NUFFNANG

Thursday 20 August 2009

MUJAHID YUSOF RAWA SAHKAN CALON PAS SONGLAP DUIT

MUJAHID YUSOF RAWA SAHKAN CALON PAS SONGLAP DUIT

[mujahid-nov14.jpg]

Perangkap sudah mengena dengan satu panggilan telefon sahaja. Tengahari tadi saya ada menerima satu sms daripada seorang rakan yang mengatakan Calon PAS Permatang Pasir pernah menyelewengkan duit dana P/raya Permatang Pauh sebanyak RM 60 ribu.(Rujukan)

Terus terang saya katakan,jika saya menerima sms yang sebegini saya tidak akan menyebarkannya atau siarkan di dalam blog,kerana saya tidak mahu dijadikan bahan ketawa di lain hari atau kesahihan blog saya dipertikaikan. Saya akan cuba mencari kesahihan berita tersebut. Setelah dapat kesahihan atau hampir-hampir sahih,barulah saya sebarkan.

Setelah mendapat sms tersebut tengahari tadi pening juga kepala saya untuk mencari kesahihan berita berkenaan. Saya cuba menghubungi beberapa orang,termasuk wartawan. Malangnya mereka sendiri pun tidak berani mengesahkan.

Lantas saya teringat seorang kawan saya yang pernah berada dalam kepimpinan PKR negeri satu masa dulu. Tetapi tidak lagi sekarang. Beliau masih lagi menjalinkan hubungan yang rapat dengan pemimpin-pemimpin PAS sekarang. Saya minta beliau bertanyakan perkara berkenaan kepada Mujahid Yusuf Rawa. Beliau bersetuju.

Selepas itu beliau menghubungi saya kembali dan memberitahu yang Mujahid telah mengesahkan memang benar Calon PAS berkenaan ada mengambil sebanyak RM 60 ribu duit p/raya Permatang Pauh dan menyimpan di dalam akaun syarikatnya. Khabarnya wang tersebut telah lesap dan PAS Pusat membayarnya kembali,sebelum ianya dijadikan isu oleh BN. Mujahid juga meminta beliau merahsiakan perkara berkenaan.

Terima kasih diucapkan kepada Mujahid kerana telah membuka baju untuk menunjuk kurap di badan sendiri.

Saya tahu,saya akan dimarahi oleh rakan saya kerana menyiarkan artikel ini. Beliau bimbang pemimpin PAS tidak akan percaya kepada beliau lagi,kerana mereka telah meminta rakan saya merahsiakan perkara ini. Saya yakin 100 % beliau akan meminta saya menarik balik artikel ini.

Kepada rakan saya, saya pohon maaf dan ampun kerana telah melanggar perjanjian. Saya terpaksa. Dalam perang kita kena gunakan apa sahaja yang ada yang boleh membantu kita untuk berusaha mencapai kemenangan. Hatta, ada masanya rakan sendiri yang terpaksa kita korbankan. Tetapi saya tidak sampai ke tahap mengorbankan saudara. Aidilfitri yang bakal menjelma sebulan lebih lagi,saya akan gunakan sebaik mungkin untuk memohon maaf kepada saudara. Maafkan ambo !

by- RuangBicaraFaisal

Nizar Lilin! Calon PAS PERMATANG PASIR SONGLAP DUIT!?

Sungguh tak disangka! itulah yang boleh saya sebutkan selepas saya menerima satu sms dari seorang journalist yang pernah bekerjasama dengan pihak PAS dan mengetahui tentang cerita dalaman PAS!

Anda nak tahu sms ini berkenaan apa? Begini, dalam sms tersebut ada menyatakan yang calon PAS iaitu saudara Salleh Man pernah menyapu duit sebanyak rm60 ribu semasa pilihanraya di Permatang pauh tempohari. Perkara ini juga diketahui oleh MujahidYusuf Rawa dan bekas Pesuruhjaya PAS Penang, Zulkifli Lazim.

Bukan setakat itu sahaja, dia juga dikatakan pernah menggelapkan duit dari projek sekolah pintar PAS dan memindahkan sejumlah wang ke dalam akaun syarikatnya sendiri, bagaimana dia melakukannya masih terus menjadi misteri hingga ke hari ini.

Kepada pihak PAS, cerita-cerita ini sedang tersebar di kalangan ahluL-ahlul PAS, tetapi seperti biasa PAS akan menafikan kisah sebegini, namun kali ini penafian sahaja tidak cukup, apa kata calon PAS pun membuat penjelasan sepertimana yang telah di buat oleh saudara Rohaizat!

Walaupun syurga milik PAS, tetapi bilamana cerita seperti ini sudah tersebar, rakyat berhak untuk mengetahui perkara sebenar, ini adalah satu tuduhan yang serius, kalau tidak ada angin masakan pokok bergoyang bukan?

Saya harap BAR Council dan Harris Ibrahim boleh membantu PAS untuk menerangkan kepada rakyat mengenai isu ini, ini sudah kira isu pecah amanah ni, kami rakyat marhaen inginkan kepastian, Ingat, sekadar menafikan sudah tidak boleh diterima lagi! Buktikan!

WAHAI AHLI PAS! SEKURANG-KURANGNYA JUJURLAH KEPADA DIRI SENDIRI!

Updated 3.47pm - Saya baru mendapat pengesahan dari RBF bahawa Mujahid Yusuf Rawa sendiri telah mengesahkan yang calon PAS Salleh Man memang ada mengambil duit tersebut!

Untuk kisah lanjut klik disini...

Bila PAS nak memperjelaskan isu ini?

source : parpukari.blogspot.com

No comments: