlaku kerana bantahan dari fanatic Bahasa terutama di Dewan Bahasa.
Tentang kejayaan Singapura mengwujudkan sekolah aliran satu Bahasa,dicatitkan dalam buku Men In White halaman 613: “ Apa yang tidak boleh dilakukan oleh British tanpa menimbulkan rusuhan,Singapura yang merdeka telah dapat melakukannya dan pencapaian yang dramatic tanpa pertumpahan darah dan persetujuan masyarakat berbagai Bahasa merupakan suatu kejayaan pengurusan politik yang menakjubkan oleh kepimpinan PAP dan kematangan rakyat Singapura.
source : zamkata
No comments:
Post a Comment