NUFFNANG

Wednesday, 3 December 2014

Laporan Polis Terhadap Ahli Parlimen DAP Kerana Hina Mahkamah

Laporan Polis Terhadap Ahli Parlimen DAP Kerana Hina Mahkamah

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng didakwa cuba menghina perintah Mahkamah Tinggi Wilayah Persekutuan apabila gagal membayar pampasan kepada seorang bekas ahli parti itu sejak tiga bulan lalu.
Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao mendakwa walaupun bekas ahli DAP Cawangan Serdang Baru, Yap Kon Min sudah memenangi kes tersebut di mahkamah pada Januari lalu, namun sehingga kini pemimpin DAP itu masih ingkar melunaskan pampasan tersebut.
“Selepas kami membuat laporan polis terhadap, Lim Lip Eng, dia masih enggan dan amat berdegil untuk membayar (pampasan).
“Malahan beliau sebagai ahli Parlimen dan seorang pengamal undang-undang yang diiktiraf, dilaung-laungkan memperjuangkan keadilan, namun dia langsung tidak mempedulikan arahan mahkamah itu untuk membayar balik RM27,000 itu,” katanya kepada pemberita di pekarangan pejabat DAP Segambut, di sini hari ini.
Pada 27 Januari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan pemimpin DAP itu membayar pampasan sebanyak RM20,000 kepada Kon Min selepas tewas dalam satu perbicaraan kes fitnah.
Bagaimanapun Lip Eng gagal membayar wang pampasan tersebut hingga menyebabkan bekas ahli DAP itu membawa kes itu ke Mahkamah Rayuan pada 18 September lalu.
Akibat tunggakan bayaran tersebut, Mahkamah Rayuan telah menjatuhkan hukuman ke atas Ahli Parlimen Segambut itu dengan bayaran ganti rugi tambahan sebanyak RM7,000.
Malangnya kedua-dua arahan mahkamah itu bagaimanapun tidak diendahkan ahli Parlimen terbabit hingga memaksa Yap Kon Min membuat laporan polis pada 4 November lalu.
Sehubungan itu, Yap Kon Min akan mendesak Majlis Peguam untuk membatalkan keahlian ahli Parlimen itu sebagai peguam kerana didapati telah menghina mahkamah serta menjatuh kredibiliti imej sebagai pengamal undang-undang di atas kes terbabit.
“Jika Lim Lip Eng masih gagal bayar pampasan itu, kita akan bawa kes ini juga kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya – Sinar Harian

source : aidc

No comments: