NUFFNANG

Wednesday 20 August 2014

Cerita Warga Facebook Keretanya Digesel Kenderaan Berplat PG1

Cerita Warga Facebook Keretanya Digesel Kenderaan Berplat PG1



Memandu kenderaan mewah seperti Mercedes Benz bukanlah lesen untuk kita memandu secara tidak berhemah dan memotong dan mencelah sesuka hati. 

Inilah luahan perasaan seorang pengguna laman sosial 
Facebook
, apabila beliau menceritakan pengalaman pahit beliau berhadapan dengan pemilik kereta mewah yang bernombor pendaftaran PG1 di Pulau Pinang.

CTS rasa pernah dengar nombor pendaftaran ini tetapi sudah terlupa siapa pemiliknya. 

Mungkin ada pembaca-pembaca CTS yang tahu? 

Pemandu kenderaan tersebut memandu dengan begitu pantas dan tidak peduli untuk berhenti dan melihat apa yang berlaku selepas kedua-dua kenderaan bergesel. 

Baca apa ditulis oleh mangsa yang bernama Jenny Lim. Tekaan saya adalah bahawa kenderaan berkenaan dipandu oleh seseorang yang tidak mahu dirinya dikenali. 

Mungkin kita perlu bersangka baik. 

Mungkin bukan pemilik kenderaan PG1 yang memandu kenderaan tersebut pada masa itu. 

Mungkin juga pemandunya yang terlebih sudu dari kuah. 

Apapun memandangkan pemilik kenderaan tersebut amat gemar menyaman orang sini sana, lebih baik pengadu di atas, ×Jenny Lim membuat aduan polis ke atas pemilik kenderaan berkenaan.