NUFFNANG

Saturday 2 August 2014

Anwar perasan jawatan MB Selangor penting apabila Azmin tergila-gilakan jawatan tersebut?

Anwar perasan jawatan MB Selangor penting apabila Azmin tergila-gilakan jawatan tersebut?


10hb Ogos merupakan tempoh penantian yang amat panjang untuk Anwar dan kroninya, tarikh keramat atau penanda akhir sejarah politik Anwar yang ditamatkan dengan begitu mudah oleh Hadi jika tiada pusingan "U" yang dibuat.

Kalau dalam permainan badminton, smash Anwar di anggap tersasar luar gelanggang atau tersangkut di jaring. Pedihnya kalau itu bola penamat. Sebab itulah penyokongnya tertonggeng tunggang terbalik tak percaya, frust dan malu.

Tentunya sukar diterima untuk Anwar diperbudakan dengan Hadi yang dianggap bukan lawan sebenarnya, malah kalau ikut politik Malaysia sekarang Anwar adalah No.1 politikus yang paling liat untuk menerima kenyataan bahawa dia sudah tidak mungkin, sudah berada dalam kedudukan mustahil untuk jadi PM sekaligus tidak mungkin dapat memadam sejarah hitam dirinya, isterinya, anaknya dan keluarganya.

Belum ada politikus Malaysia yang ada sejarah sehitam Anwar, hatta Musa Hitam pun tak lah berapa hitam.

Apapun, sakit hati dan marah sebenar penyokong Anwar bukanlah pada Hadi, mereka mati-matian masih menganggap ini adalah permainan politik UMNO bermula dengan Khalid dan kemudiannya menjangkiti Hadi.

Ini adalah perasaan takut pada bayang-bayang sendiri malah boleh dianggap pesalah politik memang mempunyai perangai aneh sedemikian yang dihukum keegoan sendiri - tidak mahu menghadapi kenyataan.

Sebelum melulu menuduh segala dan semua punca UMNO, kena juga terfikir bahawa sebelum ini Khalid diserang hebat oleh penyokong UMNO dalam pelbagai isu. Bukankah itu selari dengan kehendak strategi dalaman PKR untuk memburukkan Khalid supaya menjadi mudah untuk menyingkirkan Khalid dengan digantikan oleh orang mereka sendiri yang mudah dicucuk hidung.

Anwar sendiri terkesan betapa pentingnya jawatan MB Selangor seperti yang digila-gilakan Azmin !!

Adakah itu satu kebetulan kumpulan yang berstrategi dalam PKR bekerjasama dengan penyokong UMNO untuk memburukkan Khalid??

No comments: