NUFFNANG

Sunday, 14 December 2014

SEMAKIN PANASS !! AKIBAT PEMANSUHAN I.S.A. DAN KETIDAKTEGASAN KDN, PDRM, AG DAN NAJIB ... ADA YANG PERTIKAI KUASA DI-PERTUAN AGUNG & YANG DI-PERTUA NEGERI SEBAGAI KETUA AGAMA ISLAM

SEMAKIN PANASS !! AKIBAT PEMANSUHAN I.S.A. DAN KETIDAKTEGASAN KDN, PDRM, AG DAN NAJIB ... ADA YANG PERTIKAI KUASA DI-PERTUAN AGUNG & YANG DI-PERTUA NEGERI SEBAGAI KETUA AGAMA ISLAM

Isu keceluparan mulut Lim Guan Eng DAP yang memandai-mandai memberi kebenaran kepada orang bukan Islam di Pulau Pinang semakin panas apabila 2 pihak telah membidas anak Lim Kit Siang DAP itu.


Pertama ialah kenyataan DS Ahmad Zaid Hamidi, Menteri Dalam Negeri.
Ketua menteri atau menteri besar tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan sebarang kenyataan atau menentukan sesuatu keputusan mengenai penggunaan kalimah Allah, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 
Beliau berkata perkara itu terletak di bawah bidang kuasa Yang Dipertua Negeri yang mewakili Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu di negeri berkenaan. 
"Walaupun fatwa harus dilaksanakan di peringkat negeri dan hal ehwal agama Islam adalah di bawah kuasa kerajaan negeri, tetapi kuasa eksekutifnya tidak terletak kepada menteri besar atau ketua menteri," katanya seterusnya

Kedua ialah kenyataan Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor. Media melaporkan bahawa beliau berhasrat untuk berjumpa  Lim Guan Eng DAP untuk memberi penjelasan tentang isu penggunaan kalimah ALLAH kepada orang bukan beragama Islam di negeri ini.
Wan Salim berkata, perkara itu telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan orang Islam dan kerajaan negeri bukan hanya perlu bertanggungjawab kepada orang bukan Islam tetapi juga orang Islam. 
"Apabila ia sudah digazetkan oleh Majlis Fatwa, perkara itu bukan sahaja terpakai kepada orang Islam tetapi juga untuk orang bukan Islam sebab ia di bawah perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. 
"Jadi setiap rakyat di Pulau Pinang tidak kira sama ada dia orang Islam atau bukan Islam perlu taat kepada titah Yang di-Pertuan Agong," katanya. seterusnya 
Isu ini sebenarnya sangat mudah dan sudah difahami oleh rakyat Malaysia sejak merdeka lagi. Sebelum parti DAP 'bertambah kuasa' dalam politik, su-isu sensitif ini jarang kedengaran selain daripada peristiwa berdarah 13 Mei 1969 yang juga disebabkan oleh perasaan rasis dan ekstremis parti DAP. 

Dan kita pasti bahawa Setiausaha Agung DAP itu tahu tentang protokol dan kuasa Yang Dipertua Negeri dan Yang Dipertuan Agung. Tetapi kenapa kroni tegar Lim Kit Siang DAP masih berdegil membakar sensiviti penganut Islam di negara ini?


Tambahan pula, penganut Islam di negara ini adalah 17,375juta orang atau pun 61.3% daripada keseluruhan rakyat Malaysia. Kenapa ahli politik DAP itu begitu senang menghina perasaan umat Islam terutamanya di Pulau Pinang?

Adegan sengaja mencari pasal Lim Guan Eng DAP ini sungguh mengecewakan. Beliau perlu ingat bahawa beliau bukan hanya ahli politik DAP tetapi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Yang lebih memalukan ialah rakan parti DAP iaitu parti PAS tidak bangkit membidas keceluparan ahli politik DAP ini. Di manakah 'perjuangan menegakkan agama Islam' parti PAS? Terkubur bersama maruah parti yang sudah hilang?

MiM difahamkan bahawa lebih ramai lagi pihak yang akan membuat laporan polis terhadap kenyataan Setiausaha Agung DAP ini. Tetapi apakah cukup dengan laporan polis sahaja?

Dan sampai bilakah 'the silence majority' mahu mendiamkan diri sahaja apabila agama Islam diperkotak-katikkan sedemikian rupa?





No comments: