NUFFNANG

Saturday 22 August 2009

N11 Permatang Pasir :Gempar! Lagi Rakaman Salleh Man Korup,Seleweng Duit

N11 Permatang Pasir :Gempar! Lagi Rakaman Salleh Man Korup,Seleweng Duit !

Posted On 8/22/2009 06:47:00 PM by megat |





Mahfuz,Salleh Man Dan Mujahid. Kamu Harus jawap,buat pc jangan berdiam diri,jangan jadi bacul,ini rakaman yang kedua. Ada lagi yang akan menyusul.

PAS halalkan duit haram?


Mujahid kalau hang nafi macam mana pun memang perkara ni berlaku,melainkan hang dan salleh man bersumpah

orang pas harus sedar pemimpin yang dijadikan calon permatang pasir ni yang kononnya alim kuat songlap duit dan kaki ngorat bini orang.


sumber: hajisonglap

*rakaman kurang jelas dengan lagu latar yang agak kuat dari suara


Pisau kata : "Ada lagi nak dedah tu,PAS jangan lupa buat PC"
2 Response to 'N11 Permatang Pasir :Gempar! Lagi Rakaman Salleh Man Korup,Seleweng Duit !'
  1. Huh kalo suruh bersumpah pun, diorg tak nak bersumpah dgn Al-Quran. Sbb diorg akan kata itu cara Kristian... Ha ha ha ha...

    eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan


  2. CAYA LA BRO!!!..KASI BONGKAR LAGI BIAR SAMPAI MENANAH TELINGA DIORANG..HAMIKKK KAUUUU!!! KEHKEHKEH

source : www.pisau.net

'Over-Confident' dan Sabotaj Calon : Masalah Besar PAS di PRK Permatang Pasir



Analisis Kumbang..

Kumbang sebenarnya tidak berniat dan berminat untuk mengulas isu PRK Permatang Pasir kerana memberi tumpuan terhadap analisis mengenai anti Anwar Ibrahim dan Kerajaan Negeri Selangor. Tetapi apabila melihat sikap pimpinan PAS,para blogger dan penyokong PAS yang lebih mengutamakan arahan Anwar Ibrahim daripada saranan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat supaya tidak melancarkan serangan peribadi.

Kumbang terus mengambil keputusan untuk menganalisis permasalahan Pakatan Pembangkang di Permatang Pasir kerana Kumbang menganggap sikap pimpinan PAS,para blogger dan penyokong PAS yang tunduk patuh kepada Anwar Ibrahim adalah sesuatu yang sangat tidak sihat dan akan merugikan PAS.

Lihatlah bagaimana arahan dan jaminan Nik Aziz tidak diendahkan langsung oleh jentera PAS di Permatang Pasir. Klik sini untuk membaca analisis Kumbang mengenai perkara ini.

Kumbang akan mendedahkan apakah arahan-arahan Anwar Ibrahim di Permatang Pasir pada posting Kumbang esok.Yang mana secara keseluruhannya ia bermatlamatkan hanya untuk menang dan menutup kelemahan Pakatan Pembangkang di Permatang Pasir walaupun membelakangkan jaminan Nik Aziz supaya tidak menyerang peribadi calon BN.

Sebelum itu mari kita semak apakah permasalahan besar PAS di Permatang Pasir.

Pendedahan kedua,

PAS ketika ini menghadapi masalah kewangan yang kritikal di semua Unit Peti Undi (UPU) hingga gerak kempen yang dijalankan dikatakan kurang berkesan. Ini dibuktikan dengan jumlah kehadiran pada ceramah PAS adalah amat sedikit berbanding ceramah yang dianjurkan calon Barisan Nasional.

PAS dikatakan turut dikatakan menghadapi kesukaran untuk menggerakkan jentera kempen di DUN PERMATANG PASIR khususnya kawasan KG. PELET kerana kekurangan jentera disebabkan tiada kerjasama daripada DAP dan PKR, kegagalan membuat culaan pengundi, kegagalan Jabatan Penerangan PAS membekalkan bahan kempen pilihan raya, kekurangan peruntukan kewangan kerana dipantau oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan ketiadaan program ceramah berkelompok.

Apa punca semua permasalahan ini berlaku?

Jentera kempen PAS tempatan dikatakan kurang berkesan dan membelakangkan bantuan dari luar kawasan kerana bosan dengan tugas-tugas pilihan raya yang kerap.

Mereka juga begitu pasti(over-confident) PAS akan menang besar dalam PRK ini selain mengharapkan habuan besar seperti mana yang diperolehi pada PRK DUN MANEK URAI lalu.

Natijahnya jentera PAS dikatakan tidak bersungguh-sungguh dalam menghadapi pilihanraya dan menjalankan kempen. Apatah lagi keadaan ini diburukkan lagi dengan jentera PKR dan DAP yang dikatakan tidak mahu membantu jentera PAS di dalam pilihanraya kali ini kerana berdendam dengan PAS yang dikatakan menyisihkan mereka ketika berkuasa.
Klik sini untuk membaca laporan Kumbang mengenai perkara ini.

Usaha Sabotaj Calon PAS, Saleh Man

Tambah memburukkan lagi keadaan, Kumbang juga mendengar Wujudnya usaha menjatuhkan kredibiliti calon PAS oleh MUJAHID YUSUF RAWA, ZULKIFLI MAT LAZIM, Bekas Ketua Penerangan PAS P/PINANG dan ZULKIFLI ISHAK, Ketua Penerangan PAS P/PINANG.

Mereka dikesan cuba mengeksploitasi kelemahan calon PAS untuk menikam dari belakang. Calon PAS dikatakan pernah menggelapkan wang Sekolah Rendah Islam P/PINANG (SRIP) semasa menjadi Pengetua SRIP yang mana penubuhan SRIP ini beliau bangga-banggakan sebagai sumbangan terbaik beliau kepada Islam dan masyarakat. Beliau dikatakan juga pernah menyalahgunakan wang PRK PERMATANG PAUH untuk kegunaan peribadi.
Jumlah wang yang beliau gelapkan tidak dapat Kumbang pastikan ada pihak yang mengatakan RM 60,000,RM 600,000 dan sebagainya.

Bagi Kumbang jumlah wang yang digelapkan itu bukan pertikaian, tetapi apa yang dipertikaikan ialah kenapa rakan-rakan pimpinan calon PAS itu sendiri sanggup melakukan sabotaj terhadap beliau?

Kumbang kira ramai ahli PAS yang tidak berpuas hati dengan calon ini dan mereka sendiri merasakan tindakan calon PAS yang menggelapkan duit itu sesuatu yang tidak patut,memalukan PAS dan menjengkelkan mereka.

Laporan mengenai perkara ini ada dibuat oleh rakan blogger Kumbang,Ruang Bicara Faisal.Klik sini.

Kesimpulan

Kepada para pengundi semua lihatlah apa yang berlaku pada jentera PAS di Permatang Pasir. Ada pihak yang terlalu pasti bahawa mereka pasti menang dan mengabaikan tugas mereka. Serta ada pihak yang cuba mensabotaj calon mereka sendiri kerana merasakan calon itu sendiri tidak layak kerana pernah terlibat di dalam penyelewengan wang.

Adakah ini membuktikan PAS pilihan terbaik anda di Permatang Pasir?

Kumbang tinggalkan persoalan ini kepada anda semua, yang penting walau bagaimana pun Mujahid Yusuf Rawa menafikan penglibatan beliau dalam usaha sabotaj calon PAS,mungkin kerana menjaga survival politik beliau.

Tetapi Kumbang merasakan usaha sabotaj inilah yang perlu disahut oleh para penyokong PAS di luar sana yang membenci rasuah dan penyelewengan.

Apa guna PAS menang jika mereka mengangkat seorang calon yang mempunyai masalah moral?
Apa guna PAS mengatakan calon BN rasuah dan sebagainya, jika calon mereka sendiri mempunyai masalah moral?

Pengundi Permatang Pasir, fikir-fikirkanlah...

source : analisisringan.blogspot.com

Penafian dan cabaran Mahfuz / Mujahid hanya trick tutup kesalahan calun PAS


Cerita mengenai calun PAS menyalahguna duit kempen PRK Permatang Pauh RM60,000 dan program sekolah pintar PAS sudah sampai ke pengetahun kami lama sebelum penamaan calun. Kami menunggu masa saja untuk mengetahui samada calun PAS adalah Hj Mohd Salleh Man dahulu.

Belum sempat kami tulis kerana ada isu mengenai Rohaizat perlu diterangkan dahulu. Rupanya pendedahan maklumat ini telah didahului oleh blogger Bigdogdotcom.

Sumber maklumat kami adalah terus dari dalam PAS. Ada orang-orang PAS yang tidak puashati dengan calun Permatang Pasir kerana mengetahui akan salahlaku yang tidak diketahui ramai. Sumber kami ini tidak boleh diberitahu sebagai bukti kerana itu adalah janji kami kepada sumber itu. Ini untuk menyelamatkan identiti mereka kerana maklumlah penyokong Pakatan Rakyat agak ganas tingkah laku mereka.

Kami ingin pembaca berfikir kenapa nama Mujahid Yusof Rawa dan Zulkifli Lazim disebut? Macam mana diketahui mereka mengetahui mereka tahu? Macam mana boleh diketahui ada program Sekolah Pintar PAS? Macam mana boleh diketahui jumlah yang disapu RM60,000?

Ini menunjukkan butir-butir maklumat ini tidak mudah untuk direka dan ia datang dari sumber dalaman PAS.

Fikirkah tidak kenapa begitu segera dan pantas Mahfuz memberi reaksi? Kenapa cepat dan segera reaksi anak Yusof Rawa? Fikirkan ...

Memang dijangkakan Mujahid akan menafikan kerana mahu memajukan calun parti mereka. Satu reaksi standard untuk cabar tunjukkan bukti. Tindakan itu adalah reaksi standard dan mudah dijangkakan.

Penafian tanpa pengisian tidak membawa erti. Jika Rohaizat sedia menunjukkan dokumen bahawa isunya dengan Koperasi telah diselesaikan, apa salah PAS tunjukkan dokumen PRK Permatang Pasir dan Program Sekolah Pintar PAS untuk mengesahkan tiada salahlaku berlaku?

Mujahid menafikan diakhbar dan cabar blogger Bigdog anak jantan, tetapi sebenarnya secara peribadi dia akui ada salahlaku berlaku. Baca blog Faisaf RB sini. Kata-kata anak jantan adalah polemik politik murah.

Logiknya mudah. Kini calun PAS itu dikatakan ada masaalah disaman Bank Standard Chartered. Dia pun tertulis biodata sebagai seorang businessman. Orang bermasaalah dengan Bank adalah mudah untuk menciluk wang untuk selamatkan masaalah peribadi. Ini tidak perlu kira parti UMNO, PAS, PKR dan DAP. Ini naluri manusia yang berhadapan dengan masaalah. Tak kira ada ijazah syariah atau pakai songkok haji.

Logik juga calun PAS sakau duit program Sekolah Pintar. Hj Salleh ini pun seorang pendidik. Kami pun tak tahu PAS ada program sekolah pintar. Hanya orang PAS tahu ada program sekolah pintar. Tak mudah untuk tiba-tiba sebut program sekolah pintar.

Bagi Mahfuz yang cuba cabar orang sebagai anak jantan, padan muka kena cabar Bigdog tunjukkan diri anak jantan. Nak tuntut bukti cakaplah. Apa perlu nak tahu anak jantan atau betina? Murah!!!!

Bigdog tanya kenapa PAS sanggup bersekongkol dengan peguam pejuang murtad, Harris Ibrahim dan Bar Council yang anti-Islam untuk memajukan calun mereka? Ini tak payah anak jantan atau betina, salah bersekongkol dengan orang fasik dan musuh Islam!!!!

sumber : the Unspinners

source : sejarahmelayu.blogspot.com

MUJAHID YUSOF RAWA SAHKAN CALON PAS SONGLAP DUIT



Perangkap sudah mengena dengan satu panggilan telefon sahaja. Tengahari tadi saya ada menerima satu sms daripada seorang rakan yang mengatakan Calon PAS Permatang Pasir pernah menyelewengkan duit dana P/raya Permatang Pauh sebanyak RM 60 ribu.(Rujukan)

Setelah mendapat sms tersebut tengahari tadi pening juga kepala saya untuk mencari kesahihan berita berkenaan. Saya cuba menghubungi beberapa orang,termasuk wartawan. Malangnya mereka sendiri pun tidak berani mengesahkan.

Lantas saya teringat seorang kawan saya yang pernah berada dalam kepimpinan PKR negeri satu masa dulu. Tetapi tidak lagi sekarang. Beliau masih lagi menjalinkan hubungan yang rapat dengan pemimpin-pemimpin PAS sekarang. Saya minta beliau bertanyakan perkara berkenaan kepada Mujahid Yusuf Rawa. Beliau bersetuju.

Selepas itu beliau menghubungi saya kembali dan memberitahu yang Mujahid telah mengesahkan memang benar Calon PAS berkenaan ada mengambil sebanyak RM 60 ribu duit p/raya Permatang Pauh dan menyimpan di dalam akaun syarikatnya. Khabarnya wang tersebut telah lesap dan PAS Pusat membayarnya kembali,sebelum ianya dijadikan isu oleh BN. Mujahid juga meminta beliau merahsiakan perkara berkenaan.

Terima kasih diucapkan kepada Mujahid kerana telah membuka baju untuk menunjuk kurap di badan sendiri.

Saya tahu,saya akan dimarahi oleh rakan saya kerana menyiarkan artikel ini. Beliau bimbang pemimpin PAS tidak akan percaya kepada beliau lagi,kerana mereka telah meminta rakan saya merahsiakan perkara ini. Saya yakin 100 % beliau akan meminta saya menarik balik artikel ini.

Kepada rakan saya, saya pohon maaf dan ampun kerana telah melanggar perjanjian. Saya terpaksa. Dalam perang kita kena gunakan apa sahaja yang ada yang boleh membantu kita untuk berusaha mencapai kemenangan. Hatta, ada masanya rakan sendiri yang terpaksa kita korbankan. Tetapi saya tidak sampai ke tahap mengorbankan saudara. Aidilfitri yang bakal menjelma sebulan lebih lagi,saya akan gunakan sebaik mungkin untuk memohon maaf kepada saudara. Maafkan saya !

GILA BABI ! Pemuda PAS Perak buat laporan JAIP ,kerana Dr.Zambry pergi ke masjid. Aku juga berharap Pemuda PAS akan buat laporan ke Majlis Gereja Sedunia kerana Ngeh dan Nga pergi ke gereja.(Rujukan,klik sini)

No comments: