BUAT PRESIDEN UMNO NAJIB, TIMBALAN PRESIDEN, NAIB-NAIB PRESIDEN, KETUA WANITA, KETUA PEMUDI UMNO, AHLI MT DAN SELURUH AHLI UMNO !! ... Presiden patuh kepada kehendak cawangan dan bahagian Umno
“Tekanan orang Cina lebih hebat. Mereka mendesak kerajaan British menubuhkan satu Suruhanjaya Diraja bagi mengkaji kerakyatan PTM [Persekutuan Tanah Melayu] 1948. Chinese Chambers of Commerce dan MCA tidak putus-putus mendesak hal tersebut.” (ms.209)
Petikan di atas daripada biografi Dato’ Onn Jaafar oleh sejarahwan Ramlah Adam, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka 1992.
Perenggan-perenggan yang berikut dicedok daripada Dato’ Onn Ja’afar Pengasas Kemerdekaan, buku Dr Ramlah seorang bekas profesor Universiti Malaya.
Tajuk dalam huruf condong tebal warna hijau diselitkan blogger ini. Perenggan juga dinomborkan oleh blogger.
Mukasurat 210-215
Cina bantah pengiktirafan Melayu sebagai anak negeri
1. Sementara itu, Tan Cheng Lock, Presiden MCA membantah pindaan MKT Umno, dan tidak bersetuju dengan dasar British mengktiraf orang Melayu sebagai anak negeri ini, dalam memorandum peribadinya pada Pejabat Tanah Jajahan dan Pejabat Perang pada bulan Oktober 1951. (Dato’ Onn Ja’afar Pengasas Kemerdekaan, ms.210)
Kelonggaran kerakyatan bagi orang bukan-Melayu
2. Ini merupakan faktor-faktor yang menekan Dato’ Onn dalam mendesak Umno menerima cadangan kelonggaran kerakyatan itu. Dato’ Onn terpaksa menimbangkan tekanan itu dengan sebaik-baiknya supaya Umno dan orang Melayu tidak binasa kerananya. Beliau terpaksa mencari satu tolak ansur yang minimum bagi menampung tuntutan itu. Ini tidak disedari oleh ahli Umno, kerana mereka tidak nampak tekanan yang berlaku secara sulit dalam pentadbiran Tanah Melayu.
Tan Cheng Lock, pengasas MCA
MCA: Kecuali orang asli, Melayu juga pendatang
3. Raja-raja Melayu juga tidak terlepas daripada tekanan British. Mereka terpaksa bersidang empat kali pada tahun 1950 bagi membincangkan hal itu kerana inilah kali pertama rakyat raja Melayu akan terdiri daripada orang bukan Melayu. Ia merupakan satu perubahan yang sangat penting sejak kedatangan British di Tanah Melayu pada abad ke-19. Akhirnya, setelah perbincangan dengan Menteri-Menteri Besar dan Umno, raja-raja Melayu menerimanya pada bulan Januari 1951.
Nota kaki: Kertas Commonwealth Office 537/6018 – memorandum oleh Tan Cheng Lock, 22 Mei 1950.
Dalam memorandumnya, Tan Cheng Lock mengatakan kecuali orang asli, orang Melayu juga adalah pendatang-pendatang yang baru seperti bangsa-bangsa lain. Sumbangan ekonomi orang bukan Melayu sangat penting bagi Tanah Melayu, oleh itu kerakyatan jus soli sangat penting bagi membolehkan mereka terns memberi kerjasama itu. Cadangan Umno menafikan 90 peratus penduduk Cina yang layak menjadi rakyat Persekutuan Tanah Melayu.
Sumbangan ekonomi oleh perempuan Cina bertudung dalam sektor bijih timah
Cina menuntut dwi-kerakyatan
4. R. Ramani, A.E. Duraisamy dan Tan Siew Sin mengatakan mereka mahu kerakyatan itu didasarkan kepada jus soli terbuka. Mereka juga mendesak diadakan dual nationality, iaitu kerakyatan Cina dikekalkan walaupun kerakyatan PTM [Persekutuan Tanah Melayu] telah didapati. Kehendak mereka tidak diterima oleh MPP [Majlis Perundangan Persekutuan]. Dengan itu Kerakyatan Negeri 1951 itu diluluskan dengan bantahan kecil daripada orang-orang bukan Melayu.
Nota kaki: Federation of Malaya. Proceedings of Federal Legislative Council, (Fourth Session) February 1952 to February 1953, “The Federation of Malaya Agreement Amendment Bill 1951″, 6/5/52, pages 159-162
Nenek moyang orang Cina pun pakai tudung – konon – dan atas sebab inilah politikus evangelis DAP menjalankan gerakan Occupy Mosque
Chinese became citizens but never really nationals
5. Kerakyatan itu dilaksanakan pada tahun 1952. Ia memberi kesan yang besar kepada penduduk PTM, terutama penduduk Cina. Mengikut British [Commonwealth Office 1022/172 — SEA 92/16/01]:
“… it is estimated that between 50% and 60% of the Chinese population of the Federation have become citizens by operation of law. This is a percentage which will rise substantially as the years pass — others can obtain citizenship by application, by complying with conditions less stringent than those which faced them previously. Of the Indian population it is estimated that 30% are federal citizens by operation of law and many more can qualify by application. Since approximately 98% percent of the Malayan population are Federal citizens, it is estimated that as the result of the Legislation passed last September, some 72% of the total population of the Federal have become citizens by operation of the law”.
Oleh itu, walaupun kerakyatan itu gagal membentuk satu nationality PTM, tetapi Kerakyatan Negeri 1951 itu memberi peluang yang lebih besar kepada penduduk-penduduk bukan Melayu mendapat taraf politik yang tetap di PTM.
Komunis hampir berjaya menguasai semenanjung waktu interregnum 1945
1952 beri kerakyatan kepada 1.2 juta Cina, Merdeka 800,000
6. Walaupun mereka [orang bukan Melayu] tidak mendapat kehendak mereka seratus peratus, iaitu jus soli tanpa syarat dan dual nationality tetapi ia adalah lebih baik daripada kerakyatan Persekutuan 1948. Ia juga adalah asas jus soil 1956.
Mengikut Malay Mail [15 Sept 1952], sebuah akhbar Inggeris yang penting di Kuala Lumpur:
“The granting of Federal Malayan Citizenship to more than a million Chinese in Malaya which came into force today, is seen here as another blow to the communist terrorist, who are mainly Chinese.”
Onn Jaafar meletak jawatan Menteri Besar Johor untuk beri tumpuan kepada Umno
Membuka Umno kepada orang bukan Melayu
Dato’ Onn cadangkan parti bukan perkauman 64 tahun dahulu
7. Tiga bulan selepas Dato’ Onn kembali memegang jawatan YDP Umno, pada 20 November 1950, Dato’ Onn menyatakan cadangannya membuka Umno kepada orang bukan Melayu dengan taraf ahli biasa. Pengisytiharannya itu dibuat di Johor Bahru, dan akan dibawanya ke persidangan agung Umno di Kuala Lumpur pada bulan Jun 1951. Cadangannya itu akan membawa perubahan kepada nama, organisasi dan struktur Umno.
Umno akan menjadi United Malayan National Organization, walaupun panggilannya tetap Umno. Ahli Umno akan terdiri daripada semua bangsa dengan kuasa mengundi yang sama rata dan sesiapa sahaja berhak dilantik menjadi pemimpin Umno.
British mewujudkan masyarakat majmuk atas kepentingan ekonomi penjajah
8. Adanya desakan British supaya Dato’ Onn memujuk Umno melonggarkan kerakyatan secara jus soli bersyarat pada tahun 1951 membolehkan Dato’ Onn melihat, arah dan corak politik Tanah Melayu yang diingini oleh British. Bagi British, kestabilan politik Tanah Melayu bergantung pada perhubungan baik di kalangan penduduknya. Tanpa kestabilan politik, pertumbuhan ekonomi dan penanaman modalnya di Tanah Melayu akan terancam. British sebolehnya tidak mahu itu terjadi, maka dasar bekerjasama antara rakyat Tanah Melayu patut digalakkan.
Dato’ Onn sangat menyedari hal itu.
Onn: “Let it not be said that Malays are narrow-minded and suspicious”
9. Bagi Dato’ Onn, orang Melayu tidak ada pilihan lain. Mengikutnya:
“It is absolutely important for the Malays to obtain closer relations with other people in this country. It is time for us to take the new wider than the kampung view. Let it not be said that Malays are narrow-minded and suspicious. We in Malaya today are witnessing an epoch of transition and changes. If we (the Malays) do not take heed of the changes around us, we shall be the losers.”
Dengan cadangan itu, Dato’ Onn mahu Umno menjadi sebuah parti yang terus kuat dan dapat menjadi penentu kepada arah dan corak politik Tanah Melayu, seperti pada tahun 1946-1948 dan 1949-1951. Dalam kedua-dua peristiwa itu Umno dapat menumbangkan Malayan Union dan membentuk Persekutuan 1948 dengan mendapat sebahagian besar daripada kehendak mereka. Begitu juga pada tahun 1949-1951, kerakyatan negeri telah dibentuk dengan syarat-syarat yang dapat mengekalkan kepentingan orang Melayu. Dato’ Onn mahu keadaan ini terus kekal.
Nota kaki:
Kata-kata Dato’ Onn,
“… biarlah kita memandang kepada keadaan yang ada di Tanah Melayu ini dengan menggunakan cermin yang boleh menampakkan barang yang benar ada, dan bukannya cermin yang telah sudah. Biar kita sedar iaitu hal dan keadaan di Tanah Melayu ini ada orang-orang yang bukannya keturunan orang-orang Melayu, tetapi yang kasih dan sayang kepada Tanah Melayu — barangkali lebih daripada orang-orang Melayu. Biarlah kita sedar iaitu orang-orang Melayu sendiri telah menuntut supaya dijalankan kemerdekaan dengan secara demokrasi dan berkehendakkan suatu cara pemerintahan yang berdasarkan demokrasi itu”. (Umno 10 Tahun, hlm. 77)
Ucapan terakhir Dato’ Onn sebagai presiden Umno, 1951
MCA kuat mendesak kepentingan orang Cina terutamanya hak kerakyatan
10. Dengan ahlinya terdiri daripada semua kaum, Umno bagi Dato’ Onn boleh menjadi wakil penduduk Tanah Melayu dalam menuntut kerajaan sendiri dan kemerdekaan Tanah Melayu.
Dato’ Onn sebenarnya tidak mahu Malayan Chinese Association (MCA) yang ditubuhkan pada pertengahan tahun 1949, di bawah pimpinan Tan Cheng Lock, mengambil alih peranan itu. MCA yang ditubuhkan sebagai badan sosial orang Cina, kini telah menjadi satu badan politik yang kuat mendesak kepentingan orang Cina terutama dalam soal kerakyatan. Ini jika dibiarkan, akan melemahkan Umno. Umno dengan itu mengikut Dato’ Onn patut menjadikan dirinya sebagai satu parti kebangsaan dan antara kaum bagi mengatasi MCA.
Hubungan peribadi mesra Cheng Lock dengan Tunku Abdul Rahman
Tiada sambutan oleh Cina agar Umno dijadikan parti berbilang kaum
11. Cadangan Dato’ Onn itu disambut sepi oleh orang Melayu. Tidak ada sesiapa pun yang bersuara menyokong atau menentang cadangan itu. Ada kemungkinan orang Melayu melihat cadangan Dato’ Onn tidak patut dilayan kerana membuka Umno kepada orang bukan Melayu bererti membuka rumahnya untuk didiami oleh orang lain.
Bagi orang bukan Melayu pula, mereka berbeza pendapat. Parti Buruh, iaitu sebuah parti yang baru ditubuhkan pada peringkat jawatankuasa, melihat cadangan Dato’ Onn itu sebagai satu langkah yang sangat berani. Parti Buruh yang sedang berura-ura untuk meluaskan pengaruhnya di seluruh Tanah Melayu memberhentikan kempennya buat sementara kerana memberi peluang kepada Umno untuk melaksanakannya. Parti Buruh mahu melihat sama ada Umno akan muncul sebagai sebuah parti sosialis ataupun terus bersikap konservatif.
Tetapi MCA Singapura terus menolak cadangan Dato’ Onn itu kerana mustahil untuk mencantumkan semua bangsa dalam sebuah parti. Pemimpin bukan Melayu yang lain mengambil sikap mendiamkan diri dengan idea Dato’ Onn tu.
Cadangan Dato’ Onn itu jauh mendahului zaman
12. Pada 27 Mei 1951, Dato’ Onn mengemukakan cadangannya itu dalam mesyuarat agung Umno di HOTEL Majestic, Kuala Lumpur. Sebaik-baik sahaja Dato’ Onn menyatakan niatnya itu, majlis mesyuarat itu menjadi sunyi sepi. Tidak ada seorang pun perwakilan dari 29 cawangan Umno bangun menyokong atau menentangnya. Mereka seolah-olah sebulat suara menolak cadangan Dato’ Onn ini.
Ahli Umno menolak cadangan Dato’ Onn kerana kesannya terlalu mendalam. Bagi mereka, Umno akan kehilangan identiti sebagai sebuah pertubuhan Melayu yang telah ada sejak tahun 1946. Mereka juga bimbang akan kehilangan kuasa dalam Umno kerana kepimpinan Umno kini terbuka kepada orang bukan Melayu yang lebih berpelajaran dan kuat ekonominya. Sikap perkauman juga masih tebal di hati mereka.
Dato’ Onn sendiri berundur
13. Dato’ Onn dapat membaca keengganan ahli Umno. Mereka tidak lagi dapat menerima kepimpinannya dalam Umno, seperti yang dijanjikan oleh orang Melayu dan ahli Umno pada tahun 1950 sewaktu memujuknya kembali memegang jawatan YDP Umno. Keduanya, yang paling penting ialah sikap politik ahli Umno tidak berubah seperti pada tahun 1950. Mereka masih enggan bekerjasama dengan orang bukan Melayu secara dekat. Dengan fahaman ini, Dato’ Onn menolak sebarang perlantikan sebagai YDP Umno bagi tahun 1951/1952. Beliau dengan rela hati meninggalkan Umno tanpa dipaksa. Beliau ialah seorang pemimpin yang bermaruah tinggi.
source : helen ang's blog
No comments:
Post a Comment