NUFFNANG

Saturday 29 August 2009

Apa Masalah Dengan Kepala Lembu?

Apa Masalah Dengan Kepala Lembu?

Lagi gambar-gambar menarik dapat dilihat di blog Abang Blogger saya, Minaq Jinggo di sini.

Sejak semalam Facebook dihujani dengan pelbagai pendapat dan kritikan ke atas tindakan penduduk-penduduk Seksyen 23 membawa kepala lembu untuk "dihadiahkan" kepada Khalid Gagap di Bangunan SUK, Shah Alam. Berita penuh dilaporkan oleh Sinar Harian, di sini.

Agenda asal penduduk adalah menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Selangor selepas beliau beberapa kali mengelak untuk bertemu dengan penduduk. Kepala lembu berkenaan menjadi kontroversi sehinggga mengundang komen Perdana Menteri dan Anak Omak, Khairy "Si Penganggur Jutawan" Jamaluddin itu telah dibawa oleh individu yang marah. Ianya dianggap sebagai simbolik kepada tindakan Khalid, Rodziah dan Kerajaan Negeri yang dianggap seperti 'dicucuk hidung' apabila meluluskan pembinaan kuil di kawasan perumahan majoriti penduduk beragama Islam. Salahkah kepala lembu itu dibawa?

1. Adakah lembu hanya merupakan seekor binatang kepunyaan sesuatu kaum seperti yang didakwa? Sekiranya lain-lain penduduk, kaum dan Agama lain menggunakan binatang tersebut adakah ianya dianggap menghina Agama tersebut. Apakah kaum lain tidak ada hak ke atas lembu? Kalau begitu, adakah dengan memakan kari lembu, sup ekor lembu dan menggunakan lembu untuk membajak di sawah merupakan satu penghinaan ke atas penganut Agama tertentu?

2. Sayugia sekali lagi diingatkan bahawa kepala lembu itu adalah simbolik kepada tindakan dan kelakuan Khalid Gagap, Khalid Samad dan Rodziah yang penduduk anggap sebagai lembu yang dicucuk hidung, hanya mengikut kata dan kehendak bangsa lain dengan menjual bangsa sendiri. Bukankah itu sifat-sifat terpuji mereka?

3. Kepala lembu juga pernah dijadikan lambang sebuah parti poiltik di Malaysia, Parti Rakyat Sosialis Malaysia. Apa masalahnya? Pernahkah ada mana-mana pihak yang mendakwa parti tersebut telah menghina sesebuah Agama? Pernahkah penggunaan kepala lembu dihalang oleh pendaftar pertubuhan?

4. Shamsul Kemetot penah terhegeh-hegeh mengusung lembu untuk di bawa ke SPRM. Kenapa tiada bantahan kedengaran dari pihak pembangkang dan juga Ketua Pemuda UMNO yang merupakan Anak Omak, Khairy Si Penganggur Jutawan?

Sayugia juga diingatkan bahawa Khalid Samad telah membuang posting mengenai penjelasannya berhubung pembinaan kuil di Seksyen 23 di blognya setelah dibelasah teruk kiri dan kanan oleh para pengujung. Penulis sendiri telah menjawab segala dakwaannya di sini. Adakah fakta yang disampaikan olehnya bersifat pembohongan dan tipu helah sehingga beliau takut menghadapi kenyataan? Adakah beliau telah "chicken out" atau "chicken run"?



No comments: