SEMAKIN PANASSS !!! PKR-DAP langgar titah Sultan...tetap nak calonkan Wan Azizah sahaja
Tanpa PAS...yang pada petang Selasa sudah keluar kenyataan sokong titah Sultan...Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution dan Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua pula keluar kenyataan bersama sebelah malam kata PKR dan DAP tetap nak calonkan SATU nama sahaja iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.
Titah Sultan Selangor mahu tiga parti dalam Pakatan Rakyat masing-masing kemuka lebih dari dua untuk jawatan itu disampaikan menerusi kenyataan media yang dibacakan oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim di sidang akhbar selepas beliau mengadap baginda pada awal petang itu.
PKR dan DAP guna alasan selepas pilihanraya umum 2013 Sultan Selangor juga meminta lebih satu nama.Namun Pakatan Rakyat bagi SATU nama iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim dan ia diterima.
Oleh itu,katanya PKR dan DAP akan mempersembahkan pencalonan Wan Azizah untuk dipertimbangkan Sultan sejajar dengan konvensi yang diamalkan oleh Pakatan Rakyat dalam tahun 2013.
Ini katanya lagi memandangkan Wan Azizah sudah mendapat sokongan majoriti sekurang-kurangnya 30 orang Ahli Dewan Negeri .
Persoalan yang PKR dan DAP mungkin buat-buat tidak faham ialah dibawah undang-undang tubuh kerajaan negeri adalah budi bicara mutlak Sultan untuk lantik sesiapa yang baginda rasa sesuai menjadi MB.
Mudah cerita apabila Sultan minta 'lebih dua nama' maka bagilah lebih dua nama, kenapa nak tekan Istana.
Persoalan yang bergelar kini ialah, apakah PKR dan DAP sudah merasa besar kepala hingga mahu Istana mengikut kehendak hingga hendak menidakkan kuasa Sultan.
Kisah Sultan menjadi kuasa penentu terakhir ini bukanlah sesuatu yang luar biasa.Ia juga pernah berlaku keatas orang yang dicalonkan oleh Barisan Nasional menjadi Menteri Besar.
Sudah menjadi pengetahuan umum di Perlis misalnya Raja Perlis pernah menolak Datuk Seri Shahidan Kassim jadi Menteri Besar.Maka Datuk Seri Isa Sabu terpaksa dilantik.
Di Terengganu pula Sultan menolak Datuk Seri Idris Jusoh maka Datuk Seri Ahmad Said dilantik ke jawatan itu.
BERIKUT IALAH KENYATAAN MEDIA PKR DAN DAP
PERLANTIKAN DATO’ MENTERI BESAR
KEADILAN DAN DAP MENJUNJUNG TITAH DYMM TUANKU SULTAN SELANGOR
KEADILAN dan DAP merafak sembah menjunjung kasih dan rasa syukur dengan titah DYMM Tuanku Sultan Selangor mengenai pelantikan Dato’ Menteri Besar yang baru seperti kenyataan rasmi Pejabat DYMM Tuanku Sultan Selangor yang ditandatangani Dato’ Mohamad Munir bin Bani hari ini.
Titah DYMM Tuanku Sultan Selangor itu adalah sejajar dengan konvensi (convention) yang telah diamalkan secara berterusan dalam pelantikan Dato’ Menteri Besar sebelum ini.
DYMM Tuanku Sultan Selangor turut menitahkan parti-parti Pakatan Rakyat mencalonkan lebih dari satu nama dalam melantik Dato’ Menteri Besar dalam tahun 2013. Titah DYMM Tuanku Sultan Selangor itu disampaikan kepada KEADILAN, PAS dan DAP melalui satu surat bertarikh 7 Mei 2013 (yang disertakan bersama) yang melambangkan konvensi yang diamalkan DYMM Tuanku Sultan Selangor sebelum ini.
Susulan itu, mengambil kira titah DYMM Tuanku Sultan Selangor dan konvensi yang diamalkan sebelum ini dalam pelantikan Dato’ Menteri Besar, parti-parti Pakatan Rakyat telah mencalonkan satu nama iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim untuk dipertimbangkan DYMM Tuanku Sultan Selangor dalam tahun 2013. Pencalonan ini diperkenankan dan diterimapakai oleh DYMM Tuanku Sultan Selangor.
Oleh yang demikian, KEADILAN dan DAP menjunjung titah DYMM Tuanku Sultan Selangor itu dan akan mempersembahkan pencalonan YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk dipertimbangkan DYMM Tuanku Sultan Selangor sejajar dengan konvensi yang diamalkan oleh Pakatan Rakyat dalam tahun 2013 memandangkan YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sudah mendapat sokongan majoriti sekurang-kurangnya 30 orang Ahli Dewan Negeri (termasuk YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sendiri).
KEADILAN dan DAP merakamkan doa dan menjunjung kasih atas budi bicara ke bawah DYMM Tuanku Sultan Selangor.
DATO’ SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Setiausaha Agong KEADILAN
TONY PUA
Setiausaha Publisiti DAP - 26/8/2014
source : agendadaily
No comments:
Post a Comment