NUFFNANG

Sunday 17 August 2014

ANAK SELANGOR KRITIK, WAN AZIZAH KEGELISAHAN!!!

Demikian luahan yang dibuat oleh salah seorang Anak Jati Selangor mengenai kemelut kepimpinan yang melanda Negeri kelahirannya pada ketika ini.

Pelajar di Manchester School of Architecture itu jelas kecewa dengan perkembangan semasa yang sedang berlaku di Selangor serta mengkritik pemimpin di Negeri itu sendiri.

Katanya, biarpun kedudukan Si Khalid Ibrahim tu digugurkan sebagai Menteri Besar, ianya tidak akan mengubahkan keadaan kepada lebih baik.

Sebaliknya, situasi yang lebih buruk akan terus berpanjangan sehingga tiba Pilihan Raya Umum yang akan datang memandangkan calonnya tidak sesuai.

Bagi dia, walaupun Khalid digantikan dengan Wan Azizah, namun ianya akan tetap membuatkan isteri kepada Si Ketua Penipu tu dalam keadaan kegelisahan.
 MB Selangor baru atau lebih tepat lagi Dr Wan Azizah Wan Ismail akan berasa gelisah kerana pada bila-bila masa sahaja jawatan tersebut boleh bertukar tangan.
 Boleh jadi dirampas oleh Azmin Ali - yang kita semua tahu memang berhasratkan jawatan tersebut.
 Atau boleh juga dirampas oleh PAS - parti yang memiliki kerusi terbanyak. Atau mungkin kembali kepada Khalid semula.
 Barang diingat beliau masih lagi seorang ahli dewan walaupun kini berdiri atas kapasiti Bebas. Dalam politik yang sudah dicatur kotor, apa sahaja boleh berlaku.
Selain dari itu, anak muda kelahiran Selayang ini juga turut mendakwa Si Wan Azizah tu akan menumpukan perhatian kepada Politik dan kaedah nak menangani musuh.

Dalam erti kata lainnya, Si Wan Azizah tu tidak akan mempedulikan nasib rakyat dan mengabaikan Kebajikan mereka secara terang - terangan.

Malangnya, jelas penulis tersebut, tidak ada dikalangan pemimpin - pemimpin kelahiran Selangor sendiri yang dilihat layak untuk selesaikan masalah di Negeri tersebut.
 Begitu lekehkah ahli politik yang merupakan anak jati selangor sehingga politik di negeri ini ditentukan oleh orang Permatang Pauh dan Kemaman? Bagaimana negeri yang paling maju dalam serba serbi ini begitu ketandusan calon yang berkualiti?
Nah! Itu membuktikan bahawa rakta Selangor sendiri pun kecewa kerana orang Politik di Selangor ni kebanyakkannya hanya RETORIK belaka. 

Setakat pandai cakap, tapi tak pandai buat kerja. Termasuk la orang UMNO dan Barisan Nasional. Masing - masing dok pikir pasal kedudukan sendiri. Bukannya diorang nak memperjuangkan rakyat sangat pun!!!
source : semut hitam

No comments: