NUFFNANG

Thursday, 4 December 2014

5 GAMBAR) GEMPAR!! JET PERIBADI DENGAN JALUR GEMILANG DI ISRAEL SEBENARNYA MILIK SIAPA?

5 GAMBAR) GEMPAR!! JET PERIBADI DENGAN JALUR GEMILANG DI ISRAEL SEBENARNYA MILIK SIAPA?


(5 GAMBAR) GEMPAR!! JET PERIBADI DENGAN JALUR GEMILANG DI ISRAEL 
SEBENARNYA MILIK SIAPA? | Dalam satu perbualan di laman forum cari.com.my, 
Mynewshub sedang meneliti beberapa kemaskini peserta forum berkaitan satu teori 
terbaru berkaitan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, 8 Mac lepas.

Bagaimanapun, satu kemaskini yang menunjukkan sebuah pesawat peribadi VIP dengan 
bendera Malaysia tertera di bahagian ekornya amat menarik perhatian.


Pesawat itu dengan nombor pendaftaran ***39T telah dirakamkan berada di Lapangan 
Terbang Ben Gurion di Tel Aviv, Israel pada 25 November 2010 oleh jurugambar 
penerbangan dengan nama 4x6zk yang juga ahli kepada pasukan Four X-Ray Team 
di Israel.

Pemeriksaan lanjut Mynewshub.cc mendapati di ekor pesawat berkenaan memang 
tertera lambat bendera Malaysia berkenaan dan bukannya gambar yang diedit dengan 
diletakkan bendera Jalur Gemilang itu.

Pesawat jenis Gulfstream G450 itu dari maklumat pendaftarannya dimiliki oleh sebuah 
syarikat di Salt Lake City, Utah, Amerika Syarikat dan boleh memuatkan 22 orang 
penumpang.

Pendaftarannya dilihat masih sah sehingga kini apabila ia dikatakan akan tamat tempoh 
pada 30 November tahun depan, menurut laman web penerbangan FlightAware.com.

Pemeriksaan lanjut juga mendapati banyak gambar pesawat sama dikesan berada di 
beberapa lapangan terbang di Malaysia antaranya Lapangan Terbang Bintulu, 
Sarawak, Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang dan paling k
erap di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang.


Kali terakhir ia dikesan ialah di Subang pada Februari tahun ini tetapi tiada Jalur Gemilang 
di bahagian ekornya.

Persoalan timbul apabila pesawat yang sama dilihat berada di Tel Aviv di lapangan 
terbang berkenaan yang merupakan lapangan terbang antarabangsa utama di Israel.


Gambar pesawat berkenaan diperolehi di laman web perkongsian gambar berkaitan 
penerbangan JetPhotos.net dari pelbagai jurugambar.

Amat diharap, pihak berkaitan yang menggunakan pesawat dengan bendera Malaysia 
ini membuat penjelasan mengapa ia berada di Israel pada November 2010

source : taikotai

No comments: