NUFFNANG

Wednesday, 18 February 2015

[BONGKAR! SIAPA SEBENARNYA YANG TAHU SAMADA ANWAR KAKI LIWAT] ... Karpal Singh dah rancang Anwar masuk supaya DAP kuat

[BONGKAR! SIAPA SEBENARNYA YANG TAHU SAMADA ANWAR KAKI LIWAT] ... Karpal Singh dah rancang Anwar masuk supaya DAP kuat


SIAPA SEBENARNYA YANG MAHU ANWAR DIPENJARA?

Pendedahan pertama kali salahlaku liwat Anwar Ibrahim bukanlah didedahkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir.  Sebagai seorang mentor dan guru politik kepada Anwar Ibrahim, Dr. Mahathir tidak sesekali akan mudah mempercayai dan menelan bulat-bulat fitnah pembangkang terhadap Anwar Ibrahim.


Berdasarkan hansard Parlimen Malaysia pada 1997, mendiang Karpal Singh merupakan orang pertama yang menyatakan bahawa beliau mempunyai bukti bahawa Anwar telah meliwat pemandu peribadi isterinya, Azizan Ahmad.
Saya suruh dia bertaubat dia degil

Hj. Mohamed Sabu yang ketika itu merupakan ayam tambatan parti PAS dengan bangga mencanangkan ke seluruh negara dan memberi gelaran yang cukup jijik kepada Anwar Ibrahim.

Justeru itu, apabila pelbagai bukti dan siasatan telah dijalankan, Dr. Mahathir kemudiannya telah memanggil satu mesyuarat Majlis Tertinggi dan mahu supaya Anwar Ibrahim membela diri serta memberi penjelasan terhadap salah laku moral beliau. Disaksikan keseluruhan ahli Majlis Tertinggi UMNO, Anwar tidak membela diri dan membersihkan nama baik beliau, sebaliknya telah memaki hamun Presiden UMNO dan ahli Majlis Tertinggi yang lain. Kegagalan membela diri mengakibatkan beliau dipecat dari UMNO dan akhirnya kerajaan pada 2 September 1998.

Pemecatan ini membuka laluan kerjasama politik dengan para pemimpin pembangkang yang pernah membuat tuduhan bahawa beliau merupakan seorang peliwat. Mengimbas kerjasama dan pembelaan ini pada peringkat awalnya, ramai para pemimpin PAS tidak bersetuju cara UMNO mengaibkan Anwar Ibrahim dan bukannya kerana mereka tidak percaya bahawa jenayah liwat tersebut benar-benar telah berlaku. Tambahan pula pendedahan Wikileaks secara jelas membuktikan pandangan-pandangan beberapa pemimpin dunia lain seperti Singapura dan Australia percaya bahawa kegiatan homoseksual dan Anwar sememangnya tidak dapat dipisahkan.

Implikasi dari pemecatan tersebut telah menyebabkan beliau mengadakan 'road show' ke seluruh Malaysia dan pada akhirnya ditangkap dalam suatu peristiwa yang dikenali sebagai 'The Black 14'. Penangkapan beliau membawa kepada pendakwaan mahkamah dan dipenjarakan selama 6 tahun.

Bebas dari hukuman penjara, beliau sekali lagi mengulangi kegiatan tersebut dan mangsanya merupakan seorang staff dan pembantu beliau sendiri, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Sengaja dikata untuk perangkap


Sepanjang 7 tahun perbicaraan kes liwat 2 ini, penulis mendapati wujud keterangan yang konsisten di pihak Peguambela yang diketuai oleh mendiang Karpal Singh bahawa aktiviti liwat tersebut benar-benar telah berlaku. Perkara yang sama juga dinyatakan oleh Ketua Pasukan Pembelaan, Gopal Sri Ram di dalam perbicaraan di peringkat Mahkamah Persekutuan.

Di Barat, suka sama suka tidak salah
Umum mengetahui bahawa mendiang Karpal Singh dan barisan peguambela Anwar yang lain merupakan tokoh-tokoh dan pemimpin kanan parti DAP.

Apakah mereka sengaja merancang secara sistematik supaya Anwar didapati bersalah dan dipenjarakan?

Apakah mereka mahu rakyat Malaysia tahu bahawa pemimpin Melayu Islam sememangnya tidak dapat dipisahkan dari salah laku seks?

Sama-sama kita nilaikan.



Selangor Chronicle


Tanya balik siapa peguam Anwar ... mula-mula Karpal Singh hingga dia mati tapi tiga anaknya terlibat , Gobind, Ram Karpal dan Sangeet Kaur.

Mungkinkah memang mereka sabotaj untuk Anwar masuk ....


Pastinya pas mahu Anwar masuk penjara dan DAP pun mahu tapi tak cakap.

Senyum gumbira dalam diam Lim KiT Siang lihat kedatangan yang sokongan yang pasti bantu DAP

Hanya Karpal yang berterus terang.

No comments: