Sabotaj ekonomi ala krisis 2000 dalam Langkah Kajang
Apa sekali dikatakan Rafizi, kita tak boleh percaya. Rafizi tidak pernah cakap benar. Semua dia spin atau putarbelit. Dia berhadapan dengan banyak saman kerana kesediaan dia membuat fitnah terbuka.
Apabila dia nafikan Langkah Kajang, kita kena tolak penafian tersebut.
Lagi pun tak mungkin UMNO reka benda begini. Orang UMNO bukan tahu pun. Mereka tak bijak dalam hal begini. Pemuda dan Puteri UMNO leka syok sendiri. Mesyuarat pun tak cukup korum.
Untuk buat dokumen seperti Langkah Kajang tak mungkin UMNO. Malah mungkin betul.
Dalam dokumen tersebut ada bab di mana Rafizi rancang sabotaj ekonomi. Bab ni tiadalah cyber UMNO boleh buat. Baik UMB atau MyKMU, baik sesiapa ... cybertrooper UMNO main kerja baik-baik saja, mesti PKR punya kerja.
Dalam fasa 1:
Disebut persediaan disemua parlimen 24 bulan sebelum PRU.
Dalam fasa 2:
12 bulan sebelum PRU, Jatuhkan ekonomi dan pasaran saham supaya rakyat tidak boleh dapat BR1M.
Dalam fasa 3:
Sabotaj dengan konglomoret yang penuh dengan orang pro Pakatan untuk naikan barang, pemberhentian kerja, inflasi naik, dan main matawang ringgit.
Dalam fasa 4:
Jatuhkan pasaran saham ketika dekat pilihanraya dan MNC yang naikkan ringgit kini jatuhkan ringgit.
Ini bukan game biasa tapi game terancang. Setakat tulisan silap ini dan itu takde isu. Ini perancangan bukan main-main.