KARPAL SINGH MENGAMUK APABILA SHAFEE ABDULLAH JADI PEGUAM PENDAFTAR PERTUBUHAN!!!
Berbekalkan kehadiran ramai peguam-peguam ternama yang juga merupakan Ahli-Ahli Parlimen, DAP cukup yakin mereka akan dapat mengalahkan Pendaftar Pertubuhan dengan mudah. Apatah lagi, dari awal lagi, Karpal Singh yang juga merupakan Pengerusi DAP Kebangsaan sudah membayangkan dia akan mengambil kes tersebut dan reputasinya yang kononnya amat ditakuti, akan memudahkan DAP untuk membuli ROS.
Tetapi tiba-tiba keadaan bertukar. ROS menggunakan khidmat Muhammad Shafee Abdullah yang telah berjaya mengalahkan Anwar Ibrahim dan barisan peguamnya yang diketuai oleh Karpal Singh dalam kes liwat II yang dibicarakan di Mahkamah Rayuan. Kehadiran Shafee yang bertindak sebagai pendakwaraya tidak disenangi oleh Anwar Ibrahim dan segera melabelkan Shafee sebagai peguam UMNO meskipun Shafee tidak mempunyai sebarang jawatan dalam UMNO atau Barisan Nasional mahupun kerajaan.
Mengetahui yang Shafee akan mengendalikan kes ROS lawan DAP, Karpal Singh yang tercalar dek kekalahan di tangan Shafee, apatah lagi Shafee berjaya mengalahkan taktik teknikal Karpal Singh benar-benar telah memalukan peguam utama DAP itu, segera berteriak mempersoalkan kewajaran Peguam Negara mengupah Shafee Abdullah.
Karpal Singh mempersoalkan tentang wang pembayar cukai yang perlu dibayar kepada Shafee Abdullah bagi khidmat yang diberikannya. Karpal Singh juga sudah mula bercakap tentang Akta Prosiding Kerajaan 1956 Seksyen 24 (3) untuk menekan Peguam Negara agar tidak membenarkan Shafee mewakili ROS. (SUMBER)
DAP telah melakukan pelbagai cara untuk meremeh-remehkan Pendaftar Pertubuhan termasuklah memanipulasi undang-undang apabila ROS mendesak DAP agar mengadakan semula pemilihan CEC yang penuh dengan korupsi dan penyelewengan.

source : the flying kick
No comments:
Post a Comment