[KEPEMIMPINAN DAN AHLI MCA KENA BACA ARTIKEL INI! DAN AKIBAT PM YANG BLURR] ... MPM : Apa Masalah MCA Sepakat dengan DAP?
KUALA LUMPUR 3 Feb - Majlis Perundingan Melayu (MPM) terkilan dengan bidasan Presiden dan Ketua Pemuda MCA yang sepakat dengan Ketua Pemuda DAP agar Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri disingkir dari jawatannya selepas mengeluarkan kenyataan mengenai peniaga Cina.
Setiausaha Agung MPM, Datuk Dr. Hasan Mad berkata, pendirian dan keceluparan Liow Tiong Lai dan Chong Sin Woon mempamerkan pendirian sebenar MCA, yang lebih mementingkan DAP.
"Mereka melindungi mereka yang cauvinis, dari membantu kerajaan menangani masaalah yang dihadapi rakyat, maka, saranan yang dicetuskan Ismail mendedahkan pendirian sebenar MCA.
"MPM tidak terkejut dengan bidasan Ketua Pemuda DAP, Teo Kok Siong, sebab kita semua tahu DAP memang cauvinis," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Dr. Hasan mengulas catatan di laman Facebook Ismail yang menyarankan pengguna, terutamanya Melayu, memboikot peniaga-peniaga Cina yang degil dan enggan menurunkan harga barangan pengguna.
Ismail bagaimanapun tidak menyarankan memboikot secara menyeluruh namun hanya peniaga-peniaga Cina degil yang enggan menurunkan harga barangan pengguna.
Dalam pada itu kata Dr. Hasan, walaupun kenyataan yang dibuat oleh Naib Ketua Pemuda Gerakan, Andy Yong yang lebih berhemah berbanding Tiong Lai dan Sin Woon, Andy dilihat terbelit dengan fakta yang mengaitkan insiden ini dengan kenyataan yang bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai sumbangan komuniti bisnes Cina.
"Jika Andy merujuk kepada kenyataan itu, dia juga sepatutnya menyarankan peniaga-peniaga Cina yang dimaksudkan Ismail agar lebih bertanggungjawab dan patriotik dalam berniaga, bukan sebaliknya.
"Orang Melayu akui sumbangan komuniti bisnes Cina kepada pembangunan negara, tetapi tidak bermakna mereka boleh menindas pengguna sewenang-wenangnya," jelasnya.
Sementara itu ujarnya, MPM menghargai kenyataan Ketua Wanita MIC, M. Mohana dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup yang menyokong kenyataan Ismail.
"Bagi mereka yang membidas saranan Ismail terutama Presiden MCA dan Ketua Pemudanya, binalah budaya berpolitik berhemah dan budaya politik setiakawan, jangan jadi duri dalam daging.
"Orang Cina sudah lama menyampah kepada MCA, itu sebabnya MCA kian tak popular.
"Orang Melayu yang memberi muka kepada MCA. Jangan sakitkan hati orang Melayu dan jangan sampai nanti orang Melayu pula yang menyampah kepada MCA," katanya.

No comments:
Post a Comment