NUFFNANG

Wednesday, 11 February 2015

[GEMPAQ DAN SALUTE !!] Video Desak Bersumpah, Mahasiswa UIA Dibuli Penyokong Anwar...Admin Respect BEtul

[GEMPAQ DAN SALUTE !!] Video Desak Bersumpah, Mahasiswa UIA Dibuli Penyokong Anwar...Admin Respect BEtul


PUTRAJAYA – Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Muhammad
Huzaifah Shuib menimbulkan kekecohan dalam kalangan penyokong pemimpin
pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, apabila mendesak Anwar bersumpah di
mahkamah sekiranya benar beliau tidak pernah meliwat Saiful Bukhari Azlan.


Tindakannya itu mendapat perhatian penyokong Anwar yang kemudiannya bertindak liar membulinya di luar pekarangan Istana Kehakiman.Ditanya tidakkah dia takut dengan
provokasi melampau daripada penyokong Anwar, Huzaifah berkata, “Kenapa kita nak
gadaikan pendirian kerana benda yang salah?

“Saya datang kerana Allah, saya tak nak tengok orang Malaysia bergaduh kerana taksub
dengan mana-mana pemimpin.”

Huzaifah turut menafikan dakwaan dia dibayar oleh mana-mana pihak untuk hadir dalam perhimpunan tersebut.

Seramai kira-kira 1,000 penyokong Anwar berkumpul di luar pekarangan Mahkamah
Persekutuan, hari ini bagi mendengar keputusan rayuan terakhir kes liwat Anwar terhadap
bekas pembantunya, Saiful Bukhari.

Mahkamah bagaimanapun telah memutuskan sebentar tadi bahawa rayuan ketua
pembangkang itu ditolak sekaligus dijatuhkan hukuman bersalah atas pertuduhan tersebut.

Pengumuman ini mencetuskan suasana tegang di pintu belakang Istana Kehakiman
apabila penyokong Anwar mulai berkumpul beramai-ramai dan bersorak ‘Reformasi’.

Hanya kepercayaan dalam diri yang mampu membuatkan seseorang begitu berani...sama
ada dia benar atau tidak bukan isunya di sini... tetapi keberanian budak ni memang layak
dipuji.


No comments: