NUFFNANG

Saturday 22 August 2009

cabaran salahuddin makan dirinya sendiri...TPM minta Nik Aziz taubat…namun Nik Aziz tetap Nik Aziz

TPM minta Nik Aziz taubat…namun Nik Aziz tetap Nik Aziz

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub begitu konfiden sekali semasa mencabar supaya didedahkan klip video sebenar yang mengandungi kenyataan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menyatakan 'Ahli UMNO tidak akan masuk syurga'.

Katanya kepada wartawan di Markas Besar PAS di Permatang Pasir Rabu "Jika mereka jujur, sila dedahkan klip video itu. Lainlah kalau pihak terbabit berniat membina ikon kebencian ke atas tokoh agama Kelantan itu.”

Soalnya sekarang apakah tokoh muda dalam PAS seperti Salahuddin juga tergolong sama mereka yang taksub membabi buta hingga dapat menelan bulat-bulat apa saja dikata oleh Musyridul Am PAS yang merasa dirinya seolah ada hak untuk menentukan siapa yang boleh masuk syurga dan neraka.

Cabaran beliau nampaknya makan diri bila TV3 Khamis malam menerusi Buletin Utama menyiarkan rakaman audio perbualan Nik Aziz dengan wartawan semasa penamaan calon pilihanraya kecil Permatang Pasir di IKBN,Kubang Semang,Pulau Pinang pada 17 Ogos.

Menurut transkrip rakaman audio berkenaan Menteri Besar KelaNtan itu jelas berkata :

‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO.

‘‘Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’

Sejak di piliihanraya kecil Manek Urai hingga ke Permatang Pasir ‘ Tok Guru’ Nik Aziz terus mengulangi ayat yang sama.

Banyak pihak merasakan PAS sebagai sebuah parti harus membuat satu pendirian rasmi terhadap kenyataan yang songsang itu.

Bukan sahaja Majlis Fatwa Kebangsaan menilai kenyataan Nik Aziz itu menyeleweng daripada ajaran Islam tetapi hukum akal siapa saja yang rasional tahu Musyridul Am PAS itu ‘mengarut’.

Ikut sumber-sumber PAS ramai dikalangan ahli parti itu yang bersikap sederhana merasa cukup malu dengan tindak tanduk pembesar mereka yang tidak sudah-sudah ‘ cuba nak jadi Tuhan itu”.


Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kebelakangan ini berkali-kali secara terbuka membidas Nik Aziz mengenai tindak tanduknya Khamis meminta beliau mengakui kesilapannya dan bertaubat.

"Biasanya orang yang bersalah, dia kena bertaubat dari segi agama. Dia mesti bertaubat kerana melakukan kenyataan itu adalah satu kesalahan, dia kena minta maaf bukan dengan kita tetapi dengan Allah SWT kerana itu asas yang diguna pakai apabila fatwa telah diputuskan," katanya pada sidang akhbar di Gerai Makan Bukit Kepong di Pagoh.

Menurut Timbalan Perdana Menteri kenyataan Nik Abdul Aziz itu bukan sahaja bertentangan dengan keputusan majlis fatwa tersebut bahkan bercanggah dengan undang-undang syarak.

Namun Nik Aziz tetap Nik Aziz .Bercakap kepada para wartawan di Kota Bharu Khamis tetap mempertahankan beliau tidak salah.

Beliau sebaliknya kata keputusan Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan berhubung kenyataannya mengenai penyokong UMNO tidak masuk syurga kerana ia dibuat tanpa mendapat penjelasan darinya terlebih dahulu.

Nik Abdul Aziz berkata, beliau tidak akan berhenti untuk mengeluarkan kenyataan walaupun mendapat kecaman daripada pelbagai pihak termasuk Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan.

"Selagi orang kacau saya, saya akan terang sampai dia puas hati. Dia nak terima atau tak, dia punya pasal. Kalau tak kena atau tak puas hati tanya saya, jangan tanya surat khabar.

"Apa yang orang nak kata pada saya katalah tetapi apa sudahnya, biarlah ada hujah, kalau betul saya terima. Kalau tak betul saya anggap mengumpat, saya tengok sebanyak mana jawapan surat khabar tidak ada hujah, saya nak tumpang ilmu pun tidak boleh," katanya.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, ulasan-ulasan negatif yang dikeluarkan pihak tertentu terhadap kenyataannya berdasarkan petikan dalam akhbar adalah tidak adil.

"Mereka perlu tanya saya di mana salahnya, saya sedia menjelaskan secara berdepan," katanya.

Bagaimanapun, Nik Aziz mengakui bahawa beliau bukan orang yang boleh menentukan seseorang masuk syurga atau neraka.

"Yang menentukan jalan syurga (atau) neraka adalah Allah dan yang memberitahu kepada kita (ialah) Nabi Muhammad S.A.W. dan (apabila) nabi mati tugasnya disambung oleh ahli ulama.

"Saya bukan menentu syurga (atau) neraka yang menentukannya Allah, saya yang menyambung syariat dan jalan ke syurga ialah orang-orang yang Allah beri nikmat bukan nabi-nabi," katanya.


Majlis Fatwa kata Nik Aziz menyeleweng... tak layak dipanggil Tok Guru kata Muhyiddin

Isu syurga neraka bukan merupakan perkara baru yang dimainkan PAS apabila berlaku pilihan raya baik pilihan raya kecil mahupun pilihan raya umum. Pemimpin PAS khususnya Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah antara yang paling kerap membuat kenyataan tersebut. Namun malangnya status Tok Guru yang diberikan kepadanya seolah-olah menjadi lesen untuk beliau terus membuat kenyataan yang mengguris hati umat Islam khususnya ahli-ahli dan penyokong UMNO.

Walaupun pelbagai rintihan dan teguran dibuat, Nik Aziz tidak pernah berusaha untuk meperbetulkan keadaan jauh sekali meminta maaf.

Terbaru tuduhannya bahawa ajaran Islam yang dibawa UMNO tidak boleh membawa seseorang itu ke syurga mendapat reaksi daripada Majlis fatwa Kebangsaan. Berdasarkan jawatankuasa itu, kenyataan Nik Aziz itu bukan sahaja salah malah menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menyifatkan tindakan Nik Aziz memberikan fatwa yang songsang tersebut bukan sahaja tidak melayakkan Nik Aziz untuk dipanggil sebagai Tok Guru tetapi amat merbahaya.

Reaksi terbaru Majlis Fatwa itu disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan, datuk Abdul Shukor Husin yang memaklumkan, berdasarkan pengesahan mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu yang ke-188 pada Mac 2001 terhadap keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa berkenaan yang telah pun membincangkan isu ketentuan seseorang Islam itu masuk syurga atau negara pada sejak tahun 2000.

Pada sidang media yang diadakan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai hari Rabu, Abdul Shukor berkata, adalah salah untuk seseorang itu membuat kenyataan menentukan sama ada seseorang Islam itu masuk syurga atau neraka.

"Dakwaan bahawa pengakuan dan sokongan kepada orang, pertubuhan atau parti tertentu diperlukan sebelum seseorang itu layak masuk ke syurga atau neraka adalah salah mengikut ajaran Islam.

"Jawatankuasa juga berpendapat sesiapa yang mengajar atau menyebarkan pandangan atau fahaman seperti ini adalah salah dan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar," katanya.

Selasa, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Majlis Fatwa untuk membuat fatwa berhubung dengan kenyataan terbaru Nik Aziz yang menyatakan Islam yang dibawa oleh UMNO palsu dan tidak boleh membawa seseorang itu masuk syurga.

Walaupun Nik Aziz semalam cuba untuk membetulkan kenyataan yang dibuatnya berhubung dengan itu itu tetapi jika diteliti penjelasannya, ia tetap membawa maksud yang sama. "Usaha UMNO nak sebut Islam saja tapi tak ada iman mustahil diterima Allah Taala," katanya sambil menambah mana-mana umat Islam yang mengasingkan iman dengan Islam tidak akan masuk syurga.

Menurut Dr Abdul Shukor, semua pihak adalah diingatkan agar tidak membuat kenyataan yang boleh menimbulkan perkara yang tidak betul atau pun bida’ah yang pada akhirnya mengeliru serta memecah belahkan umat Islam.

"Kepada orang ramai, saya ingin nyatakan bahawa dalam ajaran Islam sebenar, tidak sesiapa boleh menentukan seseorang itu berhak masuk syurga atau neraka kecuali Allah S.W.T sahaja yang mempunyai hak mutlak dan boleh memasukkan seseorang itu ke syurga atau neraka berdasarkan kepada keimanan dan ketakwaan seseorang itu atau sebaliknya.

“Janganlah kita mudah terpengaruh dengan pandangan yang aneh, jauh dari kebenaran dan boleh menyesatkan kita.

"Saya mengharapkan politik itu tidak mengatasi agama. Jadi, agama itu kalau boleh dalam keadaan kita sekarang ini yang inginkan kepada perpaduan, amat penting kepada umat Islam kepada keharmonian.

"Saya harapkan juga supaya kita sama-sama tidak menggunakan Islam atau pandangan tertentu demi kepentingan politik, malah saya harapkan kita bersatu dan melupakan isu politik demi agama kerana isu agama itu lebih tinggi," katanya.

Sehubungan itu Abdul Shukor berharap sebagai tokoh dan arif mengenai agama, Nik Aziz dapat membetulkan pandangannya bagi mengelakkan kekeliruan timbul di kalangan umat Islam.

Sementara itu Muhyiddin pula berkata, Nik Aziz tidak layak dipanggil Tok Guru kerana telah membuat fatwa songsang yang mendakwa orang UMNO tidak boleh masuk syurga.

Sehubungan itu beliau mengingatkan jangan kerana gelaran tok guru, orang ramai akan ikut sahaja apa yang dikatakannya.

“Tok guru yang buat fatwa songsang seperti orang UMNO tak boleh masuk syurga adalah bahaya,” katanya semasa berucapa melawat bilik gerakan Barisan Nasional Sama Gagah di Permatang Pasir, petang Rabu.



source : www.agendadaily.com


No comments: