Misteri MH370 : Munculnya Tanduk Syaitan (Episod ke-3)
Kita masih terus membicarakanagenda dan mesej misteri mengapa pesawat MH370 mesti dihilangkan di tengah-tengah Lautan Hindi. Dan sehingga setakat ini - sekurang-kurangnya 80% daripada mereka yang mengikuti secara dekat tragedi ini bersetuju bahawa ia merupakan perbuatan terancang - itu pun sekiranya kita tidak mahu menyebutnya dengan istilah konspirasi. Sebelum ini saya sudah menjelaskan bahawa salah satu ciri konspirasi yang wajib kita ketahui ialah - sesuatu peristiwa itu akan berakhir dengan penuh tanda tanya, kekeliruan, kebenaran dan kebatilan bercampur aduk, tiada rumusan yang konkrit di samping kisah tersebut akan terus kekal diulang-ulang bagi mencapai maksud dan keuntungan sesuatu pihak. Sehingga kini, ciri tersebut sudah jelas dan nyata dalam kisah kehilangan MH370 sebulan yang lalu. Kedua, sesuatu konspirasi mestilah mempunyai ciri "impak yang sangat dahsyat" dan "keuntungan yang sangat besar" kepada pihak yang merancangnya. Dalam kes ini, tragedi MH370 sudah sampai ke garis penamat. Tony Abbott, Perdana Menteri Australia dengan tegas menyatakan bahawa, misi mencari dan menyelamat MH370 merupakan misi paling sukar dalam sejarah dunia.
Soalnya apakah ia lebih sukar daripada mencari Saddam Hussien atau Osama bin Laden? Jika itu termasuk mesejnya, maka kita boleh mendakwa bahawa tragedi MH370 telah memberi impak dahsyat kepada dunia dari aspek keselamatan dan daya pertahanan udara, khususnya kepada negara-negara yang terlibat. Hal ini seolah-olah bakal membawa isu MH370 melangkaui sebuah kisah tragedi semata-mata, sebaliknya ia menuju ke arah "masalah keselataman dan keamanan serantau" - Sekurang-kurangnya AS$30 juta (RM97.7 juta) telah dibelanjakan untuk menanggung kos operasi pencarian pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu, menurut analisis Associated Press.
Portal berita New York Daily News yang memetik laporan itu menjelaskan, Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) telah membelanjakan sebanyak AS$7 juta (RM22.8 juta) sepanjang minggu lalu. Katanya, Australia menanggung kos paling tinggi dengan perbelanjaan sebanyak AS$550,000 (RM1.7 juta) sehari bagi operasi kapal HMAS Success manakala kapal kedua negara itu, HMAS Toowoomba menelan belanja sebanyak A$380,000 (RM1.2 juta) sehari. Jepun turut mengeluarkan kos sebanyak AS$8.8 (RM28.7 juta) sepanjang menyertai misi pencarian pesawat milik syarikat penerbangan Malaysia Airlines itu. Malah kita menjangkan kos akan terus meningkat melebihi RM100 juta, sebaik sahaja kotak hitam ditemui untuk dianalisis.
Apakah maknanya semua ini bagi kita? Ini merupakan gambaran bahawa MH370 telah menggegarkan seluruh dunia - seolah-olah ada pihak mahu peristiwa ini menarik perhatian seluruh masyarakat antarabangsa. Malah, kita juga dikejutkan dengan 26 buah negara mengambil bahagian dalam operasi mencari dan menyelamat bersama-sama dengan berdozen-dozen kapal perang, kapal selam, satelit, rada dan pesawat dalam usaha merungkai misteri kehilangan MH370 ini - tetapi selama lebih 30 hari ia masih buntu. Apakah semua ini percuma? Walaupun Malaysia tidak diminta membayar semula kos yang membabitkan operasi ini - setidak-tidak "tengkuk" negara ini sudah terikat dengan istilah "membalas budi".
Cara Malaysia "dipaksa" membayar balik segala kos yang telah dilaburkan ke dalam operasi ini, bukanlah dengan wang ringgit - tetapi boleh jadi dengan cara menandatangani perjanjian perdagangan/keselamatan yang selama ini kita tolak atas alasan merugikan industri tempatan dan bumiputera. Senjata "membalas budi" adalah jauh lebih ampuh daripada kuasa "budi bicara" atau "pujukan" dalam memaksa seseorang menuruti kehendak kita. Soalnya apakah Malaysia akan terperangkap dalam kitaran ganas ini? Dan siapa pula yang untung? Perlu diingat, Malaysia sedang memohon bantuan daripada negara-negara yang mengamalkan fahaman kapitalis tulen - yang bermaksud tiada yang percuma di dunia ini dan keuntungan adalah sasaran kami!
Kita tidak berhutang dengan IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa) seperti mana ia mengikat tengkuk Indonesia sewaktu krisis kewangan Asia 1997/98, namun demikian Malaysia terhutang budi dengan 26 negara yang telah membantunya dalam usaha mega mencari MH370. Perlu diingatkan - krisis kewangan Asia yang berlaku 17 tahun lalu merupakan konspirasi terancang, diakui sendiri oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamed. Mengapa ia dikatakan sebagai konspirasi? Jawapannya mudah siapakah yang untung dalam krisis tersebut? dan yang lebih lucu tiada sesiapa pun yang bertanggungjawab, bahkan Amerika Syarikat yang serba hebat itu pun gagal (atau sengaja tidak mahu mendedahkan) menjejaki organisasi yang telah meranap dan memanipulasi mata wang negara-negara Asia - yang pasti Soros tetap bebas! Bukankah sehingga kini kita masih tertanya-tanya siapakah dalang sebenar yang merancang krisis kewangan Asia pada hujung tahun 1997 itu? Soros adalah tertuduh yang kebetulan disebut oleh Tun Mahathir berkali-kali!
Sebelum ini saya sudah menjelaskan bahawa Presiden China, Xi Jinping buat pertama kalinya telah melakukan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia enam bulan yang lalu iaitu pada 3-5 Oktober tahun lalu. Sudah tentulah lawatan ini membawa mesej dan maksud yang sangat besar - sesuai dengan hubungan sejarah yang pernah berlaku antara Melaka dengan China seperti mana yang tercatat di dalam Sulalatus Salatin. Seperti yang kita sedia maklum, Antara faktor yang menyumbang kepada perkembangan Melaka adalah kerana Melaka memiliki hubungan yang dekat dengan Dinasti Ming di negara China, armada Ming berperan mengamankan jalur pelayaran Selat Melaka yang sebelumnya sering diganggu oleh kumpulan perompak dan bajak laut.
Di bawah perlindungan Ming, Melaka berkembang menjadi pelabuhan penting di pesisir Barat Semenanjung Malaya yang tidak dapat disentuh oleh Majapahit dan Ayutthiya. Hubungan diplomatik antara Melaka dengan China mula terjalin apabila Laksamana Yin Ching melawat Melaka pada tahun1404 dan disusuli dengan lawatan Laksamana Cheng Ho pada tahun 1405 dan 1409. Parameswara memohon perlindungan dari China. Melaka bersetuju menjadi negeri di bawah naungan China dan bersetuju menghantar ufti. China telah mengurniakan payung kuning, cap mohor dan sepersalinan pakaian sebagai tanda pengiktirafan kerajaan China kepada Melaka.Melaka juga menghantar utusan ke China. Dinasti Ming mencatatkan bahawa Parameswara sebagai pendiri Melaka dan pernah mengunjungi Maharaja Yongle di Nanjing pada tahun 1405 dan meminta pengakuan atas wilayah kedaulatannya. Sebagai balasan daripada ufti yang diberikan, Maharaja China menyetujui untuk memberikan perlindungan kepada Melaka, kemudian tercatat bahawa terdapat 29 kali utusan Melaka mengunjungi Maharaja China.
Pada tahun 1459, Sultan Mansur Shah (1459-1477) menaiki takhta. Disebabkan kedudukannya yang strategik, Melaka menjadi sebuah pangkalan luar yang penting bagi kapal-kapal. Bagi mengeratkan hubungan diplomatik dengan Melaka, Maharaja China telah menganugerahkan anaknya Puteri Hang Li Po dengan tujuan untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah. Untuk menyambut Hang Li Po, Sultan Mansur Shah juga menghantar Tun Perpatih Putih dengan segolongan pengiring ke negeri China untuk mengiringnya. Hang Li Po tiba di Melaka pada tahun 1458 bersama-sama 500 orang pengiring.
Sejarah hubungan ini - setidak-tidaknya menggambarkan kepada kita bahawa sejarah sedang berulang kembali. Kerajaan Melayu Melaka yang pernah bangkit menjadi kuasa besar satu masa dahulu - tidak menjadi kuat secara tiba-tiba, sebaliknya ada penaung dan pelindung di belakangnya!
Ikuti sambunga rencana ini dalam siri akan datang berjudul Misteri MH370 : 30 Hari Selepas Musibah!
source : azli shukri
No comments:
Post a Comment